CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 30, 2009

Nyam Nyam Bubur Lambuk


Sebagaimana kebiasaan dihari cuti panjang zie and spupu2 zie akan wat majlis makan2 kecil- kecilan. Bermula dengan program masak 'lempeng sambal'(ntah ape name saintifiknya) pada hari ketiga raya, yang mana mengikut Mak Tam(selaku master mind), program masak lempeng sambal tersebut bagi meraikan dua bakal ibu yang mengidam nak makan lempeng sambal. 2 bakal ibu tersebut tak lain dan tak bukan ialah spupu zie Kak Taa(6 bulan) dan Kak Yah Zie(5 bulan). Program makan2 tersebut berakhir dengan cepat memandangkan terlalu ramai yang menyerbu bagi merasai keenakan lempeng buatan Mak Tam. Correction, sambal buatan Mak Tam tapi yang mencanainya ramai2.(sekadar nak glemer)



Kemeriahan cuti bersambung pula dengan program wat bubur lambuk pada hari Khamis raya ke 5. Seperti biasa sehari sebelum program meeting tergempar telah diadakan bagi merancang pembahagian tugas. Ada yang kena sediakan beras,ada yang kene beli ikan dan tak lupa juga segala jenis pucuk2 daun kayu seperti pucuk ubi, pucuk midding, daun cekak manis,daun kesum and sebagainya.(segala nama daun yang di sebut adalah mengikut bahasa pertuturan zie,bukan nama saintifik,hehe)






Pada hari kejadian tepat jam 230pm segala bahan tersedia dan proses memasak bermula. Setelah berpenat yang tak berapa lelah, akhirnya bubur lambuk special kampung Duyong siap. zie makan dengan lahapnya sebab dah lama sangat tak makan bubur lambuk yang best sebegitu kerana kalau kat KL bubur lambuk paling best ialah bubur lambuk kampung Baru tapi bagi zie ia tak menggeletek selera zie sebab takde sehelai daun pun yang diletak dalam bubur tu melainkan daun ketumbar/daun sup.


Tuesday, September 29, 2009

Diari Rayer



Cuti raya yang sangat best...
Sebelum ni cuti raya mesti bercampur baur dengan keresahan bagi menghadapi final exam tapi sem ni memandangkan raya agak awal so tak clash dengan final exam. Sekadar sedikit kebimbangan kerana 2 paper midterm bakal menjelma selepas cuti raya...Dan ternyata kebimbangan itu hilang bila memikirkan mood raya yang lebih melonjak-lonjak.

Yang lebih best cuti kali ni sebab 2 minggu...seminggu dibulan Ramadhan dan seminggu di Syawal...
Hari Jumaat 11hb tepat jam 9mlm zie sampai kat kampung tercinta. Tak sempat sampai kat rumah, ayah terus berhenti kat Surau Hj Wan Ngah bagi menyambung terawikhnya manakala zie bersama2 lepak bersama makmun yang lain yang mana hampir semua tediri daripada kaum kerabat zie.hehehe

Kebetulan pulak keesokan harinya Surau Hj Wan Ngah mengadakan majlis berbuka puasa beramai2. Bertambahlah kemeriahan bulan puasa zie...

Seminggu puasa kat rumah memang best. Makan bukan main berselera. tambah pulak sibuk wat preparation untuk raya, kadang-kadang tak sedar masa berlalu cukup pantas. Kak Long zie palak sengaja tunggu zie balik sebab nak shopping sama2. Takla shopping sangat sebenarnya, sekadar beli keperluan adik2. Tahun ni rumah zie tak wat kuih raya sebab oven rosak and lagi kakak zie yang suka masak dah kahwin so takde orang yang sanggup membusykan diri dengan kuih muih. So kami decided,beli jela...

Just Kek batik and puding Karamel je yang sempat dibuat...Honestly kek batik buatan kak long zie memang sedap.nyam nyam.

Tahun ni kami sekeluarga wat persiapan lebih awal. hari jumaat, 2 hari sebelum raya kami dah start menghias rumah. Hari sabtu kami tumpu bahagian juadah jer...Mulalah proses menangkap ayam dan menyembelih. Riuh sekampung bilamana sepupuku yang lain turut sama menangkap ayam. Suasana yang takkan ditemui di KL...

Hari raya tahun ni mungkin tak semeriah hari raya sepuluh tahun lepas tapi zie dapat rasakan ia lebih bermakna...At least tak la fikir nak kumpul duit raya jer. Time mintak maaf pun rasa lebih ikhlas...hehehe.

Pagi2 lagi lepas solat sunat aidilfitri, sepupu2 zie start bertandang dan macam biasalah nasi minyak lah jadi pilihan utama mereka. Ada juga yang sekadar mengalas perut dengan lemang dan rendang. tak dilupakan bagi yang bertaste veteren,tapai jadi santapan...kalau yang dah kenyang plak just makan kuih raya.

Tahun ni kami tak sempat nak bergambar beramai2 memandangkan pada hari raya pertama family zie beraya sampai maghrib. lagipun tema kuning kamitahun ni tak semeriah mana sebab ramai yang berbaju kuning tapi bertudung warna lain, termasuklah zie. so tema kuning tak begitu menyerlah...


Alhamdulillah, family zie berjaya menghabiskan proses jkunjung mengunjung kerumah sedara mara terdekat pada hari raya pertama. So raya seterusnya kami just duk kat rumah melayan tetamu yang datang...

Raya keenam,kampung zie wat sambutan Aidilfitri peringkat Dun Seberang Takir... Sangat meriah compare dengan tahun lepas... Ramai bebenor orang yang datang...

raya ketujuh sepupu zie kahwin so kami berkenduri kendara la plak... sronok gak,lama dah tak join masak memasak ni...

Raya kelapan mood zie tak berapa cantik sebab malam ni zie akan naik bus untuk pulang ke UIAM... Arrrrr tension balik....

Ya Muqollibal Qulub,Sabbit Qulubana


HATI… manusia sering berbangga dengannya, bukan sekadar kerana fungsinya dari segi saintifik bahkan kerana sifatnya yang abstrak dalam mengawal keputusan minda. Persoalan yang timbul ialah adakah manusia yang mengawal hati? Atau mungkinkah kuasa luar yang mengawal hati dan manusia hanya mengikut kata hati? Kalau andaiaan kedua yang benar maka ternyata kuasa terbesar dalam system tubuh manusia adalah hati dan kuasa yang lebih besar adalah yang mengawal hati…Ya, andaian kedualah yang lebih tepat. Ayat bangga manusia yang biasa didengar seperti, “ikut suka hati aku la…” jelas menunjukkan yang manusia sendiri tidak faham bagaimana hati berfungsi.

Hati dalam bahasa arab diterjemahkan sebagai qolbi atau kata majmuknya qulub dan membawa makna yang berbolak-balik atau yang berubah-ubah. Siapa yang mengubah hati? Tentu kuasa tertinggi yang juga pencipta hati tersebut. Dari definasi qolbi sendiri dah menunjukkan sifatnya. Berbolak-balik dan berubah-ubah.

Memandangkan yang mengawal hati kita adalah Penguasa Utama maka tiada cara terbaik yang mampu kita lakukan untuk memastikan Dia tak mengubah hati supaya cenderung kepada keburukan melainkan dengan ibadat dan doa yang berpanjangan. Kerana sesungguhnya Allah boleh mengubah hati manusia dengan cukup mudah,hanya dengan mengambil kembali hidayah yang diberi. Kerana dengan hidayahnyalah manusia terdorong untuk berbuat baik. Walau bagaimanapun, kita harus ingat bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang dan Dia tidak menarik hidayah melainkan kerana sikap manusia sendiri yang lupa dan leka dari engingatiNya. Sebagai muslim,sepatutunya inilah yang paling patut ditakuti. Takut Allah akan mengambil kembali taufik dan hidayah yang diberi sehingga kita mampu mengenal islam dan menebalkan iman. Tanpanya seorang muslim tidak akan berbeza dengan seorang kafir.

