Semalam 22hb 4 2009 hampir pukul 9.30 malam sedang aku seronok berborak dengan familyku tiba tiba mataku tertarik pada kaca tv. Aku yang pada mulanya tidak tahu apa yang tertera dikaca tv semakin semangat merenung, begitu juga ibu dan kakakku… apa yang kami nampak dalam gambar yang dikaburkan itu agak mengejutkan aku… video yang tertulis dibawahnya ‘rakaman daripada youtube’ menunjukkan seorang perempuan menendang nendang seorang budak kecil sekitar umur 3 tahun. Bilamana budak kecil itu cuba bangun dia ditendang lagi hingga tersungkur lagi. Bukan sekali bukan dua tapi terlalu banyak hingga yang akhirnya menunjukkan perempuan jahat tu memijak atas budak tu.
Ya Allah manusiakah tu? Tapi aku tak pasti apakah yang aku lihat itu benar atau ada kisah lain disebaliknya kerana video tu sebenarnya ditayang dipenghujung rancangan 360 dan aku tak dengar apa yang diulas oleh mazidul tentang video tu. Tapi mengikut apa yang mata aku lihat perbuatan tu memang diluar norma kemanusiaan… ia benar-benar mengejutkan kami sekeluarga hingga kami rasa apa yang kami lihat adalah salah dan kami berharap sangat ada orang yang beritahu kami “tu sebenarnya demonstrasi memijak bendera israil” or “tu sebenarnya proses merosakkan robot dari Jepun yang berbahaya pada manusia”.
Aku harap sangat sebab sampai sekarang aku masih terbayangkan video tu sampai aku rasa betul- betul tak tenang… tolong la sape-sape yang tahu pasal gambar tu katakana yang aku salah.
I'm proud to be anak penternak..
-
Umur zie dah hampir2 nk ke penghujung 20-an..Dan sepanjang tu zie dah
menyaksikan teeeerlalu byk pengorbanan seorang lelaki bernama ayah n
seorang wanit...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment