CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 19, 2009

Ilahi...anta maksudi...


Ya Allah,
Dulu aku tidak mengerti...
Tidak pula aku tahu makna syukur...


Kerana setiap kali aku menadah tangan memohon sesuatu jarang sekali Kau tunaikan…
Aku pohon kau kurniakan bebunga indah penghias tamanku,
Kau hadiahi Cuma tunas-tunas hijau…


Saat aku ingin rama-rama yang terbang bebas melakari ruangku,
Kau beriku ulat bebulu yang menjijikkan…


Ketika aku meminta hujan yang mencurah menyuburkan duniaku,
Kau datangkan awan mendung yang menggelapkan siangku…


Dikala aku perlukan teman bicara,
Kau tambahkan kesunyianku…


Aku keliru dengan aturanmu,
Hingga aku terfikir, murkakah kau padaku hingga tiada doaku yang Kau makbulkan
Ataukah Kau sengaja mengujiku lagi…
Aku buntu aku keliru…


Hinggalah aku mula menyedari, apa Yang kau beri tiada yang sia-sia…
Tunas hijau itu mula berputik lalu menebarkan bunga-bunga indah…
Ulat-ulat membesar menjadi rama-rama cantik…


Awan mendung mencurahkan hujan yang menyubur duniaku…


Dan kau jadikan aku sunyi agar aku belajar mencari teman yang paling setia,
yang tak jemu mendengar keluhanku,
tidak pula meninggalkan aku saat susahku dan sentiasa membantu langkahku…
dan teman itu kutemu dalam sujudku…


terima kasih ya Allah kerana tidak pernah melupakan aku walau hina mana pun aku…

0 comments: