CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 31, 2009

Islam Is The way of Life!!


Antara dalil yang menunjukkan kewajipan melaksanakan Hukum Islam di dalam negara yang diperintah adalah:


"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling dari hukum Allah, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan dosa-dosa mereka" (al-Maidah:49)


"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui." (al-Jaatsiyah:18)


"Menetapkan hukuman itu hanyalah haq Allah swt." (al-An'am:57)


Allah juga memberikan amaran kepada pihak yang enggan melaksanakan hukumNya.FirmanNya:


". Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata." (al-Ahzab:36)


Masih banyak lagi dalil-dalil berkenaan kewajipan dan amaran kepada mereka yang enggan melaksanakan Hukum Islam.Namun,cukuplah beberapa dalil yang saya sertakan kerana sesungguhnya buat mereka yang beriman,satu ayat sahaja lebih dari cukup bagi mengingatkan.


So kepada pemimpin2 yang beragama Islam, ingat lah suruhan dan amaran Allah ni!!!

Saturday, May 30, 2009

Terimalah Aku Ya Tuhan

Saat aku sujud mengadapmu ilahi,
penuh pasrah aku mengucup sejadah,
betapa aku insan berdosa,
berkali-kali aku leka darimu,
aku lupakanmu aku abaikanmu,
dan saat ini aku ingin kembali kepangkuan Tuhanku
walaupun ku tahu wajahku penuh dengan debu dosa
tercalit juga arang nista,
namun pada siapa lagi harus aku kembali
disaat aku tersesat jauh dari jalan kebenaran
aku menadah tangan memohon doa,
malu sungguh aku padamu ya Allah,
tangan aku juga penuh lumpur kejahatan
hingga terpalit ke seluruh tubuhku
layakkah aku dipandangmu,
kerana saat ini aku cukup hina,
hina kerana aku adalah hamba yang pernah lupa diri,
pernah mempermudahkan syariatmu,
aku sungguh hina Ya Allah.
hari ini aku ingin kembali padamu,
tapi bagaimana?
aku ingin sucikan diriku dari segala kotoran ini
agar nanti aku tidak malu mangadapmu...
aku tanya pada awan,
'mampukah hujan menghilangkan dosaku?'
awan berlalu langsung tak dipandangnya aku.
aku tanya pada angin,
'mampukah kau tiup segala debu di tubuhku?'
katanya, taufan pun tak mampu.
aku memandang matahari,
mampukah dia mengeringkan lumpur dihatiku?
mengapa tiada yang membantu aku?mengapa?
aku renung awan,angin dan matahari,
bukankah Tuhan yang mencipta mereka
sama dengan Tuhan yang menciptaku?
bukankah Tuhan yang Esa itu punya sifat pengampun?
bukankah hanya keampunannya yang mampu mencuci noda ini?
kini aku dalam sujudku,
aku pohon ampunmu Ilahi
kerana aku tahu hanya itu yang mampu menanggalkan
segala debu,arang dan lumpur dosa lamaku
dan semoga saat aku kembali nanti aku tidak malu merenungmu Ilahi...

10 Subject Je?

Agak terkejut aku dgn keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin utk mengehadkan jumlah subject yg blh diambil oleh pelajar bagi menduduki SPM. yang menghairankan aku kenapa 10 je? Mmg ada rasionalny mengehadkan pengambilan subject tapi paling kurang biarlah 12 or 13. Bukankah Islam menyuruh supaya hari ini lbh baik dari semalam? Kalau seseorang pelajar mampu jadi jauh lbh baik kenapa nak di sekat. aku jadi terfikir bagaimana pelajar sekolah agama yg mengambil bidang sains, blh ke diorang nk ambil semua subject yang biasa diambil oleh pelajar terdahulu? mari aku senaraikan subject2 tu:

Bahasa Melayu, Bahasa Enggeris, Bahasa Arab, PSI, PQS, Fizik, Kimia, Bio,EST, Sejarah, Add Math & Math Mod (ni subject wajib bdk sains sekolah aku dulu. skrg tak pasti samaada subject2 berikut masih wujud atau dah dimansuhkan).

Agak2nya apa sbb tersirat disebalik keputusan mengehadkan pengambilan subject ni? Adakah kerana tahun2 kebelakangan ni ramai pelajar agama dari Kelantan yg mengungguli keputusan SPM dan bkn lagi pelajar asrama penuh dibawah kementerian? sbbnya hanya Allah and org yg buat keputusan je yg tahu...
Harapan aku agar kementerian menimbang balik keputusan tersebut samada menarik balik atau menaikkan hadnya kpd 12 or 13...

Rayuan Zambry Diterima???

Sangkaan bahawa gelora di Perak berakhir nampaknya salah bilamana Mahkamah rayuan memutuskan bahawa Zambry adalah menteri besar perak yg sah. Sejauh mana ketepatan keputusan itu sudah tentu tidak boleh dipertikaikan tapi keputusan ini sudah pasti akan menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat Malaysia terutamanya Perak. Namun begitu Mohammad Nizar masih berpeluang untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kembali haknya dan paling utama hak rakyat yang sentiasa mendokongnya.

