CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 11, 2010

Zie da jadi Cik Ngah...


8hb January lepas, zie dapat call dari kakLong zie cakap yang Kak Yah zie da pun masuk hospital sebab mula sakit2. Risau jugak hati zie. Yela, bila duk jauh dari orang tersayang ni, dia batuk pun kita jadi risau yang amat. Ni kan pulak sakit nak bersalin. Perkara kedua palinh sakit selepas sakit sakaratul maut...

Lepas asar Kak Yah call kate dia da kluar balik dari hospital sebab doktor kata tak ada tanda2 yang dia akan bersalin dalam masa terdekat. Lagi pulak Kak Yah da tak sakit... Yang penting Kak Yah zie da tak sabar sangat nak bersalin sebab tak sabar nak tengok babynye...

Malam tu pukul 3pagi Kak Yah zie sakit balik. Abang Lie segera bawa Kak Yah ke hospital. Dalam keadaan dia yang kesakitan, sempat lagi dia mesej zie beritahu keadaan dia...Macam2 la Kak Yah ni...

Setelah 12 jam lepak atas katil hospital akhirnya tepat jam 3 petang 9hb January 2010 kak Yah selamat melahirkan seorang bayi comel yang sihat Alhamdulillah...

Kebetulan pula masa tu zie duk kat Kg Bukit Kala Batu 12 bagi menjayakan program "A Step to School" bagi kanak2 orang asli kawasan tu. Dapat je call dari Kak Long mengatakan yang Kak Yah zie da selamat melahirkan baby yang sihat, Zie terus wat announcment kat kawan2 committees yang lain, "zie da jadi mak saudara...YEEEE HAAAA"

Kesyukuran zie panjatkan kat Allah sebab semuanya berjalan dengan baik dan lancarnya...Alhamdulillah.

Bertambah seronok bila tau yang pada hari yang sama, Ati, anak sepupu zie jugak da berjaya melahirkan seorang baby boy yang juga anak sulong mereka...Bezanya Ati bersalin beberapa jam awal dari Kak Yah zie. Kedua2 baby ni akan berkongsi besday dengan Abg Die, spupu zie yang lain, just Abag Die da lahir kat dunia ni hampir 40 tahun lepas...hahaha.

Pagi tadi, kakYah call lagi, tanya pendapat zie untuk pilih nama anaknya...setelah discuz pro and contrast, kami capai kata sepakat untuk beri nama baby tersebut, "Nuril Hanania Jamsyira".

Kalau ikut ilmu nahu, nama ni memang salah la. hehehe sebab perkatan Hanania tu isim ma'ruf so tak sepatutnya ada alif lam kat depan tapi sebab zie da boring den gan nama 'Nur' so zie suh jadikan Nuril...Maksud Nuril=cahaya, Hanania=orang yang disayangi@ dirindui Allah, Jamsyira= yang cantik...
Sekarang adik beradik zie da pening nak bagi title masing2. Yela, 11 orang, mana tak pening... Kak Long anf adik Amin tak risau la sebab tak ada orang boleh rebut title diorang. KakLong akan jadi Cik Long, Amin jadi Ayoh Su. Zie jadi Cik Ngah la kot...hahaha.

Saturday, January 2, 2010

zie bakal berubah status....2


Harini bukak blog, satu kejutan buat zie...ramai plak yg ucap tahniah kat zie... Semuanya berikutan entry zie yg lepas yg zie cerita sal zie yg bakal berubah status... Honestly,zie tergelak besar...ape yag korang merepek pasal kahwin ni? Ya Allah bila plak zie kate zie nak kahwin? Cuba korang bace betul2 entry zie, ada ke zie kate nak kahwin...takde kan?takde ka? takde kan?

Mula2 zie fikir takpe la,buat bodoh jela,biar la diorang fikir zie nak kahwin pun...hahaha tapi tiba2 rasa bersalah, sbb orang kata menyembunyikan kebenaran jugak boleh dikategorikan sebagai penipuan...huhuhuhu zie tak nak tipu...
Ok la zie citer la kisah sebenarnya walaupun sebenarnya zie nak citer bila benda tu dah betul2 jadi n confirm tapi memandangkan ramai yg da slah faham zie citer jela skarang...nyampah tul...

Ok...yang sebenarnya zie memang bakal berubah status tapi bukan dari single ke married or dari single ke angaged. no such thing ok...
Emmm mungkin zie kena tukar perkataan 'berubah' kepad 'bertambah'...emmm yang sebenarnya zie bakal bertambah status... sebelum ni zie adalah seorang anak,adik,kakak,anak sedara,cucu,cicit,sepupu,2 pupu,kupukupu,sahabat etc...

Tapi pada 14 January ni InsyaAllah zie bakal jadi ibu saudara...hahahahaha ulang suara ok...ibu saudara ibu saudara ibu saudara...bukan tunang bukan bini orang...
baby yg bakal lahir ni akan menambah banyak status kepada ramai orang, Kak Yah zie akan jadi ibu, Abg Lie zie akan jadi ayah, Adik beradik zie akan jadi ibu saudara and ayah saudara, ayah zie akan jadi atuk, mak zie akan jadi nenek,tok zie akan jadi moyang, moyang zie akan jadi...eh jadi ape ea?pas moyang ape lagi ea? So baby ni boleh dikatakan sangat special sebab kehadirannya mengubah status ramai orang buat kali pertamanya. Dia akan jadi cucu pertama maka n ayah zie, anak sedara pertama adik beradik zie, cicit pertama tok zie n cuit pertama moyang zie... tahniah la baby...

Mengikut ilmu doktor, baby ni bakal melihat dunia pada 14 January 2010...tapi tak pasti lagi la...sbb kite merancang,doktor juga merancang, Allah juga merancang tapi sebaik2 n sebetul2 perancangan adlah perancangan Allah...
Kepada sahabat2 yg da tersalah faham zie mintak maaf walaupun pada awalnya zie mmg nak anda semua salah faham tapi tiba2 rasa bersalah plak...fuuuuuhhhhhh lega rase skarang...

Berbalik pasal kahwin ni, zie just boleh kate; orang yang da bertunang mesti da tau tarikh mereka bakal kahwin, orang bercinta plak paling kurang da merangcang tahun bile diorang akan kahwin, tapi orang yang tak bertunang and tak bercinta always has no idea bile dia akan kahwin or bertunang...yang pasti zie tergolong dlm golongan orang ketiga...huhuhuhuhu


Kuserahkan segala ketentuan biar la masa yang berbicara...
Dipangku wajah yang layu dan aku telah jemu...
Aku tidak mahu berpaling pada yang mengganggu dan menggugat...
Sapanya meletihkan diri hadirnya mengundang penat...

Oh Tuhan seandainya telah kau takdirkan dia milikku tecipta untuk diriku satukanlah hatinya dengan hatiku titipkanlah kebahagiaan
...