Kerana sifat hati yang tidak dikawal oleh akal menyebabkan ramai orang berubah dengan drastiknya. Contohnya yang bertudung sekarang free hair, yang berilmu agama tapi sibuk dating sana sini, yang baru habis belajar dari bumi anbiya’ tapi ikut ajaran sesat,yang dulu sayang dengan tudung bulat tapi sekarang sekadar berbawal singkat lagi jarang dan macam-macam lagi contoh didepan mata.

Sesungguhnya seorang alim ulama’ sekalipun tak mampu nak memastikan iman dan islam yang dipegang hari ini akan kekal sampai esok apatah lagi akan berterusan hingga ke nafas terakhir. Jadi jangan sekali-kali berbangga dengan keimanan kita sekarang. Kita sebagai hamba hanya mampu terus berdoa semoga Allah kekalkan nikmat islam dan iman yang ada semoga nikmat hidayah tersebut kekal hingga ajal menjemput kita.

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hati-hati kami diatas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”

p/s: entry ini ditulis bukan kerana zie melihat banyak hati-hati yang diubah Allah tapi kerana zie sedar hati zie sendiri mudah berubah dan hanya redha Allah yang mampu tetapkan hati zie dan dengan rahmat Allah juga dapat membaiki segala kelemahan hamba ini… May His blessing be with us in every single time…

Thursday, September 10, 2009

Cahaya Ramadhan di Kg Songkok

bergambar dengan anak2 orang asli...


Peserta2

salam semua...
just few report about Program Nur of Ramadhan yang zie sertai weekend lepas... alhamdulillah setelah berpenat lelah bersama2 sahabat2 dari Titian Asli Club and Jam'iyytu Khadamatil Quran, akhirnya kami dapat mengadakan program tersebut dengan jayanya. alhamdulillah.
Pada 5 September lepas kami bertolak dari UIA pukul 1 tengahari walaupun mengikut jadual kami bertolak pukul 12.30pm. Biasalah,adaje problem tapi its ok la...just half an hour.hehe
sampai kat Kg Songkok pukul 2 lebih, kami terus kemas balai raya yang bakal kami duduki manakala brothers mengemas rumah yang diberi pinjam kepada mereka...
ni third time zie melangkah ke kg Songkok. First tahun lepas, program bawah Titian Asli Club jugak and second time seminggu sebelum program ni. Kami pergi sekadar untuk 'site visit'. Masa tu kami pergi satu kereta je. so bila zie sampai 5/9 tu zie tak terkejut sangat dengan suasana Kg tu. Just kawan2 zie dari Titian Asli yang lain yang agak terkejut. nak tau sebab ape terkejut? Kampung tu dah hampir 80% berubah. Kalau dulu semua rumah dhaif sangat2 tapi sekarang hampir 70% penduduk kat situ dapat umah baru. ala2 rumah PPRT tapi agak besar. 3 bilik tidur... apa yang sedih kampung tu still takde bekalan elektrik. So kami terpaksa prepare emergency lamp and pelita memandangkan kami tak dibenarkan beli generator walaupun dapat bajet yang banyak. malas nak citer,panjang sangat...
cantiknya banner...sape yang design ek?hehe

