CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 27, 2009

Dia datang lagi...arrrrrr




beratur untuk dibaca....

Minggu depan bermula la satu perjuangan... Perjuangan yang sentiasa menggugat kesabaran... Perjuangan yang memerlukan ketabahan... Perjuangan apa lagi kalau bukan perjuangan dalam dewan peperiksaan... Saat2 macam ni banyak pula suara2 mengeluh @ berharap..."kalau la kita tak payah exam..." "kalau lah Exam tak wujud..." "kalau lah aku ni superduper bijak, tak payah study tapi boleh jawab exam"

Wah3 banyak cantik....

Kalau tak nak merasa pahitnya ujian jangan berangan ingin menikmati kemanisan kejayaan...

Hehehehe...ni sekadar ayat la sebab zie pun biasa gak berfikir nak belajar tanpa ada exam, nak berjaya tanpa perlu berusaha tapi zie tahu la tu semua hampir mustahil...Tapi memang tak mustahil kan...dengan kuasa Allah...hehehe

Minggu ni honestly zie sangat2 la tension...(dalam tension2, sempat lagi melawat blog...hahaha)

Tension sangat2 sebab banyak yang perlu dilalui pada minggu ni...terlalu banyak kot...

Hari isnin ada second test Company Law, rabu ada 2 presentation ( Law of Equity and Public International Law), khamis ad test Usul Fiqh and jumaat kene hantar 2 assignments (Islamic Law of Property and Basic Counseling Skills)

Vavavava...larat ke nak lalui satu demi satu hari ni? Jangan sampai pengsan dah la zie...Tapi kadang2 ketensionan boleh terubat bila zie terfikir janji Allah yang Dia takkan membebankan seseorang itu dengan sesuatu yang tak mampu orang tu tanggung, so meaning to say, InsyaAllah zie boleh tanggung bebanan ni...InsyaAllah...Cayo' Cayo Aja Aja Fighting...


jadual study la konon...hahaha

Habis je minggu yang memenatkan ni...2 minggu yang mencabar pula akan menyusul...Final Exam period....mujur la satu subject iaitu Islamic Law of Property zi telah diawalkan dan ditempatkan di luar exam period (klaka je rasa ayat ni) so tak la crowded sangat exam period zie.Thank You Allah...



Kira2nya camnilah Exam Schedule zie:

2/11/2009 :Islamic Law of Property

6/11/2009 :Law of Equity

8/11/2009 :Company Law 1

11/11/2009:Public International Law

13/11/2009 :Land Law

18/11/2009 :Usul Fiqh



Sem ni tak banyak rungutan kedengaran tentang exam schedule, yela sem ni batch zie tak mengalami masalah date exam yang berderet macam sem2 lepas... Just ada sedikit pen'deret'an date berlaku dalam prelimanary schedule tapi after petition dihantar untuk menukar waktu exam, datenye diubah dan terjadilah macam sekarang ni...Semua orang kembali senyum...



Apa yang pasti zie tak sabar nak habiskan semua exam ni sebab zie nak flying home....Rindu bebenor kat rumah dan semua isinya yang tercinta....hehehe


Kepada Sahabat2 yang bakal menempuh Final, Ingat, masa nak nak exam nanti jangan bawak pen, matrix card and slip exam je tau, tapi bawak Allah sekali (sekadar kiasan untuk menunjukkan kita mesti ingat Allah) sebab yang tolong kita bukan kudrat kita tapi kudrat Allah...Jangan terlalu confidence dengan kehebatan diri hingga lupa Tuhan Yang Maha Hebat...

Wasalam..Good Luck

Selamat berjuang sahabat2ku

Monday, October 12, 2009

IIUM Convocation....


Beberapa harini IIUM nampak sibuk semacam je...jammed dengan kenderaan dan manusia.

Just for info, sekarang ni tengah berlangsung IIUm Convocation Fiesta yang bermula dari 8 October hingga 13 october 2009...

Zie tak termasuk golongan yang sibuk malainkan hanya boleh dikategorikan sebagai penyibuk.Zie just sibuk skit masa 3 and 4 october sebab zie jadi part timer dibawah Information Technology Devision @ITD yang mana keje zie cukup mudah, jaga counter masa graduan2 datang ambil robe diorang. Kebetulan plak zie kena jaga kounter student laws... boleh la jumpa senior2 walaupun kebanyakan mereka tak kenal zie. huhu

Apa yang menyedihkan ramai graduan2 yang dah berubah wajah bila dah habis belajar. Correction,bukan wajah tapi penampilan. Pakaian diorang tak melayakkan diorang untuk bergelar graduan university 'Islam'...Bukan zie je yang perasan perkara tersebut tapi seorang staff ITD juga berpendapat demikian lantas dia memberi sedikit nasihat buat zie "awak bila dah grad nanti jangan pakai macam tu tau,malu IIUM" Memang betul kata akak tu,memang memalukan IIUM.

Tu perkara yang berlaku seminggu sebelum Convest bermula, sekarang bila time Convest semua orang nampak excited. yang nak grad tu memang la kene excited tapi yang tak grad pun excited. Excited sebab stall2 perniagaan mula dibuka kat Convest Hill dan ni la masanya semua orang nak habiskan duit. Exception bagi sebab zie tak ada duit untuk dihabiskan.huhuhu

Semalam zie and Rai pergi la ke Convest Hill untuk beli makanan memandangkan semua cafe kat mahallah ditutup. Seronok sungguh tengok barang2 jualan especially bunga2 and baju2. Tapi just window shopping jela.huhuhu lagi.... Kebetulan pulak semalam Amy Search and Izzat Exist datang wat persembahan concert kat situ....Apalagi penuh la orang depan stage tu. Zie and Rai memilih untuk mengecualikan diri sebab perut kami dah sangat lapar, so malas nak layan...Pelik kan macam mana IIUM boleh panggil artis2 camtu wat concert. Pelik2... Dan lebih membuatkan dahi zie berkerut bilamana ada sister yang sanggup menyanyi dengan Amy Search, Ya Allah tak malu ke dia? Mungkin bagi diorang tu namanya 'sporting'...Nak sporting pergi sport complex la kan...hehehe...
Kelmarin Aiman (Akademi Nasyid) and Hafiz Hamidon datang tapi keadaannya tak lebih baik pun dari concert Amy Search sebab ada jugak sister yang tanpa segan naik kepentas apabila diajak oleh Hafiz untuk nyanyi semata2 sebab nak dapat album free. Ish3 malu betul...

Malam ni tak tau la ada persembahan apa lagi kat Convest Hill tu tapi yang pasti Zie malas nak pergi...Hahahaaa

Apa yang zie tahu malam esok ada concert nasyid besar besaran kat Cultural Activities Centre IIUM dan sangat ramai artis nasyid yang datang...EEEmmm macam best je...

For the end, nak ucap tahniah yang teramat kepada graduan2 yang berjaya menamatkan larian dengan jayanya...Ucapan tahniah ini hanya untuk orang yang berjaya dalam Akademic dan Akhlak... Semoga kalian dapat jadi manusia2 yang berguna...InsyaAllah...

Wednesday, October 7, 2009

Ababil buat ziey

Mesti semua orang tahu kisah burung ababil kan? Burung ape? burung ababil...burunng ape? burung ababil,sayang...kisah burung yang dihantar Allah untuk menyelamatkan Mekah dari serangan tentera Abrahah. Ia bukan burung biasa tapi burung penyelamat...kisah zie ni tiada kene mengena dengan burung tapi ada kena mengena dengan bantuan Allah yang sangat tak dijangka...
Ia berlaku 31 sept lalu bilamana tepat jam 5 ptg semua pelajar UIA level 3 akan pre-register untuk subject sem depan. Regiatration perlulah dilakukan online. Seperti sem2 yang sudah zie and kawan2 seramai 5 orang akan ke Ampang untuk mencari CC kerana wireless dalam UIA sangatlah lembap disaat2 tersebut.
Setelah kami menemui CC yang sesuai kami pun start menghitung waktu menanti pukul 5 tepat.
Tepat jam 5 ptg,zie terus click 'log in' tapi malangnya zie ter'block' dari pre-registration atas sebab2 yang berkaitan dengan Finance Division. Sedih sungguh...Dalam hati zie mungkin Finance belum key in slip bayaran yuran yang zie hantar semalam...takpelah esok zie akan settlekan.
Keesokannya zie pergi ke Finance division, ramai sungguh orang kat situ,mungkin mengalami masalah yang sama dengan zie. Zie terus tanya akak kat kaunter tu pasal slip bank yang zie dah hantar semalam tapi dengan selambernya akak tu suru zie tunjuk copy slip yang lain sebab dia tak tahu kat mana slip zie yang zie hantar semalam. (setiap pembayaran di bank akan diberi 2 slip, satu fianance copy [untuk dihantar ke Finance division] dan satu lagi student copy[untuk di simpan oleh pelajar]) Wah lepas tangan sungguh... tapi zie malas nak argue,zie pun terus balik kebilik untuk ambil copy slip bank lain...bukan dekat tu...penat sangat2... sampai kat Finance zie terus bagi kat akak tu untuk di key in. Setelah hampir dua jam menunggu akak tu pun panggil zie, katanya dia dah key in slip tu tapi still registration zie kena block sebab ada hutang lain berjumlah RM1660 yang zie masih tak bayar. katanya yuran masa 1st year 1st sem... Seingat zie yang tak nyanyuk lagi semua yuran zie dah bayar tanpa ada sedikit hutang pun. zie kemudian bertemu dengan pegawai bertugas dan bertanya status zie dan apa yang harus zie buat. tapi dengan selaamber dia kata, "Tiada rekod bayaran dalam sisitem kami. Tu menunjukkan awak belum bayar...kalau awak nak release block,awak kena bayar balik la...Kalau awak kata awak dak bayar, tunjuk la slip bank..."
Bayangkan perasaan zie masa tu. Mana zie nak cari RM1660 dalam masa sehari... Zie sangat2 yakin zie dah bayar dan dah hantar office copy bank slip...kalau betul zie tak bayar masa 1st year kenapa registration zie baru diblock masa zie 3rd year...mana zie nak cari bank slip yang zie bayar masa tahun 2007? impossible zie masih simpan....akhirnya kawan zie suggest zie pergi minta slip bank tu kat bank kerana pasti bank ada simpan segala bukti transaction...zie pun mula menunggu kat bank sampailah pukul 2ptg. dan akhirnya pegawai bank tu cakap dia tak boleh cari balik slip tu melainkan zie beritahu specified date bayaran yang zie buat masa tahun 2007 tu...sekali lagi zie buntu...mana la zie ingat...paling zie boleh ingat pun zie bayar yuran dalam bulan ogos or september...that's all...
Masa tu Allah saje yang tahu betapi lemah dan lesunya perasaan zie...tapi zie tetap kuatkan semangat untuk pulang kebilik dan cuba nasib dengan cara mencari copy slip bank tersebut yang mungkin zie masih ada simpan dalam mana2 kotak...Sampai kat bilik zie terus memulakan proses menggeledah...dari satu kotak ke sati kotak hinggalah ke kotak terakhir,tapi zie still tak jumpa...Hanya Allah yang zie ingat masa tu sebab zie yakin yang Allah tak akan bebankan zie dengan sesuatu yang tak mampu zie tanggung...Segenap ruang bilik zie cari... Tiba2 sahabat zie Raihana call, katanya, "zie,pinjam duit rai dululah Rm1660 tu.yang penting bayar dulu, biar dia release block..."
Dalam hati zie bercampur baur...kalau zie terima zie akan berhutang dengan Rai...oh tidak, zie taknak berhutang tapi kalau zie tak hantar ke finance segera tak dapatlah zie register untuk sem depan...zie pun mula mencapai tudung untuk ke bank kerana rai dah sedia untuk transfer duit tu. Tiba2 zie terfikir, ini mesti bukan penyelesaiannya Allah sediakan sebab jalan ni tak akan menyelesaikan melainkan hanya sekadar jalan keluar sementara... tapi memandangkan tiada jalan lain zie terpaksa terima. tiba2 hati kecil zie ingin mencari buku bank, mungkin membantu...
Tapi sekali lagi zie tension sebab zie tak jumpa buku bank tersebut...segala fail zie buka tapi tak ada....ujian oh ujian...dan akhirnya tangan zie terasa ringan untuk membuka laci yang hanya tersimpan 3 buah buku nota lama...zie selak sati persatu buku nota tersebut dan tiba2 mata zie terpandang slip bank yang zie tah tahu yang sem bila...zie cepat2 mencapainya dan...Alhamdulillah jelas tertera nilai wang Rm1660 yang bertarikh 2 September 2007... masa tu Allah je tahu betapa zie rasa syukur sebab Allah dah hantar ababil untuk zie bagi menyelesaikan segala tekanan... dan tanpa sedar mata zie mencurah2kan air yang sangat sukar untuk berhenti... Terus terang zie katakan zie tiada keyakinan langsung yang slip tu masih wujud dalam simpanan zie kerana zie rasa mungkin zie dah terbuang dulu.TERIMA KASIH YA ALLAH...SESUNGGUHNYA KAULAH SEBAIK-BAIK PENOLONG...

Akhirnya 15 minit sebelum pre registrtion period ditutup iaitu pada jam 4.45pm zie berjaya meregister semua subject.Alhamdulillah....
Kejadian yang berlaku oada zie ni mungkin salah satu daripada seribu yang berlaku. Zie pasti ramai lagi student yang tak bersalah yang mengalami nasib yang sama. Ada yang bila diberitahu dia ada hutang dia segera melunaskannya tanpa banyak tanya tapi bila pergi ke Finance Division dia diberitahu ada lagi hutang lain lalu dengan jujurnya sekali lagi dia pergi banyar, hingga hampir 4 kali dia berulang alik ke bank...Jujur betul dia ni...Tapi zie rasa masalah dia bukan berpunca dari kesilapan dia tak membayar yuran tapi mungkin kerana kecuaian Finance division sebagaimana yang berlaku kat zie...
Kepada Finance Division IIUM, jangan lepas tangan... Jangan letak segala beban pembuktian atas bahu pelajar semata2!