Melihat dari perspektif lain, timbul kejanggalan dihati tentang bagaimana boleh wujud keaadan huru-hara sebegini setelah PRU 12. Bukankah PRU 12 telah membuktikan bahawa Mohammad Nizar adalah menteri besar Perak yang sah? Tentang hilang kepercayaan majority ia tidak sepatutnya menjadi penyebab perlunya bertukar menteri besar walaupun itulah yg tertulis di dalam perlembagaan. Dan harus diingat bahawa kehilangan kepercayaan majority hanya boleh dibuktikan dengan undi tidak percaya walaupun dalam keputusan rayuannya hakim mengatakan bahawa boleh diguna cara lain. Sebagaimana yang kebanyakan orang tahu bahawa dalam kes rayuan yang di bahaskan adalah berkenaan undang2 dan bukannya fakta. Ini boleh memberi peluang kpd hakim untuk mengtafsir undang2 sedia ada mengikut ‘situasi yang diperlukan’.

Apapun keputusan yang diberi, semua pihak harus beringat bahawa semua ini hanyalah keputusan didunia, dan yang bakal menentukan yang mana benar hanyalah Allah. Setiap orang yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung pasti akan dipersoalkan Allah kelak dan saat itu hanya Allah yang menentukan, tiada lagi hakim2 mahkamah tinggi, rayuan mahupun persekutuan yang akan memutuskan bersama.
Pesanan:
Kepada Zambry, ingatlah bahawa jawatan adalah satu amanah dan bukannya perkara ringan yang siapa saja boleh memikulnya. Pasti di akhirat kelak anda akan di persoal tentang kepimpinan anda.
Kepada Mohammad Nizar, andainya itu adalah hak anda ianya tak akan berubah walau mahkamah manapun yang putuskan kerana mahkamah teragung adalah mahkamah Allah.
Kepada hakim2, ingatlah ada 3 jenis hakim dan hanya 1 yang akan masuk syurga iaitu:


1) Hakim yang mempunyai hak untuk mengadili tapi sengaja membuat keputusan dengan zalim, tempatnya di neraka.
2) Hakim yang tiada hak untuk mengadili tapi tetap membuat keputusan dengan zalim, tempatnya juga dineraka.
3) Hakim yang berhak mengadili dan dia mengadili dengan sebaik-baiknya dan seadil-adilnya, dan hakim inilah yang akan masuk syurga.

Friday, May 29, 2009

Bukan ke hari ni hari Jumaat?


Hari ni hari Jumaat. aku takde class. Tapi aku dh ada perancangan dgn roomateku. Bkn perancangan besar tapi penting. Penting sgt ke? Hmmm.agak pntg bg roomateku. Kami rancang nak ke Pasaraya Ong Tai Kim (tu je ke perancangan pntg tu?) penting sbb roomate aku nk beli brg2 bg menyambut sahabatnya yg akan pulang dari China esk. Menggembirakan org kan satu misi yg pntg...

Kami pergi naik bus je. pukul 1130pg kami bertolak memandangkan sahabatku ada class sblm tu. Seusai memilih rempah ratus (sbb beliau nk masak gulai aym esk) kami beli keperluan lain. Tanpa sedar jam sdh menunjukkan pukul 1tngahari, perut pun bernasyid lagu In-Team.

kami keluar dari pasaraya lantas melintas jln utk menunggu bus pulang ke UIA. Jln raya msh sibuk. aku melihat jam. Dah 115, rijal(lelaki2) ni sume x pergi solat jumaat ke? sahabatku yg mendengar keluhanku turut mengangguk.. agak lama kami menunggu bus akhirnya sampai. aik, pemandu bus ni tak pergi solat gak ke? dlm bus tu pun ramai rijal yg aku ykin beragama Islam.

Dr dlm aku memandang keluar.ramainya pakcik2 yg berbaju melayu tapi membonceng anknya utk dihantar ke sekolah sesi ptg. aku menggeleng kepala. pukul berapa agknya diorang nk gi masjid...ramai juga yg masih berbaju kotor kehulu kehilir ntah kemana.

Tiba2 sebuah bus Metro 91 melalui ditepi busku, wah penuh dgn bdk2 sekolah. diorang baru blk skolah or baru nk pergi skolah? confused!!

Teringat aku peristiwa bln mac lps. aku ke Ong Tai Kim sorang diri memandangkan utk kesana xla ssh sgt dan aku agk urgent utk beli an important thing. masa tu dh pukul 130 dan hanya aku saja dlm bus yg dipandu olh sorg pakcik. bus Rpid KL yg aku naiki perlu berhenti di Greenwood terlbh dahulu jd aku juz tgu dlm bus sorg diri. tiba2 pakcik tadi naik atas bus dan beri aku surat khabar katanya supaya aku x boring. aku ingat dia dh pergi masjid tapi rupanya x. aku pun memberanikan diri bertanya: 'emm,pakcik x pergi solat jumaat ke?' dan dgn selamba pkcik tu jwb. 'kalau pergi, nanti x smpt nak'... aku x tahu apa mksd x smptnya tapi aku mls nk tanya, bg aku tu satu alasan sbb msjid dekat je.aku hy blh wat muka kecewa dgn jawapannya..hrp2 dia fhm mimik mukaku agar dia tahu yg perbuatanya meninggalkan solat adalah berdosa.

Berbalik pd jumaat hari ni,sahabatku yg seolah2 fhm apa dlm otakku saat itu memulakan ceritanya, 'awk tau x zie, mgu lps time jumaat cmnila, sy duk kat masjid UIA. saje la nk tgu org hbs solat Jumaat. pastu ms jemaah dh nk tahiyyat, sy tengok kat luar, ramai brothers2 yg baru je nk masuk msjid, bergegas2 diorg.tu confirm nk kejar imam...' ntah ape2 la diorg ni. ada plak yg ms khutbah lepak kat luar masjid(maybe sbb dh penuh sgt dlm msjid[husnu zhon]) ada jugak brother UIA yg wat alasan,'khutbah dlm bahasa arab n english, mcm mana nk menghayati, baik xyah dengar...' alasan lagi...

Aku rs pemandangan mcm ni ssh nk jmpa kat Trgnu(walaupun maybe ada) sbb Trgnu cuti hari Jumaat so rijal blh la siap awl skit nk gi solat. tak pyh la diorg kalut2 mcm kat sini, baru hbs kejela, nk anta ank skolah la, ada yg x blh tgl keje la, mcm2 alasan.

kat sini aku nk sampaikan hasratku yg menggunung tgi agar kerajaan menukar hari cuti kpd hari Jumaat n sabtu...

Thursday, May 28, 2009

Apa Hak Mereka?



Harini tiba2 aku dpt idea untuk membahaskan satu isu yg agak pntg bagi aku. Ni adalah kesinambungan dari article sahabatku dlm blognya yg bertajukJangan Memohon kerja Di Syarikat ini’ . Article tu citer psl sebuah syarikat yg tidak membenarkan pekerja muslim mereka menunaikan solat zohor dan Asar. Dan apa yg aku nk ulas disini adalah pandangan aku dari segi hak2 pekerja2 muslim mereka.

Kalau difikirkan sebenarnya pekerja mereka tak banyak pilihan. Antara pilihan yg ada:
1) Berhenti kerja.
2) Bawa kes tersebut ke mahkamah untuk mendapat perintah mahkamah untuk membatalkan arahan tersebut.
Bagi kebanyakan pekerja, pilihan pertama adalah yg paling mudah tapi ia seolah2 membenarkan tindakan kurang ajar syarikat tersebut.
Sebenarnya ini bkn perkara baru malah sebelum ni byk je syarikat2 yg tidak membenarkan pekerja muslimah mereka memakai tudung. Ni blh dikatakan satu lagi perbuatan yg menunjukkan ‘keKURANGan AJARan’ mereka. Sahabatku juga pernah meminta kerja part time sebagai promoter kat sebuah kedai kasut kat Alamanda tapi diorg ckp “tak boleh! Sbb awk pakai tudung. Nak kerja buang tudung la dik.” Bagi aku ni satu kata2 yg sangat kurang ajar.
Berbalik pd hal pekerja tersebut, jika pekerja tersebut ingin membawa perkara ini ke court, isu yg blh dibangkitkan ialah: arahan utk tidak membenarkan pekerja solat menyalahi/bertentangan dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yg memperuntukkan kebebasan mempraktikkan agama.

Dlm kes Meor Atiqurrahman yg berlaku agak lama dahulu, seorg budak dibuang sekolah atas sbb berserban ke sekolah. Dan di mahkamah rendah, hakim memutuskan bhw pembuangan sekolah tersebut adalah x sah krn bertentangan dgn Perkara 11. Malangnya di mahkamah rayuan hakim memutuskan pembuangan tersebut sah krn perbuata berserban bknlah perbuatan wajib bg umat Islam.



Pedulikan pd kekalahan Meor dlm kes tersebut tapi kita perlu ambil argument judge tersebut yg menunjukkan jika perbuatan tersebut wajib bg umat Islam(eg: solat & tutup aurat) maka melarang mereka melakukan perkara tersebut adalah bertentangan dgn Pekara 11 dan arahan tersebut blh dibatalkan. So apa pilihan anda?

Wednesday, May 27, 2009

betul ke ni?

ni video ular besar yg aku dapat dari hanset ayahku...tak percaya plak, besar sgt.kalu anda perhatikan anda akan nampak muncung kereta kebal so bayangkan lah sendiri saiznya tu... n bagi pandangan aku la maybe ni salah satu petunjuk Allah tentang ular yg bakal ditemui dalam kubur bagi org yg berbuat jht...Ya Allah takutnya...Ya Allah lindungi aku, kedua ibu bapaku, adik beradikku, sanak saudaraku dan sahabat2ku dari segala keburukan di dunia dan akhirat dan jauhilah kami dari azab kubur dan azab nerakamu.amin.

Bahagianya org yg bahagia


Andainya aku diberi katalog utk pilih perasaan untik hari ni aku mesti pilih perasaan yg best2 je. aku nk happy,gembira,bahagia, seronok n pasti takde langsung dlm pilihan aku tu perasaan sedih, dukacita, kecewa n runsing. tapi hakikatnya kita tak pernah diberi katalog utk pilih semua tu termasuklah rupa fizikal, perasaan n taqdir. sebab tulah kat dunia ni ada mcm2 rupa org n ada mcm2 jenis perangai dan sikap yg kebanyakannya berpunca dari emosi atau perasaan. tapi kebaikan dari hakikat ni ia akan uji kehebatan manusia dlm mengendalikan perasaan.barulah ada various kinds of persons kan...kalu sume org bahagia takde la plak psychologist kan...setiap yg Allah tetapkan takde satu pun yg sia2...pasti ada hikmahnya..

memandangkan aku juga manusia biasa, aku juga punya perasaan mcm org len. harini aku agak tak tenteram. tak tahu kenapa. biasanya bila aku rasa tak sedap aku akan call family. ini blh dikatakan cara terbaik aku utk jadi bahagia balik tapi harini tak boleh sbb semalam baru je aku call diorang sampai hbs crdt.so harini aku tak topup lg.hehehe. memandangkan aku tak blh call family so aku terpaksa cari cara len cmne nak kembalikan perasaan bahagia. yes aku dah dpt. caranya ialah luah jela kat pc yg bisu ni.sambil2 aku luah ni, otak aku pun berfikir punca kerunsingan aku sebenarnya n mcm magic plak aku psti yg ia berpunca dari assignment yg berlambak yg terpaksa aku siapkan semuanya b4 isnin ni... bila dah tahu punca blh la cari jln penyelesaiannya. ape lagi jlnnya kalu bukan balik bilik n siapkan(sbb skrg aku tak duduk dlm bilik, duk kat ITD(cc free) kat centre uia)...so ape lg dibuat dpn pc tu balik la!!!

Monday, May 25, 2009

Nikmat sihat


Selesai lunch aku dan roomateku berjln ke klinik. bukan aku yg sakit tapi roomateku yg sdh 2 hari mengadu sakit telinga. aku sekadar teman...tak percaya aku melihat ramai org di klinik. diluar nampak tenang je tapi kat dalam ramai juga ye. kebanyakannya student. tiba2 seorg lacturer dan anak lelakinya yg lbh kurg umur 8 tahun duduk dibelakangku.smpt aku menoleh melihatnya.ya Allah, kesian betul aku tengok muka bdk 2 yg pucat.dia mengadu sakit pd ibunya. nampak mcm demam.mgkin agak teruk demamnya kerana wjhnya kelihatan begitu lemah. aku merenung diri sendiri.jarang aku mengalami sakit. kerana itulah aku tak tahu sgt mcm mana cr nak mintak ubat di klinik...tapi bila aku fikirkan balik ini bukanlah satu kebanggaan sbb apa yg aku tahu sakit adalah cara utk kita hapus dosa2 kecil dan dgn sakit juga kita akn mula menghargai nikmat sihat. sakit juga merupakan ujian dari Allah utk menambahkan keimanan hambanya.sebagaimana Nabi Ayob yg pernah mengalami penyakit kulit yg ganjil dan penyakit itulah yg menambah keimanannya pd Allah. bagi aku yg sihat ni aku juga perlu jadikan kesihatanku sbg satu cara utk menambahkan keimanan aku iaitu dgn memperbanyakkan syukur pada Allah yg melimpahkan nikmat ini padaku...ALHAMDULILLAH

Sunday, May 24, 2009

meaningful memory with org asli; )



Sesampai dikg org asli, aku dan sahabat menyiapkan apa yg patut. tepat jam 930am, kami dibahagikan kpd foster family.aku dan seorg lain diberikan 3 family. satu beragama Islam manakala 2 lagi tiada agama..selepas bertemu mata sekejap kami meneruskan pgrm lain...bermula dgn Smart Kid(mengajar bdk2) kemudian kami mula berkenalan dgn lbh lanjut dgn keluarga angkat kami.tapi malangnya hanya satu family yg kami dpt jmpa sbb 2 lagi tak tahu kemana...ibu angkatku yg dipgl amek(emak), seorg yg mdh mesra.dia yg baru berusia 42 rupa2nya sdh bercucu.. activity ptg tu tak memerlukan kami bersama family angkat so aku juz jln2 tepi sungai,tu pun sbb ank2 org asli tu sibuk mengajakku..mmg seronok, tenang je suasananya.



keesokannya,selesai sj sarapan kami perlu menemui keluarga angkat kami utk merapatkan ukhwh sekaligus buat survey.aku bertemu ibu angktku, makcik Rima(tiada agama) dihadapan pentas so tak payahla kami ssh nak cr rumahnya.kemudian aku terus pula kerumah makcik Long(islam),lama juga kami berbual dan diakhirnya dia menghadiahi aku sebuah bakul mengkuang buatan tangannya sndiri.aku agak terharu..



masa lunch, tiba2 makcik Rima menghampiriku dan bertanya adakah aku memasak sendiri di Uia,aku jwb tidak sbb Uia mmg tak benarkan kami memasak dlm bilik.rupa2nya dia berniat utk memberiku beras bukit sebagai hadiah krn katanya tiada apa2 yg blh diberinya.tapi apa nk buat,takkan aku nk ambil pastu membazir.tak lama lps2 dia dtg lagi dan menghulurkan tikar mengkuang kecil juga hasil buatanya sndiri. aku sekali lg terharu.kami bru je jmpa sekejap mereka dh terlalu baik dgnku.bangga pun ada sbb hanya aku yg dpt hadiah dr ibu Boldangkatku...



tepat jam 130pm, mjlis berakhir dan ramai penduduk yg dah balik.aku lihat makcik Rima masih duduk disitu.selesai solat dan berkemas, aku bersedia utk tunggu bus di bwh khemah.org lain pun turut sama duduk disitu.Makcik rima pun ada disitu. kami berbual lagi.rupa2nya dia sengaja tak balik lagi sbb nk tgu bus kami sampai.pukul 230 bus dtg...aku melambai sayu makcik Rima. sedih juga sbb dia terlalu baik... dlm hatiku aku berdoa semoga Allah memberi cahaya hidayah padanya agar dia dpt merasai nikmat iman dan Islam...Insya Allah

Kau sahabat sejati


Saat aku buka mata,tingkap bilikku sdh bercahaya terang... mata aku segera terbuka luas dan secepat kilat aku merenung jam. Ya Allah,dh kul 8? niatku utk lelap setengah jam nampaknya dh terlajak ke sejam lbh...segera hatiku menguituk diri sendiri yg terlalu ikut nafsu tidur. kalu takde hal pntg tak la aku kalut sebegitu tapi pagi sabtu tu aku ada prgm ke Kg org asli Bt 12 dan baru je semlm pgrm manager msgku agar aku berada berada di tmpt menunggu bus lbh awal krn bus kami akn bertolak pukul 830.kalau ikutkan hati mmg aku nak cancelkan je tapi memandangkan aku person in charge utk uruskan org masa bertolak aku terpaksa cari idea agar aku dapat pergi juga.dlm kekalutan tu hanya sorang yg aku ingat.MUTIA!!! lantas jariku mencapai hanset.panggilan pertama tak dijwb,panggilan kedua juga...kali ketiga aku cuba tak dpt juga. dlm otakku terbygkan Mutia yg sdg lena, lantas hanset kuletak kmbali.aku segera bersiap apa yg patut, walaupun rasa mcm dh takde peluang nk prgi tapi hati degilku ttp mengatakan yg aku akan pergi. lagu Egois nyanyian Mestica kedengaran. Mutia call. aku angkat. "ziey,ada apa?" alamak, suara dia seolah2 org yg masih mamai,cukup perlahan."emm,emm...sory Ya,ziey kacau Ya tidur ke?"takut utk aku menyatakan hasratku." eh tak eh, ada apa?" "ziey ada prgm arini tapi ziey baru bangun, kene pergi kul 8..." "Haa!so ziey duk mana tu?cpt siap, jap gi saya antar kat Tangga Besar(tmpt tgu bus)" suara Ya segera berubah.bunyinya seakan dia terlalu risau.dia dia sdh tahu pgrm yg akn aku hadari dan seolah2 tahu niatku dia offer diri utk tlg.dlm hatiku mengucap syukur.aku tgu ditmpt parking.kelihatan dia turun bergegas dan tanpa smpt aku berkata apa2 dia bersuara dlu. "sorry ziey,byk kali dh ke ziey call?sy tido pas subuh tadi, sory." aku tergamam,bkn ke aku yg patut minta maaf dulu sbb menyusahkan dia? "eh3, takpe,ziey yg patut minta maaf sbb sshkan Ya." "mana ada ssh,bkn jauh pun.cpt2 nti bus tgl kan." aku terus membonceng motornya.dalam hatiku, aku benar2 rasa bersyukur sbb ada sahabat sepertinya. bkn sekali dua dia menolongku,tapi dh terlalu byk...TERIMA KASIH MUTIA SAMIHAH

Friday, May 22, 2009

Dari Kamar Jendelaku


Dari kamar jendela ini,
Aku merenung kesepian malam yang tidak bercahaya
Redup bulan seakan menangisi sebuah kisah kehidupan manusia yang alpa dan leka
Berkejar-kejar kesana sini tanpa ada petunjuk yang hakiki
Meliar matamu mengintai arah yang seakan sudah terlalu kelam ditelan kabus dosa dan noda
Langsung mereka lupa pada pencipta yang semakin murka dek kerakusan makhluk berakal
Mereka pasti tidak pernah mengerti tentang itu..
tentang sebuah hakikat kehidupan yang setiap yang lahir itu pasti akan mati...
yang setiap yang ada itu pasti akan hilang
yang setiap yang bartemu itu pasti akan berpisah
yang setiap yang ketawa itu pasti akan menangis
pernahkah mereka terfikir tentang itu
atau mungkin mereka sekadar memejamkan mata
memekakkan telinga munutup mata hati mereka dan terus menyelubungi segala fakta dengan kelambu kepalsuan
entah berapa kali agaknya dalam kehidupan mereka merasai nikmatnya saat dahi mancecah kesejadah,
alangkah syahdunya saat lidah menutur kalam Rabbul Izzati
alangkah bahagianya saat bibir membibitkan zikir ilahi
alangkah bahagianya saat hati mengingati Pencipta
alangkah damai jiwa saat tawakal menyelubungi sanubari
Mereka pasti tidak tahu kerana mereka mereka hanya tahu mengejar dunia
Mereka hanya tahu mengucupi kenikmatan harta yang berganda
Mereka hanya tahu melayan nafsu semata tanpa mengira masa kerana mereka tidak pernah cukup dengan apa yang ada
Sampai bila agaknya bulan harus meratapi kepiluan dari luka lantaran manusia
Dan sampai bila harusku tunggu demi sebuah keindahan malam tanpa ada tangisan bulan,...sampai bila?

Reality Yang Pahit




Hampir pukul 12 thgmlm td aku dan sahabat2 dlm Titian Asli Club selesai bermeeting utk prgm yg kitorang rancang pada hari sabtu dan ahad ni yg bertempat di Kg Kala Bt 12...mjur lah aku tak balik jln kaki dari kulliah econs(tmpt kitorg meeting) ke mahallah(kolej) sbb kwn ajak bonceng motor dgnnya...perut agak lapar sbb tadi iftar dgn yong tau fu je sbb tak smpt beli nasi... tapi tu sume tak penting, apa yg penting yg aku nak cerita kat sini ialah apa yg Encik Zain(wakil Student Affairs Division) ckp...apa yg makin membuka mindaku dan kadang2 membuat aku sangat2 risau :


masih lg berkenaan org asli kat Bt 12, infonya ialah rupa-rupany org asli yg islam kat situ hanya 30% je... kalau anda bygkan yg diorang ni tgl dalam hutan, pnjt pokok, memburu dgn sumpit dan sebagainya, mungkin anda akan kata yg 30% tu dah kire byk tapi sebenarny diorg ni dah sangat maju, ada kereta, astro(rumah aku pun takde astro), and kdg2 bdk2 lg dah pakai handset. yang menjadikan bilangannya hanya 30% ialah sbb diorang tak tahu sangat psl islam, samada takde org yg bagitau atau telinga diorang dah dipekakkan oleh harta benda yg dibwk oleh pndakwah christian...


tambah Encik Zain lg Singapore skrg tengah train org melayu christian untuk dakwah org asli. sebenarnya mmg kebanyakan Kg org asli dah dipijak dulu oleh mubaligh christian b4 pendakwah Islam...as a muslim we should do something!!!

Thursday, May 21, 2009

Peristiwa Subuh Hari


Satu hari aku berbual2 dgn sahabatku ttg hostelku yg semakin hari semakin byk anjing yg berkeliaran(skrg dh takde sangat), tiba2 sahabatku bertanya samaada aku pernah dengar atau tidak sesuatu yg pelik disubuh hari. kerutan dahiku memberi jawapan tidak lantas sahabatku terus menyambung cerita ttg dia yg selalu dengar suara anjing menyalak dalam nada yg sangat sedih ketika azan subuh berkumandang. setakat ni aku mmg tak pernah dengar, maybe sbb aku biasa bgn lps org azan(hehehe) or maybe becoz of block aku yg agak jauh dari block dia sbb katanya bunyi anjing tu kat blkg block dia..terasa jugak nak dengar suara anjing tu... mlm tu aku rasa nak tidur agak awal dari biasa,kira2 kul 12. ntah macam mana keesokannya aku terjaga dan kebetulan muazzin baru je start azan subuh. mataku yg agak malas terasa ingin dipejam balik barang seminit dua tapi tiba2 aku dengar suara salakan anjing yg sangat syahdu, sangat sedih. bunyinya seolah2 anjing tu sedang menahan sakit atau seolah2 sedang merayu sesuatu. aku terus bangkit dan mataku terasa cukup segar. aku teliti suara tu sehinggakan aku tertanya2 kenapa begitu sedih salakannya. aku mengintai melalui tingkap kot2 anjing tu ada berhampiran blockku, hinggalah azan berhenti dan serentak itu juga anjing tadi senyap. saat itu juga aku melihat seekor anjing melintasi hadapan blockku dan ternyata tiada kesan yg dia kesakitan... seusai solat aku menyambung tafakurku pada kejadian tadi dan aku mengintai warga hostelku dari jendela kamar. hanya beberapa buah bilik sahaja yg bercahaya.mungkin masih awal, tak sampai pukul 615am lg. entah mengapa tiba2 aku terfikir, mungkinkan anjing tadi sedang merayu manusia agar bangun subuh. hampir setiap subuh suara tu pasti kedengaran termasuklah pagi tadi... maksud disebalik salakan tu hanya Allah yg tahu...sesungguhny hanya Allah yg Maha Mengetahui...

yesssss...weekend aku terisi lagi!!!

Time2 shortsem camni mmg boring.especially time weekend. tapi mujur la bagi aku sbb every weekend aku msti ada je pgrm yang aku nak attend.mgu lps gi Sg Chongkak kat Hulu Langat, training for facilitator and mgu ni plak gi Batu 12, Kg org asli wat pgrm Desa Wawasan... sebenarnya aku ni walaupun agak pemalas nak bergerak time cuti tapi kalau orang ajak outdoor activity aku msti excited lbh2 lagi activity tu melibatkan dakwah org asli... jadi seronok bile dengar makin ramai org asli yg peluk islam... Alhamdulillah. lagi pulak org yg pergi pgrm ni biasanya bkn jenis yang 'penggeli'. ye la nak masuk kg org asli, nak main dengan ank2 org asli, lawat rumah diorang, tak semua orang blh buat. ramai je kwn2 aku yang wat muka tak sanggup bila aku jak gi rumah org asli. tapi faktor ni la yg ikat aku dlm titian asli sbb aku suka berprgm dengan org yg btul2 ikhlas and tak hipokrit, and dengan org yg sanggup buat ape saja demi perjuangan...ibarat kata pepatah yang patah: Tiada karpet merah dalam perjuangan!!!

Wednesday, May 20, 2009

kasihi dirimu wahai gadis!!


Hampir jam 11 mlm aku masih lg bertapa di bangku batu berhampiran ofis kolejku... terpaksa sbb kat bilikku tak dpt signal wireless tiba2... sdg aku cari idea untuk isi ruang kosong blogku, tiba2 aku terdengar suara nyaring gadis ketawa... meremang juga bulu romaku pada mulanya tapi tak lama lps tu baru aku nampak tak jauh dariku berdiri seorang gadis disisi seorang lelaki...entah apa yang terlalu kelakar sehingga gadis tadi menepuk2 tangan si jejaka...aku tak tahu sama ada harus su' zon(sangka buruk) atau husnu zon(sangka baik) terhadap mereka. dah ada sijil nikahkah mereka sehingga menghalalkan bersentuhan sebegitu...

Teringat aku pesan Sir Yousof Ali dlm class Ethics & Figh In Everyday Life:"zina mata bilamana mata saling berpandangan hingga menimbulkan perasaan ghairah, zina tangan bilamana tangan saling bersentuhan antara wanita dan lelaki ajnabi, zina kaki bilamana kaki melangkah untuk bertemu kekasih hati..."mungkin mereka tak tahu atau buat2 tak tahu.

Bagi aku andainya percintaan mereka bersampung dengan akad sekalipun suatu hari nanti, akan adakah kemanisan dalam mahligai rumah tangga mereka kerana terlalu banyak manisan yang mereka hirup sekarang.

Teringat juga aku kata2 dalam satu buku; "setiap perkahwinan yang dimulai dengan maksiat atau dosa pasti akan kurang barakahnya, dengan izin Allah"kasihilah dirimu wahai gadis, kerana cintamu cukup berharga, jangan diberi secara percuma...

Coop! nak hadiah tu!


Cuba bayangkan anda diberi peluang untuk tinggal dirumah seorang yang sangat kaya… dalam rumah tu ada banyak barang berharga… bukan anda seorang yang tinggal disitu… ramai lagi… orang kaya tu berjanji yang bila sampai waktu dia akan hadiahkan salah satu barang yang berharga kepada setiap orang termasuk anda… tapi sebelum sampai waktu tu anda takkan tahu barang yang mana akan dihadiahkan kepada anda… sewaktu tinggal dirumah mewah tu anda terpikat dengan satu barang… sangat sangat suka barang tu…tapi anda pendam.hari hari anda berharap akan sampai waktu orang kaya tu akan beri barang tu kepada anda… sampaikan kadang kadang anda menafikan hebatnya barang lain semata mata kerana anda rasa barang yang anda suka tu lah yang paling hebat… sampailah suatu hari, salah seorang yang tingal dirumah tu telah terpilih untuk menerima hadiah… meaning to say dah sampai waktu dia untuk terima hadiah… tanpa anda jangkakan orang kaya menghadiahkannya barang yang sangat anda suka… bayangkan betapa kecewanya anda… sehingga kadang-kadang anda bertanya sendiri, kenapa bukan aku yang dapat? Percayalah yang anda akan dapat hadiah anda bila sampai waktunya… mungkin bukan yang anda harap-harapkan kerana mungkin orang kaya tu dah sediakan hadiah yang jauh lebih baik buat anda…
Begitulah perumpamaan jodoh… tak semestinya yang kita harapkan kan jadi jodoh kita. Kerana itu jangan sekali kali genggam mana2 ‘hadiah’ yang anda suka kerana takut nanti kita terlalu susah untuk lepaskan disaat kita tahu yang itu bukan hak kita… apa yang mampu kita lakukan ialah doa kerana pemilik ‘hadiah’ tu Maha Mendengar lagi Maha penyayang… wa makaru wamakarallah wallahu khairun maakirin…

Manusia Buat-Buat Lupa


Saat kaki memanjangkan langkah ketimur dan barat,
Dimasa tangan sibuk menggapai karunan dunia,
Waktu hati semakin jauh dari fitrah insani,
Ditiap detik organ berfungsi meampaui batas norma,
Diketika itulah makhluk bernama manusia menjadi semakin lupa diri…
Tenaga dari suapan nasi oleh tangan mereka dianggap punca kudrat…
Lupa bahawa yang menjadikan rezeki adalah Allah…
Lupa juga yang menjadikan tangan yang menyuap kemulut juga Allah…
Bahkan lupa yang mengizinkan perut memproses makanan adalah Allah…
Kau semakin lupa wahai manusia, ataukah kau sengaja buat-buat lupa
Kerana malu mengakui yang kau tak punya apa-apa…
Kau lemah wahai manusia, kau tak miliki apa-apa melainkan yang dipinjamkan kepada kau…
Tapi kenapa kau angkuh? Kenapa kau tak bersyukur?
Tiadakan sekelumit pun rasa malu saat kau menggunakan harta pinjaman seperti harta sendiri?
Tangan, kaki, mata,mulut, telinga, lidah hatta seluruh jiwa ragamu,
dipinjamkan padamu supaya kau menyembah pemiliknya…
tapi kau gunakan ia untuk membuktikan betapa derhakanya kau pada Pencipta…
kau kian alpa dan leka, kau hanyut dengan dunia,kau ketepikan hakNya…
terlalu banyak yang kau lupa…
tapi jangan sampai kau lupa tanpa redhaNya kau pasti tersadai di pulau neraka…

Tuesday, May 19, 2009

Hadiah Untuk Semua ;)

Memandangkan aku ada banyak ladang bunga dalam laptop aku so tiba2 rasa nak wat amal jariah nak sedekah sikituntuk sahabat2 sume.tapi ingat juz untuk tatapan tau,takleh petik tau coz at the moment kita petik maka hilanglah seri bunga, yg ada hanya kematiannya...






Tak tau la kenapa musim bunga kali ni sume bunga warna kuning...hehehe
jangan puji bunga ni tau tapi puji lah Penciptanya Yang Agung... Subhanallah...



Ilahi...anta maksudi...


Ya Allah,
Dulu aku tidak mengerti...
Tidak pula aku tahu makna syukur...


Kerana setiap kali aku menadah tangan memohon sesuatu jarang sekali Kau tunaikan…
Aku pohon kau kurniakan bebunga indah penghias tamanku,
Kau hadiahi Cuma tunas-tunas hijau…


Saat aku ingin rama-rama yang terbang bebas melakari ruangku,
Kau beriku ulat bebulu yang menjijikkan…


Ketika aku meminta hujan yang mencurah menyuburkan duniaku,
Kau datangkan awan mendung yang menggelapkan siangku…


Dikala aku perlukan teman bicara,
Kau tambahkan kesunyianku…


Aku keliru dengan aturanmu,
Hingga aku terfikir, murkakah kau padaku hingga tiada doaku yang Kau makbulkan
Ataukah Kau sengaja mengujiku lagi…
Aku buntu aku keliru…


Hinggalah aku mula menyedari, apa Yang kau beri tiada yang sia-sia…
Tunas hijau itu mula berputik lalu menebarkan bunga-bunga indah…
Ulat-ulat membesar menjadi rama-rama cantik…


Awan mendung mencurahkan hujan yang menyubur duniaku…


Dan kau jadikan aku sunyi agar aku belajar mencari teman yang paling setia,
yang tak jemu mendengar keluhanku,
tidak pula meninggalkan aku saat susahku dan sentiasa membantu langkahku…
dan teman itu kutemu dalam sujudku…


terima kasih ya Allah kerana tidak pernah melupakan aku walau hina mana pun aku…

Aku meniti di Titian Asli




ni kat Gapoi,kg kedua yg aku pergi.time ramadhan...
ni gambar aku dengan diorang masa kat Kg sg Songkok, Batang Kali...









yang ni plak salah seorang org asli yang aku smpt lawat rumahnya... agak mengejutkan sbb dia lbh muda dr aku sbnrnya...nampak matang dia kan?










Sekarang aku agak aktiv dengan Titian Asli Club. Aktif sekadar peserta dlm program yg diadakan jela. Tau tak kenapa Titian Asli ni best?






1st of all sbb ia merupakan sebuah club dakwah tapi bukan dakwah sebarangan orang tapi dakwah orang asli.sebelum aku join club ni aku alwaz nak gelak bila dengar org wat program kat kg org asli sbb masa tu aku tak tahu pun motiv diorang. Aku ingat diorang juz nak kenal budaya orang asli so aku rasa klakar. Until 1 day sufi ajak aku join 1 program diorang kat sg songkok, Kg Batang Kali. Dan yg paling wat aku lbh membara nak sama2 dalam Titian Asli bila aku dengar salah sorang anak org asli tu ckp yg dia org asli, bukan org Islam. Aku terfikir,diorang ni tak tahu ke yg org asli pun blh jadi org islam tanpa mengubah status dia sbg org asli. Rasa nak menangis pun ada bila tengok muka innocent diorang sbb bdk2 tu juz ikut agama mak ayah diorang.






So kalau nak dakwah focus utama mestilah mak ayah diorang n ni blh dikatakan problem besar sbb mentality diorang len. Most of them anggap islam agama bangsa arab. Manakala yang tak beragama pulak fikir agama ni punca perpecahan… mentality ni la yg perlu dibetulkan terlebih dahulu…dan aku anggap ni satu jihad…






so far aku dah pegi 3 kali kg org asli, n beberapa kali training. bagi aku ni satu pengalaman yg takkan aku dapat kat lain melainkan Titian Asli...






Ya Allah kuatkan jasad dan roh kami dalam perjuangan ni agar diakhirat nanti kami terlepas dari persoalan ini…

Aku harap aku salah!

Semalam 22hb 4 2009 hampir pukul 9.30 malam sedang aku seronok berborak dengan familyku tiba tiba mataku tertarik pada kaca tv. Aku yang pada mulanya tidak tahu apa yang tertera dikaca tv semakin semangat merenung, begitu juga ibu dan kakakku… apa yang kami nampak dalam gambar yang dikaburkan itu agak mengejutkan aku… video yang tertulis dibawahnya ‘rakaman daripada youtube’ menunjukkan seorang perempuan menendang nendang seorang budak kecil sekitar umur 3 tahun. Bilamana budak kecil itu cuba bangun dia ditendang lagi hingga tersungkur lagi. Bukan sekali bukan dua tapi terlalu banyak hingga yang akhirnya menunjukkan perempuan jahat tu memijak atas budak tu.
Ya Allah manusiakah tu? Tapi aku tak pasti apakah yang aku lihat itu benar atau ada kisah lain disebaliknya kerana video tu sebenarnya ditayang dipenghujung rancangan 360 dan aku tak dengar apa yang diulas oleh mazidul tentang video tu. Tapi mengikut apa yang mata aku lihat perbuatan tu memang diluar norma kemanusiaan… ia benar-benar mengejutkan kami sekeluarga hingga kami rasa apa yang kami lihat adalah salah dan kami berharap sangat ada orang yang beritahu kami “tu sebenarnya demonstrasi memijak bendera israil” or “tu sebenarnya proses merosakkan robot dari Jepun yang berbahaya pada manusia”.
Aku harap sangat sebab sampai sekarang aku masih terbayangkan video tu sampai aku rasa betul- betul tak tenang… tolong la sape-sape yang tahu pasal gambar tu katakana yang aku salah.

Monday, May 18, 2009

merepek ala kerepek...




  • slm.setelah sekian lama aku tak bukak blog aku ni,akhirnya ari ni ada peluang jugak nak buang masa depan pc ni...

  • final for 2nd year 2nd sem dah lama berlalu,dah siap dapat result dah pun n alhamdulillah result
    aku naik la sikit dari tahun b4 walaupun masa exam tu stress giler...
    betul la teori yg mengatakan manusia akan jadi berganda2 lbh kuat dari biasa dalm keadaan terdesak n emergency...

  • sekarang ni aku tengah ambil shortsem n honestly tension giler2.maybe sebab masa pendek tapi kena buat semua
    benda...nak wat report trial kat court pun ambil masa lama sbb berkali2 pegi court pun blm tentu dapat wat report coz nak cari perbicaraan penuh bukan senang.mostly sebutan kes or jatuh hukum.kalu higher court plak
    tak blh dapat gak coz most of the cases are appeal
    case...

  • so grup kitorang skrg ni tengah
    cari solution for our problem.hopefully siap la report kitorang b4 madam mengamuk...hehehe
  •