Lepas solat kami diberi sedikit info tentang Kg tu dari Tok Batin Alam and Ust Zul(penggerak masyarakat Kg Songkok).Hampir pukul 4 barulah kami bergerak dalam kumpulan untuk membuat lawatan kesetiap rumah. Zie dan 3 orang sahabat lain melawat ke rumah Kak Imbin. Berusia 30 tahun dan mempunyai 6 orang anak. Anaknya yang sulong berumur 16 tahun so Kak Imbin ni kahwin kira2 ketika dia berumur 14. wawawa hebat.muda yang amat....Yang sedihnya, Kak Imbin masih tak mendapat cahaya Islam...Ya Allah, kurniakanlah beliau Nur Islam dan Iman, agar mereka merasa nikmat hidup yang utama....
Kami tak melawat dengan tangan kosong kerana kami membawa juga kuih raya dua bekas bagi setiap rumah. Rumah Kak Imbin ada TV. Pelik kan, camne diorang tengok tv kalau takde elektrik? Yap diaorang guna generator. dan mengikut kak Imbin familynya hanya menonton bila benar2 rasa penting, Bukan murah cost guna generator. Katanya lagi hampir RM5 satu malam. So emagine la sebulan berapa ringgit diorang akan spend untuk dapatkan elektrik....
Lepas solat asar kami adakan program dengan orang asli. Kami bawa mereka ke sungai(sebenarnya diorang yang bawa kami...hehehe) and then kami ajar diorang gosok gigi, bersabun and bersyampu...boleh la kami mandi bersama diorang. Air terjun kat situ memang best yang amat...
Cantikkan rumah diorang...




sejuknya air...



sedia nak beriadah...
lapar ke dik?tunggu jap lagi ek...

Hampir malam kawasan kanopi tempat program kami disimbahi cahaya lampu panjang, rupa2nya salah sorang penduduk kampung pinjamkan kami generator...Thank amek...
pukul 6 lbih kami balik dari air tejun. Terus call caterer. Dah jadi tugas zie call caterer memandangkan tiada committee yang in charge untuk catering....huhuhu...Hampir pukul 630pm,caterer sampai bawak juadah berbuka kami...nyam nyam nyam...
Pukul 7, hampir semua penduduk kampung tak kira yang beragama islam atau tidak turun untuk makan bersama kami. Selesai makan kami solat jemaah bersama.(sebenarnya penduduk kampung tengok je kami solat, diorang tak ikut pun, maybe solat masih bukan amalan diorang,Ya Allah,beri keringanan kepada hati mereka...)
Selesai solat kami adakan tadarus dan iqra' bersama penduduk kampung, ramai anak2 yang join,Alhamdulillah. dan kebanyakan mereka sudah kenal huruf2 alQuran.Alhamdulillah lagi...
malam tu kawasan kampung tu berseri2 dengan cahaya pelita yang dipasang oleh Brothers Prep & tech...Thanks sume...

aik,ajar iqra' ke ajar baca surat khabar ni?takpe la,ada faedah jugak...


Time tidur ada 4 orang anak orang asli yang nak tidur dengan kami,hehehe(asalkan mak korang tak bising,akak tak kesah...)
Malam tu zie tidur dengan nyenyaknya...walaupun sekadar beralas lengan...Nyenyak sampai tak terbangun masa hirasah(berkawal)...sorry ye Sal and Mas...
Memandangkan zie tidur tanpa gangguan langsung so before kul 4 zie dah terjaga dengan segarnya. Apalagi, terus cari hanset, CALL CATERER!!!

ahhhh caterer tak dapat dihubungi... zie dah start gabra...ramai orang dah mula tanya makanan...

Pukul 4.30am caterer datang bawak makanan sahur kami, HOOOREYYY

Before sahur kami qiamullail dulu. Pukul 5 lbh kami pun mula la makan tapi kali ni orang kampung tak join kami. just budak berempat yang tidur dengan kami je yang join sahur....
After sahur kkami solat subuh bersama pastu ada sesi tazkirah sampai pukul 7.15am.
Rehat jap pastu pukul 8am kami aerobic. Anak2 orang asli join sekali. Mak ayah diorang agak pemalu so diorang just tengok kami dari jauh.

