CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 21, 2009

Peristiwa Subuh Hari


Satu hari aku berbual2 dgn sahabatku ttg hostelku yg semakin hari semakin byk anjing yg berkeliaran(skrg dh takde sangat), tiba2 sahabatku bertanya samaada aku pernah dengar atau tidak sesuatu yg pelik disubuh hari. kerutan dahiku memberi jawapan tidak lantas sahabatku terus menyambung cerita ttg dia yg selalu dengar suara anjing menyalak dalam nada yg sangat sedih ketika azan subuh berkumandang. setakat ni aku mmg tak pernah dengar, maybe sbb aku biasa bgn lps org azan(hehehe) or maybe becoz of block aku yg agak jauh dari block dia sbb katanya bunyi anjing tu kat blkg block dia..terasa jugak nak dengar suara anjing tu... mlm tu aku rasa nak tidur agak awal dari biasa,kira2 kul 12. ntah macam mana keesokannya aku terjaga dan kebetulan muazzin baru je start azan subuh. mataku yg agak malas terasa ingin dipejam balik barang seminit dua tapi tiba2 aku dengar suara salakan anjing yg sangat syahdu, sangat sedih. bunyinya seolah2 anjing tu sedang menahan sakit atau seolah2 sedang merayu sesuatu. aku terus bangkit dan mataku terasa cukup segar. aku teliti suara tu sehinggakan aku tertanya2 kenapa begitu sedih salakannya. aku mengintai melalui tingkap kot2 anjing tu ada berhampiran blockku, hinggalah azan berhenti dan serentak itu juga anjing tadi senyap. saat itu juga aku melihat seekor anjing melintasi hadapan blockku dan ternyata tiada kesan yg dia kesakitan... seusai solat aku menyambung tafakurku pada kejadian tadi dan aku mengintai warga hostelku dari jendela kamar. hanya beberapa buah bilik sahaja yg bercahaya.mungkin masih awal, tak sampai pukul 615am lg. entah mengapa tiba2 aku terfikir, mungkinkan anjing tadi sedang merayu manusia agar bangun subuh. hampir setiap subuh suara tu pasti kedengaran termasuklah pagi tadi... maksud disebalik salakan tu hanya Allah yg tahu...sesungguhny hanya Allah yg Maha Mengetahui...

0 comments: