CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 20, 2015

I'm proud to be anak penternak..


Umur zie dah hampir2 nk ke penghujung 20-an..Dan sepanjang tu zie dah menyaksikan teeeerlalu byk pengorbanan seorang lelaki bernama ayah n seorang wanita bernama mak..

Ya...ayah dan mak yang sentiasa bermandi peluh untuk sara 11 orang anak..seingat zi lebih dari 20tahun ayah bekerja sebagai penternak untuk dapat seperiuk nasi sehari buat anak2 comel dorg...(ok, tb2 selit perasan hahaha)

dan sepanjang tempoh tu jugop mak bukanlah seorang yg sekadar menyandang title surirumah sepenuh masa...tapi juga pembantu ayah sepenuh masa..

Ya...pekerjaan penternak ie kerja sendiri bukan senang...Ayah ternak itik untuk pulangan harian..setiap pagi sejak kecik mak or kami adik beradik lah yang akan kutip telur seawal pukul 7 pagi..kemudian telur tu perlu dibasuh..tak banyak..kira2 300biji je..hahaha lenguh tulang belakang..dalam pukul 10 ayah akan ke kem askar, ambik sisa makanan sebagai makanan itik..pukul 12 pulak ayah ambik kepala ikan di tempat proses keropok di seberang takir...juga utk makanan itik..kalau dulu2 memandangkan itik agak banyak kira2 700 ekor jd makanan itik juga perlu banyak...ayah terpaksa dapatkan sagu utk campur dengan makanan itik..sagu tu bukan sagu biji2 yang org buat kuih tu..tapi sagu dari pokok sagu...batang pokok sagu, yang perlu dikisar dahulu..Dah siap basuh, telur kena dijemur dulu..lepas peniaga dah datang ambik telur mentah bakinya barulah diasinkan gune kaedah air garam..Tak cukup disitu, malam juga ayah kerja sebab itik kena makan waktu malam jika nak mereka bertelur dengan baik..kadang2 anak2 dah tidur tapi mak ayah still bekerja..

Selain itik, ayah juga bela kambing n lembu..kata ayah ni sebagai tabungan...pendapatan sekali sekala tapi banyak...Alhamdulillah dengan wang jualan lembu kambing yang kadang2 ni dapat lah ayah sedikit demi sedikit bina rumah..

sekarang dah lebih 20tahun ayah still kerja yang sama..hanya bezanya bilangan ternakan tak sebanyak dulu dan kerjanya lebih ringan..bilangan itik sekarang hanya kira2 200ekor sahaja dengan bilangan telur hanya kira2 150bj je sehari...

Sekarang ayah tak perlu kisar sagu lg..tak perlu bagi makan malam2 lg..dan Alhamdulillah ayah dah punya banyak tangan yang menolong...ie anak2 yg comel ms kecik tu..ye sekarang semua dah besar2 dah..hihi

kenapa ayah taknak stop kerja..?
Kata ayah walaupon anak2 dah ramai yg kerja tapi tanggungan ayah still ada sebab masih ramai juga adik yg masih sekolah..wang dari anak2 yg kerja still tak cukup kata ayah..Lagipon kata ayah menternak adalah hobi dia..perkara yang buat dia gembira..

Sekarang itik tak banyak..kambing pon ada lah sikit2...lembu just ada time dekat2 nak raya haji...

Kadang2 zie rasa haiwan2 ternakan ni banyak merapatkan hubungan kami sekeluarga...mana taknya hingga sekarang kami still buat kerja sama2 waktu petang...bagi makan itik n kambing n lembu..bila buat sama2 camni baru kami boleh borak secara berseloroh..sebab bila duk saje2 je mesti sume tangan pegang henset..takde ms nak bual2 kosong ngan adik beradik..

Sebenarnya sekarang zie pon terpengaruh dengan minat ayah..ya zie minat menternak...dapat bagi haiwan makan adalah satu kegembiraan buat zie..

emmm terasa juga nak jadi penternak moden one day..just hire warga asing sorg..dia setelkan sume...zi just layan2 je..sambil dpt duit..hahaha

ok tu je catatan diari arini..bye

Monday, August 17, 2015

Memerhati...Diperhati...Berhati-hati..




Tangan kaku di papan keybod...idea trburai di lantai...bergolek2 ke bawah almari usang...tak terpungut...

Apa yang zie nak cerita sejak berkurun lalu dah terlupa..

owh isu mata manusia..

Ya...mata yang suka memerhati..

Pernah terbaca artikel yg kata kita perempuan tak payah susah2 pakai baju cantik depan lelaki sebab dorg memang takkan perasaan corak n warna baju kamu...dorg xpandang pn...kalu pandang pon dorg tak akan ingat apa kamu pakai semalam..

tapi..ye ke camtu??

Baru2 ni ada seseorang yg terperasan pasal pakaian zie, "zie suka kaler purple ye? byk post pic pakai tudung kaler purple"

hayya...mmg zie suke purple pon..n mmg tu tudung febret zie pon..hahaha..bukan setakat memerhati dia ni..siap menganalisis lg...hahahah

kdg2 kita xsedar yg bila kita suka sesuatu kaler tu, bila pilih utk pakai, tangan kita akan laju pilih baju/tudung tu even dh byk kali pakai dlm seminggu...

Teringat pula zaman sekolah...form 3..SMAASZA..aspura dan aspuri dlu mmg terpisah jauh...jarang sgt dapat jumpa pelajar laki lepas waktu sekolah apatah lagi weekend melainkan bila ada kelas tambahan..

Zaman skolah dulu mmg ada la malas skit nak basuh baju...terutama bila just pakai utk 2jam kelas je...besenya zi akan berkamekaze dgn pakai baju semalam utk ke kelas arini pula..ye la,semalam 2 jam arini 2jam pakai berbaloi skit nk basuh kan..hahaha

Masa lalu agak tak jauh dari aspura tiba2 terdengar suara orang sound dari jauh "zie pakai baju semalam" diulang berkali2...1 sekolah boleh dengar...esoknya terus diberi title 'ikan kering'..haisy,kwn perempuan sorg pon xprasan zi pakai baju semalam,cane dia blh prasan..padahal bukan zie attend kelas ngan dia pon..

ok sejak tu zie fikir ada rupanya lelaki yg mudah ingat pakaian kita..so agok bahaya disitu..budaya buruk jgn diulang..hahaha

Apepon perkara positif dr hal ni ialah..bersyukurlah..sekurang2nya anda bukan halimunan di mata org..masih ada yg mengambil tahu hal anda..hihihi :-)




17/8/2015...

Setelah sekian lama...

just wanna say, "hye awak...:-)"




Wednesday, March 19, 2014

Saya dah bekerja :-)


Setelah setahun lebih tidak menjenguk ke laman ungu ni tiba2 harini (19/3/2014) terasa pula ingin mencoret sesuatu..


Alhamdulillah zaman study saya dah berakhir..zaman esemen saya dah berlalu..sekadar mengenang memori suka duka, mula tahun 2007 hingga 2012 saya lalui zaman universiti..sejuta pengalaman ditimba..honestly so sronok..Alhamdulillah berjaya genggam 2 ijazah ie Ijazah Undang-Undang (LLB) dan Ijazah Undang-Undag Syariah(LLB_S)..

Bermula Ogos 2012 hingga April 2013 saya ikuti pula Latihan dalam Kamar (Reading in Chambers) di sebuah firma guaman di Kuala Terengganu..Latihan dalam kamar ni adalah perkara wajib dilalui oleh mana-mana student law yg bercita-cita untuk jadi peguam. Alhamdulillah skali lagi pada 3 Julai 2013 saya dengan rasminya diterima masuk sebagai peguamcara dan peguambela di Malaysia.. :-)


Sejak tu saya praktis sebagai peguam di Terengganu yang indah..Memandangkan saya juga punya Ijazah dalam bidang Syariah,rasanya rugi jika tak praktis untuk undang-undang syariah juga..jadi pada bulan Oktober 2013 saya telah menghadiri temuduga untuk kemasukan sebagai peguam syarie pula..sekali lagi Alhamdulillah kerana lulus temuduga tersebut dan berjaya jadi peguam syarie..

Menjadi peguam sivil dan peguam syarie adalah antara cebisan cita-cita saya..Alhamdulillah ianya jadi kenyataan..

Kini saya masih praktis di Terengganu. handle pelbagai jenis kes sivil dan syariah..sejujurnya saya masih merangkak..masih menimba sebanyak2nya ilmu dunia n akhirat.

kalau ditanya apakah saya bahagia dengan apa yg saya ada sekarang,terus terang saya katakan hati saya belum puas..terlalu banyak impian saya belum tertunai dek kelemahan diri..saya berharap untuk menjadi sukarelawan membantu golongan yang memerlukan..entah mengapa belum terlaksana..mungkin kurang sumber yg saya kenali..mungkin juga kekangan masa seharian.. Apepon Alhamdulillah kerana dgn adanya sedikit ilmu syariah dapat juga membantu memberi sedikit sebanyak nasihat berkenaan undag-undang keluarga Islam kepada yang memerlukan...

InsyaAllah perjalanan hidup masih panjang selagi ajal tidak menjemput diri..dan saya akan terus mencari redha Allah dalam setiap langkah saya..doakan kesejahteraan bersama..amin..


Tuesday, January 8, 2013

Wanita, berapa hargamu?


Berapa harga seorang perempuan?

Kalau harga sebungkus roti boleh dilihat pada pembungkusnya, harga satu set sofa boleh diketahui melalui katalognya maka dimana pula tersembunyinya harga seorang yang bernama wanita…siapa pula yang menentukannya?
Jika harga sebungkus biskut ditetapkan oleh pengilangnya, maka harga seorang wanita ditentukan oleh penciptanya iaitu Allah SWT.
Islam meletakkan seorang wanita di tempat yang begitu tinggi di mana maruahnya dijaga begitu rapi malangnya wanita yang pada i/c nya seorang muslimah seringkali terkeliru lantas memilih cara hidup  yang melonggokkannya kelembah kehinaan.

Lihat sahaja iklan-iklan di tv, dipapan2 iklan tepi jalan juga dimuka2 majalah… wanita diperguna sewenangnya hingga mereka kelihatan  lebih murah dari sehelai alas kaki. Bukan sahaja bentuk badan dan kulit wanita didedahkan untuk tontonan malahan kemerduan suara mereka juga dilagakan seolah2 seekor burung tekukur di padang pertandingan.

Manusia semakin bodoh dan sesat apabila dengan sengaja atau mungkin juga dengan kejahilannya sengaja mengeploitasi wanita bertentangan dengan syariat samada sebagaimana arahan Allah yang termaktub di dalam AlQuran atau yang terukir dalam hadis Rasulullah.

Bilamana ada ayat yang mengatakan tentang larangan wanita menghentak kaki hingga menghasilkan bunyi gelang kakinya dan ulama mengkiaskan pengharaman tersebut kepada suara wanita yang dimerdu2kan maka manusia yang beraqal burung unta tampil berani dengan mempertandingkan suara nyanyian wanita. Bukan itu sahaja suara nyanyian diiringi pula dengan lenggokan dan gelekan menggoda umpama penari arab zaman jahiliah. Tentang pakaian usah dipersoal lagi, semakin lama semakin ghairah pula si wanita menonjolkan segala apa yang ada dengan alasan ‘anugerah tuhan usah dipersia’. 

Iklan2 kini juga kelihatan benar2 menjadikan wanita umpama barang dagangan. Syariat telah jelas mengatakan wanita yang berwangian2 lalu melalui dihadapan lelaki lalu dipuji keharumannya sama umpama pelacur. Entah kerana jahil atau sengaja, muncul pula iklan yang meletakkan wanita sebagai pelacur kehormat. Iklan yang menunjukkan wanita memakai wangian lalu berjalan dihadapan lelaki dan lelaki tersebut tergoda dengan wangian sambil berkata ‘emmmm wangi…’ wanita terbabit kelihatan cantik dan hebat namun hakikatnya dia tak lebih hanya melakonkan kisah seorang pelacur.

Tak cukup dengan iklan minyak wangi, iklan losyen dan mandian juga kelihatan sangat melampau. Bukankah syariat melarang persentuhan lelaki dengan wanita bukan mahram hinggakan ianya dikatakan umpama menyentuh besi yang sedang membakar. Namun iklan losyen kini memaparkan sikap melampau seorang wanita apabila dengan sengaja si wanita tadi menggeselkan badannya pada lelaki agar si lelaki merasai kelembutan kulitnya. Ini cukup2 meletakkan taraf seorang wanita lebih rendah dari seekor kera kerana seekor kera betina tidak semudah itu menggoda sang kera jantan sedangkan manusia tersenyum bangga bila kehalusan kulitnya dipuji oleh bukan mahramnya.

Selain itu diperhatikan kini maruah wanita umpama diperlekeh apabila hal sensitive wanita kini jadi bahan paparan dan lawak semata2 ingin mempromosi barang jualan. Paling senang dilihat adalah iklan tuala wanita. Jika 15 tahun dahulu, bilamana kita ingin membeli tuala wanita maka pekedai akan membungkusnya dengan surat khabar sebelum dimasukkan didalam plastic kerana perkara tersebut sangat menyegankan bagi kita. Iklan tuala wanita juga sukar dilihat di tv. (mungkin kerana kurangnya jenama tuala wanita ketika itu). Kalau adapun iklan, ianya cukup tersembunyi maksudnya hingga ianya hanya difahami oleh yang bergelar wanita, tapi kini iklan tuala wanita cukup memalukan bagiku. Segala2nya dipertonton dan diberitahu hingga jadi bahan lawak. Lebih buruk, kamera dengan sengaja mengfokuskan bahagian bawah pinggang wanita sedangkan jika tidak ditunjukpun pasti orang tahu dimana tuala wanita dipakai.

Wahai wanita, cukuplah iklan2 sijahil ini sahaja yang merendahkan martabat kita. Jangan kita sendiri yang melondehkan maruah kita demi sebuah kemodenan. Kerana kita cukup berharga bergantung dimana dan bagaimana kita menggunakan nikmat kurniaannya.
Jagalah malumu kerana itu mahkotamu…
Aduhai puteriku sayang...
Puteriku sayang...
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik persis wajahmu,disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agong tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada suapa yang akan boleh merampasnya
Malainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteri ku sayang kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang kau bunga idaman…..

Friday, February 25, 2011

Duhai Hati...ada apa dgn cinta?


CINTA....
Sepatah kata yang mampu buat orang senyum dan ketawa...juga mampu buat orang menangis dan meratap...ah hebat sungguh cinta...

Kalau bicara tentang cinta pelajar sekolah rendah and menengah bosan pasti melanda...bibir secara spontan akan men'cebik'...yap.zie xsuke bercakap tentang indahnya cinta zaman sekolah...bukan sebab zie tak pernah merasai tapi sebab bagi zie tu cuma cinta kosong...cinta golongan kera yang baru belajar erti memanjat di dahan kehidupan...

Tapi bila bercakap tentang cinta teruna dara yang sudah memasuki alam matang (umur 20keatas), zie akan lebih rasa segar. Tapi segar bukan pada sume cerita. Kalau kisah cintanya matang zie akan semangat utk dengar tapi kalau sekadar cerita 'kera' zie xcukup masa utk olah tentang tu...nampak sgt kn...zie mmg anti cinta kera...menyampah bila ada 'budak2' yang cakap pasal cinta...

Biasanya masuk umur 20 n above hampir sume teruna and dara mula fikir tentang cinta...emmmm bukan sekadar cinta sebenarnya tapi lebih kepada kahwin...huhuhu segan pula nk sebut perkataan kahwin...adakah zie juga sedang berfikir begitu?hahahah rahsia hati xblh dikongsi...

Bila besama teman2 pasti byk yg dicerita..tapi percaya tak kalau zie kata 60% dari apa yang dicerita berkisar tentang alam rumahtangga...Sebab tu la zie kata kami da 'matang' skarang...hahaha...

Sahabat2 zie da ramai yang sudah masuk ke fasa pertama and kedua...apa fasa pertama?hahhaha kahwin la....fasa kedua?punya anak...huhuuhu...memang sahabat zie da rmai yang da kahwin...dan ramai juga yang sudah punya anak dan bertambah ramai yang sudah mula berfikir tarikh untuk kahwin...wowowoowwo seram betul diorang ni...laju sungguh speed dorang...saat zie masih fikir tentang study,dorang da mula membina tiang2 masjid...dan saat zie masih fikir tentang study, dorang suda mula mengumpul 'makmun' dlm masjid dorang...wau...how nice their life...

Setiap orang perjalanan hidup mereka berbeza...ada yang kahwin awal...ada yang kahwin lambat...n ada yang menemui Allah tanpa sempat berkahwin...zie masuk golongan mana agaknya...zie pon xpasti...huhuhuh

~Tiba2 teringin ulas pasal cinta...~

Cinta sebenarnya cukup indah kan? Terlalu indah jika jalannya betul...tapi terlalu hina dan kotor andai diguna dijalan yang salah...Jalan yag betul tak lain dan tak bukan adalah melalui jalan perkahwinan...Tu la sebaik2 jalan...tapi kalau bahagia bercinta tapi mengikut jalan yang Allah benci,mesti tiada nikmat yang sebenar yang dirasa melainkan rasa bersalah yang tak henti2...

~Zie pernah jatuh cinta ke?~

Hahahaha...soklan seram dari diri sendiri...

Mesti la pernah...ingat zie ni robot ke?zie bukan robot n bukan jugak ubi kayu...zie manusia biasa yang ada sekeping hati yang berfungsi dgn baik...insyaAllah...

Jatuh cinta ni kerja hati yang dirancang oleh Tuhan...manusia jatuh cinta kerana Allah inginkan sebegitu...Tapi bagaimana hati mengawal tubuh badan bertindak atas perasaan cinta,tu terpulang pada iman...

Zie penah jatuh cinta tapi Alhamdulillah Allah tak bukak jalan untuk zie bercinta macam kera dan pada masa yang sama Allah juga tak plan untuk zie bercinta seperti Rasulullah dan Siti Khadijah...kenapa dan mengapa, Allah maha tahu...Zie hanya yakin ni la yang terbaik buat zie..jodoh tu Allah yang tentukan...kadang2 hati terlalu ingin miliki cinta seseorang tapi bila Allah kata tidak maka tak akan berlaku la tautan cinta tersebut...

~Pendam perasaan...penat sebenarnya...~

Memang penat mendam rasa...melihat orang yang disukai hanya dari jauh...dan hanya mampu berdoa...semua tu sangat memenatkan bagi makhluk biasa macam zie...Entah berapa tahun memendam rasa...hahahah...lau jeruk,da expired agaknya....ahhahaha...

Seorang sahabat pernah tanya zie: "zie,saya suke budak laki tu...cane ni...apa saya boleh buat...?"...bila diaju soklan macam ni,zie sendiri kaku tanpa jawapan...takkan zie nak nasihat dia sebagaimana zie praktik..diam n doa smata2...adoi kesian plak kt dia...paling2 zie akan tanya dia, "awak kompem ke suke budak tu? da betul2 tanya hati ke?atau mungkin sekadar suke sebab dia baik...kalau awak betul2 berharap dia jadi suami awak,why not guna orang tengah.."...hohohho bercakap memang senang kn...ni la nasihat zie kt kwn2...tp zie sendiri tak ada kekuatan nk lakukan...zie sekadar mampu pendam dan doa...kadang2 bila dengar tentang orang yang dpt cintanya melalui orang tengah, mmg cemburu betul...waaaa sweetnye korg...kebetulan rupanya dua2 jatuh hati...

Memang sume orang berharap bila dia sukakan seseorang,orang tu akan suke dia jugak...tapi tak semua cerita begitu...kadang2 kita suka seseorang sepenuh hati kerana Allah tapi dia sudah berpunya...tak kisah la berpunya sebab da beristeri ataupun baru berpacaran tapi pendek kata hatinya sudah ada orang lain...alangkah sedih hati ni...mungkin sebab tu la zie hanya berani pendam...pendam dan terus pendam...umpama menunggu bus yang kita tak pasti akan dtg atau tak...dan kalau datang sekalipun belum tentu dia akan berhenti...ahhhh sedih sungguh kisah hatiku...

kadang2 untuk ubati cedera dihati,kita hanya mampu pujuk hati untuk hanya cari cinta Allah...dan semoga dengan mencintai Allah, manusia juga akan mencintai kita...InsyaAllah...

zie doakan semoga semua orang dapat merasai nikmat cinta yang Allah redha...dan tolong doakan juga semoga zie juga mendapat cinta lelaki soleh...amin...

Sunday, January 9, 2011

Jom hijrah...


Hijrah kearah kebaikan itu payah,
Banyak duri ujian kau harus harungi,
banyak lorong sepi kau harus lalui,
Banyak ragam insan harus kau hadapi,

Hijrah itu sakit,
Darah dari luka dosa lama akan terus mengalir,
perlu kau basuh dan rawat,
perlu kau ubati agar kau jd kuat.

Hijrah itu derita,
saat kata nafsu kau ingkari,
saat keinginan hati kau ketepi,
saat hanya redha Allah engkau cari.

Jalan menuju hijrah mungkin payah,
mungkin sakit,
mungkin derita,
tapi hujungnnya bahagia.

Hijrah itu cukup bahagia,
Kau lalui sungai yang akan mencuci dosamu,
Kau lalui taman yg harum dgn aroma keberkatan,
Kau akan hiasi dirimu dgn emas keredhaan...

Saat itu segala payah, sakit dan derita perjalanan seolah tak pernah terjadi.
keresahan akan hilang,
kesepian akan terhapus...
Hanya ketenangan dan kegembiraan milikmu,

oleh itu sahabat...
Jangan pernah takut untuk berhijrah kpd kebaikan,
Jangan pernah segan dekati Tuhan,
Kerana itulah fitrah kehidupan...

Friday, January 7, 2011

Ziey masih hidup...




Assalamualaikum...


Sudah sekian lama zie tinggalkan rumah theonlywan ni...sudah terlalu lama tak melakar kata hati di skrin purple ni...Mungkin dek ke'busy'an yang melampau. Dan juga terdorong dengan faktor kemalasan yang memuncak.


Ziey masih hidup...


Sebaris ayat pendek sekadar untuk sedarkan ruang sepi ni, untuk memberi signal bahawa rumah theonlywan ni sekadar ditinggalkan sementara. Bukan selamanya.


Emmmm apa and dimana harus zie mulakan???


Sekadar mengingatkn diri tentang status sebagai seorang pelajar...Ya masih lagi seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa...Kini zie sudah di tahun 4. InsyaAllah ini adalah semester akhir untuk Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Tapi ia bukanlah semester akhir zie di bumi UIAM. Kenapa? Kerana insyaAllah zie akn sambung setahun lagi untuk Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Syariah. Dan InsyaAllah jika dipermudahkan urusan maka Mei 2012 akan jd bulan terakhir zie sebagai pelajar di UIAM ni...Cepat sungguh masa berlalu...Seakan baru semalam zie menangis di telefon awam di Kolej Zainab Matric UIA PJ.


Sebagai pelajar tahun akhir yang bakal menggenggam ijazah pertama bulan Oktober nanti,sudah pasti zie antara orang yang sedang dilanda kegelisahan. Mana tidaknya subject final year begitu menguji jiwa. Assignment yang bertimbun umpama helaian daun kering musim gugur.


Dan yang paling buat zie takut ialah expectation lecturer yang terlalu tinggi. Kalau dulu hafal beberapa kes untuk support arguement mungkin sudah cukup untuk memperolehi almost full mark, tapi sekarang segala-galanya perlu double and triple. Tambah sakit jiwa bila dalam ramai2 lecturer, kita dapat yang sangat demanding. Kalau boleh dia nak kita luahkan kembali segala apa yang dia beri dlm lecture hall. How come? i'm not a robot or computer...tp ini lah hakikatnya,dia ingin jawapan,bukan alasan...


Kita sebagai pelajar akanlebih rasa tertekan bila memikirkan bukan kita sendiri sahaja yang mengharapkan kejayaan kita tapi terlalu ramai orang yang ingin melihat kita berjaya. Ibu bapa, adik beradik, saudara mara and jiran tetangga. Semua menunggu untuk melihat gambar kita dipentas dengan menyarung jubah graduasi.


Ya Allah, aku pohon dariMu yang Maha Kaya lagi Maha Berkuasa, kurniakanlah aku, ibu-bapaku,adik beradikku, sanak saudaraku, guru-guruku dan sahabat-sahabatku kejayaan yang cemerlang didunia dan akhirat... Ameen...


Wednesday, November 3, 2010

2 ceter 1 kisah



Kisah pertama

Johari, seorang pelajar hensem jurusan agama... banyak ilmu agama yg dia tahu. Dari bab hukum fiqh hinggalah pd ilmu usulnya... Malangnya dia punya pendapat tersendiri bila di tanya tentang wanita.

"aku bukan apalah,aku bukan anti sgt pompuan tudung labuh tp aku tak leh tgk la. Aku terbayang2 betapa hipokritnya dorg. Pakai tudung labuh pastu berlagak ayu. Pastu taknak bercinta konon. Padahal takde sape nk...kalau yg bercinta plak,tak boleh langsung nk mesra sikit. dosa la, Allah marah la...yang dorang bercinta tu tak rasa pulak berdosa. Taknak sentuh2 tapi dlm telefon manja mengalahkan minah rempit..." berang betul si Johari bila ada sahabatnya yg sibuk memuji seorang pelajar bertudung labuh. Kemarahannya berpunca dari kejadian 2 tahun lepas. Dia mula kenal cinta dan cinta pertamanya dengan seorang pelajar sekelasnya yang bertudung labuh. Segala ciri yang disebut dlm marahnya, itulah ciri2 wanita tersebut. Malangnya ketika dia baru saja membina harapan untuk hidup bersama wanita tersebut, wanita itu berkahwin dengan seorang lelaki lain jurusan al-Azhar. Cintanya ditinggalkan begitu saja.

Kini Johari menyambung kisah cintanya dengan wanita biasa. Bertudung ala kadar yang kadang2 sekadar menutup rambut dan leher tp dada terdedah menunjukkan segala perhiasan. memang sekali pandang kekasihnya sekarang jauh lebih cantik (dari segi luaran) berbanding yg dulu. Dan yg paling penting baginya wanita tu tak hipokrit. Bila dia rasa nk jerit, dia jerit...bila dia nk bermanja langsung dia tak segan silu. bergesel bahu, berpegang tangan hingga tahap boleh diajak membonceng motor bersama. Itulah dia wanita yang dia kasihi sekarang. Itulah wanita yg diharapkan untuk dijadikan kekasih. Yang boleh dia bergembira dengannya. Bukannya yang nampak baik tapi tak setia...

Hari berganti hari tahun berganti tahun, pasangan merpati dua sejoli ini akhirnya menamatkan pengajian mereka. Dek kerana terlalu cinta, Johari akhirnya meminang wanita tadi yg dipanggil honey. Namun tatkala berita pertunanagan mereka sampai ketelinga sahabat2nya, ramai yg kurang gembira dgn berita tersebut.

"Joe,kau yakin ke nk kawin ngan honey? kau kena ingat isteri kau bakal jadi ibu untuk anak2 kau. Aku tau la manusia tak sempurna, tapi bab agama kau kena cari yg terbaik. kalau tak sempurna dr segi fizikal boleh terima, tapi kalau hal agama dia remehkan, cane dia nk didik anak2 kau nanti?..." ujar Yusof, sahabat Joe plg akrab.

"kau ni, bukan nk support aku, kau kutuk pulak si honey tu...kau tak boleh hakimi dia dari segi luaran tau. yg penting dia sgt baik. dia yg sentiasa bersama aku waktu susah senang. pasal dia yg pkai tudung tak brape besar tu, aku tak kisah. Nanti dh kawin aku didik la dia. Aku jugak yg akan dpt pahala. lagipun aku da serik ngan wanita yg nampak baik ni. hampeh sume tuh..."

"Kau ni kan anti betul ngan pompuan tudung labuh kan...tak baik macam tu. mungkin Nora dulu tak setia dgn kau, tp jgn kerana dia kau nk burukkan sume yg bertudung labuh..."Yusof seakan tak puas hati..

"aaahhh...aku tak kisah,yg penting aku akan kawin ngan honey n aku akan didik dia. aku ada ilmu yg cukup utk jadikan dia jauh lebih baik dr situdung labuh tu..." Joe semakin bongkak...

"lantak kau la joe...aku da nasihat...kau pon da besar...fikir la sendiri..." Yusof kecewa...

Akhirnya Joe selamat menikahi honey. sebagaimana pasangan lain bulan2 pertama perkahwinan, hidup mereka umpama disyurga. Joe menerima honey seadanya. menerima sikap honey yg acuh tak acuh ttg agama juga sikapnya yg terlebih ramah ngan lelaki(sikap yg baru dia sedar setelah berkahwin)...

Setahun berlalu,kini honey sudah mengandung 7bulan...mereka mula melakar kisah yg lebih indah...dan saat itu Joe tahu dia perlu mula berusaha mengubah honey sebagaimana dia berjanji dgn dirinya sebelum kawin.

"yang, abg nk nasihat sikit boleh...abg tengok yang pakai tudung putar2 tu,mcm tak sempurna la. terdedah sgt...apa kata abang beli yg besar sikit..." kata Joe dgn wajah plg manis...

"abang da mula la tu ye...dulu abg kata nk terima sy seadanya...ni nk suh sy jd alim ulamak ni kenape plak?lau abg nk yg tudung besar, abg kawin la ngan ustzah,kenapa dulu pilih sy?"bentak honey penuh marah...

Joe terdiam...sayangnya pada honey buat dia terfikir utk membiarkan saja dan mengharap masa yg akan mengubah isterinya...

Tahun demi tahun berlalu, honey tetap dgn gayanya. kini Joe pun sudah tidak memikirkan ttg niat megubah honey. anak perempuan mereka yg kini sudah berumur lima tahun juga dididik dgn gaya honey. Dihantar ketadika yg ada pendidikan muzik. kononnya muzik mampu membuatkan kanak2 lebih cerdas berfikir. ternyata Joe tidak mampu membuat keputusan apa2 kerana semuanya sudah dirancang rapi oleh honey...



Kisah kedua



Yusof, lelaki yg sgt memntingkan kesempurnaan agama...kerana merasakan dirinya tidak begitu hebat dlm bab agama, dia benar2 tak berani mencari wanita yg akan jadi ibu anak2nya.. Saat dia betul2 teringin utk kawin, dia jadi resah.

"aiseh...umur aku da 27 tp tak ada calon lg nk kawin ni...macammana ni..." Yusof runsing sendiri...

Kerunsingannya akhirnya diluahkan kepada ayahnya yg tercinta...

"ayah, sy rasa sy da bersedia nk kahwin...tapi tak ada calon la ayah...tak reti la sy nk bercinta2 ni yah..."

ayahnya tersenyum mendengan pengakuan anaknya...

"ayah akan tolong cari...kau nk yg mcmmana?cantik?kaya?" ayahnya cuba menguji...

"xkisah la rupa tu yah, sedap dipandang cukup...yang penting dia mestilah memenuhi ciri2 seorang ibu utk cucu2 ayah nanti..."ucap Yusof ikhlas...

"lau yg macam tu, ayah da ada calonnya...anak kawan ayah...baik sungguh budaknya...bertudung labuh,kuat agamanya...terlalu cinta pada tuhannya, dan terlalu kasih pada rasulnya..."

kata2 ayahnya buat dia tersenyum lebar...

"apalagi yah, jom la merisik" kata yusof taka sabar...

"kau taknak tahu ke rupa dia mcmmana?"kurang2 tgk dari jauh dulu sebelum merisik...

"ala, xyah la...sy xkisah sgt pon...ciri2 islamic yg dia ada da wat sy berkenan..."

akhirnya rombongan merisik dihantar...berdebar2 juga jantung Yusof utk menatap wajah wanita yg dipuji2 ayahnya...dan saat dia menjeling sekilas kewajah orang yang membawa sedulang air ke ruang tamu, dia benar2 terpana...

*************************************************************************************

Kini setahun berlalu perkahwinan mereka...Yusof dan Zulaikha ke sebuah pusat membeli belah utk membeli brg2 utk baby mereka yg bakal lahir 3 bulan lg..sedang2 mereka sibuk membelek cd2 bacaan al-Quran utk mereka dengarkan kepada anak yg sedang dikandung Zulaikha, Yusof terkejut dgn sapaan sahabat lamanya Johari...

"oi,kau kawin tak gitau aku ea?minggu lepas aku jumpa faizal,dia cakap da dekat setahun kau kawin..."

"aku nk gitau kau tp ms tu kau kt UK,sibuk dgn PhD kau kn..kau pegi UK pon xckp kt aku"

"aku bkn nk smbg blaja sgt,isteri aku yg desak.katanya nk bg environment omputeh skit kt ank aku tu...lawak tul alasan dia akn...tapi ok gak,leh aku smbung blaja...eh,mane bini kau?nk kenal gak ni"

"tu,pkai tudung ijau tuh..."

"yang tudung labuh tu ke?pandai gak kau cari ye...cemburu aku tengok...hahahaha"

"ayah aku yg cari tapi aku syukur giler r dpt dia...tak sangka,aku hanya harapkan kesempurnaan agamanya tapi aku dapat yg terlalu sempurna dari segala segi...syukur sgt..." kata Yusof dgn sambil merenung isterinya dari jauh dgn penuh bahagia...

"aku benar2 cemburu dgn kau sof...aku da jadi suami yg gagal...isteri aku lepas kawin da jd makin teruk dari sebelumnya...aku tak mampu buat apa2 dah..." kata Joe penuh penyesalan...

p/s:

~sehebatmana pon ilmu agama yg kau miliki,kau tak mampu beri hidayah kpd sesiapa sbb hidayah milik Allah...

~carilah pasangan hidup kerana hebatnya agamanya,bkn pd fizikalnya...janji Allah pasti berlaku,bilamana kau memilih agamanya,pasti kau akan dpt segala2nya insyaAllah...

Tuesday, June 8, 2010

Tiada siapa yang tidak mahukan pernikahan, apatah lagi ditengah lautan godaan dan bisikan hedonisme yang dilanda amuk gelora. Sana sini suasana meresahkan jiwa. Dan bagi pemuda, ia bagaikan suntikan bius yang mengasyikkan. Gelekan si wanita dengan aroma si 'gedik' penggoda. Langsung lupa amaran Rasulullah s.a.w bahawa yang memakai aroma lebihan dari biasa umpama pelacur yang menjual maruah!


Innalillah, menginjak usia, mengejar masa, pemuda semakin resah, kerna ibarat zaman ini zaman kebinatangannya berleluasa. Manakan tidak, hidup manusia bagaikan hidup seekor harimau dominan yang berpaksikan menjaga kawasan dan mencari seberapa banyak harimau betina untuk meneruskan baka. Tapi malang sekali, manusia kini lebih hina dari haiwan-haiwan yang Allah ciptakan.
Mereka mendekati zina. Satu dosa. Mereka melakukan seks rambang. Satu dosa. Mereka membuang anak merata. Satu dosa. Mereka membunuh pula janin dan bayi tak berdosa. Satu dosa. Apakah mereka tidak melihat betapa penyesalan seberat gunung yang akan mereka kendong selepas ini?



Orang muda, darahnya bisa panas serta merta. Kata orang geloranya tidak dapat dikekang dengan sekadar terbuka matanya untuk menjauhi dosa. Ya benar. Tidak dinafikan mengapa baitul muslim juga tumbuh bagai cendawan melata. Ustaz dan ustazah bersungguh-sungguh mencarikan pasangan halal untuk anak muridnya.

Bahkan ada diantara mahasiswa yang 'bersengkang mata' demi memastikan rakannya menerima pasangan hidup yang soleh dan solehah. Walhal dirinya sendiri belum berpunya. Walhal dirinya sendiri dalam gelora.

Melihat sahaja lirikan kelibat muslimah berpurdah, hampir gugur jantungnya. Melihat sahaja muslimah bertudung labuh hingga ke bawah, sudah juling matanya. Bagaimana? Pakaian yang sememangnya sudah menutup aurat masih tetap tidak dapat mengelakkan fitnah. Salah siapa?
Pemuda...pemuda...pemuda.... bagaimana hidup kalian ketika ini? Adakah umpama Yusuf yang sanggup dipenjara demi cintanya kepada Allah?, atau seperti Musa yang sentiasa menjaga maruah biarpun hatinya terdetik untuk si gadis pengembala?

Pemudi, bagaimana kalian pula? Adakah kalian mencontohi Zulaikha yang kabur kerana ketampanan Yusuf?, atau seperti Asiah yang imannya tetap subur ditengah celakanya Fir'aun laknatullah?, atau kalian seperti Sumayyah yang syahid kerana mempertahankan imannya?.

Nah...! Jauh sekali. Kita tidak berhadapan dengan seksaan Fir'aun dan Namrud laknatullah. Kita tidak berdepan dengan pemerintah zalim yang menghalang kalimah Allah seperti zaman Ashabul Kahfi. Kita tidak dikelilingi oleh mata-mata yang sentiasa mengawasi pergerakan kita seperti Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya di tengah jahiliah masyarakat Mekah.

Tetapi kita dikelilingi panahan-panahan hedonisme Yahudi celaka. Kita diselebungi nyanyian dan tarian dari kafir Bollywood sana. Kita dikaburi dengan sinaran harta dan kesenangan dari kafir laknatullah!!!

Panahan-panahan mereka yang berjaya memadamkan semarak api jemaah di Subuh hari. Panahan-panahan kurang ajar yang telah menidurkan pemuda dari bangkit bertahajud di malam hari. Panahan-panahan yang telah menumpaskan pemikiran seorang pemuda yang sepatutnya sedang memegang pedang dan panji Islam di muka bumi ini sambil melaungkan kalimah "LAILAHAILLALLAH!".

YA AYYUHA SYABAB! AINA ANTUM?
WAHAI PEMUDA! DI MANA KAMU?
APAKAH MASIH BERSELINGKUH,
MENARIK SELIMUT DAN BANTAL KEASYIKKAN DUNIA?
APAKAH KALIAN MASIH BERDENGKUR,
MENGECAP MIMPI TARIAN WANITA PENGGODA?
TIDAKKAH KALIAN SEDAR, NUN JAUH DI SANA,
PEMUDA PALESTINA BERJUANG MERAIH NYAWA HANYA DENGAN BATU BATA?
TIDAKKAH KALIAN SEDAR, NUN DI EROPAH SANA,
MUSLIMAH KITA TERPAKSA BERHADAPAN DENGAN PENJARA, HANYA KERANA TETAP MAHU BERTUDUNG MENJAGA AURATNYA?
TIDAKKAH KALIAN SEDAR, DI SINI, DI BUMI KITA BERDIRI,
RAKAN-RAKAN PEMUDA, YANG CELIK MATANYA, YANG MEMPUNYAI KEINGINAN MEMBANTU KALIAN,
TERCATUK TERPANA KERANA BERSENDIRIAN DITENGAH AMUKAN HEDONISME?

Andai kalian tidak mahu membantu, tidak mengapa. Tetapi sebentarlah. Berikan beberapa ketika untuk mendengar apa yang mahu kami katakan. Kami tidak menghina kalian. Kerana kami sayangkan kalian semua. Kita sama-sama pemuda, ada masalah, kita kongsi bersama.

Janganlah dibiarkan, hanya kerana kalian terleka lantas membuat dosa, kalian rasakan tidak ada yang akan duduk bersama, mendengar kekesalan dan rintihan dari kalian. Kami bersedia! kerana kami juga pemuda. Kami juga merasa. Kami merasa setiap kegundahan yang kalian rasakan.

Ayuhlah wahai pemuda!. Muslimin, muslimah. Alhamdulillah, kita dicelikkan mata kerana Allah. Jadi, jangan sesekali kita memandang sinis dan hina pada sahabat kita yang telah bergelumang dengan dosa diluar sana. Tiada siapa yang tahu, mungkin kelak, mereka akan bertaubat, lantas menjadi muslimin dan muslimah yang hidupnya hanya mengharapkan redha Allah. Dan mungkin kelak, kita akan terjatuh terduduk bergelumang dalam noda dan dosa, Na'uzubillah... tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang mahu.

Bukalah mata, kerna sinar mentari kan tetap terbit jua. Selagi mana nyawa masih ada, selagi itu keampunan Yang Maha Esa masih segar untuk kita. DIA sedang menunggu kita sahabatku. DIA sedang menunggu kita. DIA sedang menunggu kembalinya hamba kepada penciptanya....
~dari satu sumber~