Selesai aerobic kami adakan sedikit gotong royong membersihkan kawasan kampung. kali ni ayah2 orang asli join kami...
Sambil2 gotong royong, anak2 orang asli diajak bersukaneka...ceria betul mereka....
Tepat pukul 10am, kami adakan mentoring session, ajar anak2 orang asli mambaca menulis, mengira dan melukis....

Rajinnye...eh ke buat2 rajin depan camera ni?


Hampir pukul 11.30am wakil Jabatan Orang Asli daerah Hulu Selangor and Wakil Islamic Relief Malaysia datang...Pukul 11.30 kami mulakan majlis penutup. And part yang paling zie tak suka ialah kena bagi ucapan...tak suka la skema2 ni... Hentam sajela labu...
kemudian sesi penyampaian hadiah kepada kanak2 yang bersukaneka bermula...banyak gak hamper yang kami sediakan.harap budak2 tu suka. Tak lupa lepas tu majlis penyerahan sumbangan dari Islamic Relief Malaysia kepada wakil setiap keluarga...



yeyeye dapat hadiah...

sesi bagi sumbangan dari Islamic Relief Malaysia


Selepas solat zohor time sedih pun bermula, terpaksa berpisah dengan orang2 asli kat situ. Walaupun sekejap je pertemuan kami tapi zie rasakan mereka macam adik2 zie. Air mata zie rasa nak menitis bilamana zie tengah sibuk angkat barang masuk bus,sorang anak orang asli yang bernama Noraini datang kat zie dan pegang pinggang zie sambil kata, "akak, saya sayang akak..." saat tu zie hanya boleh kata, "akak pun sayang kat adik..."dan kemudian beberapa anak2 lain kata, "akak, apakata kalau akak jangan balik,duk la kat sini..." huhuhu.nak nangis...
Hampir pukul 3 bus kami bergerak meninggalkan Kampung Songkok, Batang Kali Selangor...
Sayonara adik2...InsyaAllah andai panjang umur kita jumpa lagi dan kakZie harap saat tu kalian semua akan solat jemaah bersama kami dan dapat baca Al Quran dengan baik....Insya Allah...

Saturday, September 5, 2009

Nur Of Ramadhan di Kg Songkok


2 minggu kebelakangan ni merupakan minggu yang paling sibuk bagi zie. Kalau dulu program berderet pun tak rasa sangat kebusykan tu sebab tanggungjawab tak besar sangat dalam setiap program. Sekadar diberi tugas2 am, bagi melancarkan lagi program. Tapi sibuk kali ni berlainan. Program tak banyak tapi tugas sangat berat. Kalau awal bulan ogos haritu zie busy dengan Concert Opick, Humanitarian Walk n Program di Gapoi, Bentung. Masa tu boleh dikatakan zie mampu bernafas dengan baik tapi kali ni...aahhhh lemas.Habis concert Opick haritu tiba2 zie dapat call dari vise presedent Law Society, mintak zie tolong program "Forum: Equality in Islam, Are Muslim Women Left Behind?" Jadi secretary. Memang nak tolak sangat2 tanggungjawab tu tapi bila manager program tu kata 'tugas tak berat, just wat surat, try dulu la' zie pun tak sanggup nak kata nononono. Ibarat kata The Rock dalam citer Game Plan, 'never say no!'... Mujur la masa tu tak busy dengan exam. Alahamdulillah semua berjalan lancar.


Sebenarnya program tu tak menekan sangat tapi ada satu lagi program yang agak memberi tekanan pada zie. Program yang akan diadakan bermula hari ini 5 Sept 2009 hingga esok 6 Sept 2009. Tanggungjawab bermula bilamana Min, selaku mainboard Titian Asli Club memintaku menjadi program manager untuk program berbuka dan bersahur dengan orang asli. Memandangkan masih ada sebulan lebih tempoh jadi zie terima, tu pun dengan syarat Min mestilah tolong zie. Sebulan sebelum tarikh tu zie wat first meeting. Program ni diadakan dengan kerjasama Jam'iyyatu Khadamatil Quran, sebuah club yang juga dibawah Student Development IIUM sebagaimana Titian Asli Club.


Setelah para committee dipilih, proposal mula di siapkan. Setelah proposal dihantar, zie boleh bernafas sedikit tapi 2 minggu sebelum program, proposal kami belum diluluskan. zie dah mula risau. Mengadakan program dengan orang asli ternyata tak semudah program yang diadakan di bawah Law Society. Ini kerana terlalu banyak perkara yang perlu dibuat. Seminggu sebelum program iaitu pada 28 ogos barulah zie dapat approval latter untuk teruskan program tersebut. Alhamdulillah bajet kami agak banyak. Walaupun dalam proposal kami minta RM10000+ tapi kami dapat RM7000. Sebenarnya banyak la tu kan. Sebab kebiasaannya program seperti ini paling bnyak pun dapat RM5000. Hehehe kaya juga ye...


Dapat je approval latter terus zie start mengecall orang2 yang berkenaan. Mula dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Pusat, bagi meminta kebenaran membuat program disitu. Kemudian Jabatan orang Asli Hulu Selangor bagi niat yang sama. Tak cukup dengan call kami kena fax segala detail program. Kemudian terus dengan Menghubungi Islamic Relief Malaysia bagi meminta sumbangan. Alhamdulillah walaupun last minit tapi dengan sengan hati pihak IRM bersetuju. Kemudian kena call Tok Batin Kg tersebut bagi memberitahu tentang program tersebut dan pada masa yang sama memastikan tiada pihak lain yang membuat program disitu pada hari yang sama. Masalah mula timbul bilamana ada beberapa committee yang menarik diri atas sebab progra tersebut clash dengan midterm. Terpaksa lah zie ambila alih tugas mereka. Tugas biro special task, menyediakan hadiah dan hamper manakala tugas biro catering bagi menyediakan makanan untuk berbuka dan sahur. Tak dilupakan biro publication dan promotion yang bertanggungjawab membuat banner. So zie kena lah memandaikan diri mendesign banner.


Segalanya lancar, alhamdulillah. 3hb sept zie pergi jumpa Encik Zain selaku pegawai yang bertanggungjawab mengeluarkan duit advanced. Dalam hati zie berharap dapat paling kurang RM4000 advancement tapi En.Zain hanya memberi kami RM2000, tupun setelah zie wat muka kesian kerana mengikut En. Zian duit memang banyak tapi namanya telah diblack list atas sebab banyak program yang diorganised oleh club2 dibawahnya yang masih belum menghantar financial report. Kesian pulak zie kat En.Zain, terpaksa menanggung kesalahan student.


Memandangkan cash kami tak banyak, En.Zain menyarankan kami membeli barang dengan syarikat yang berdaftar dengan IIUM so bolehlah kami guna invois (beli secara kredit dan akan dipotong dari RM5000 yang masih tak diberi). zie mula pening nak fikir. Akhirnya kami wat decision nak tempah makanan berbuka,moreh dan sahur dari caterer yang berdaftar dengan IIUM so guna invois. Peralatan seperti khemah juga guna invois. Kerja zie jadi senang, just tempah pastu pihak caterer dan syarikat peralatan tu akan deal sendiri dengan Student Development Devision berkenaan soal bayaran. hehehe.


Apa yang zie harapkan agar program ni berjalan lancar tanpa masalah dan semoga penduduk kampung tersebut yang beragama Islam dapat merasai NUR OF RAMADHAN dan bagi yang tak beragama Islam, semoga Allah memberi hidayah pada kalian. InsyaAllah. Juga kepada semua 40 orang student yang menyertai program ini, semoga dapat menyumbang dan menerima sesuatu dari program ni... InsyaAllah...


Kepada semua committee yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, terima kasih atas usaha anda... GO GO CAYO" AJA AJA FIGHTING!