CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 20, 2009

kasihi dirimu wahai gadis!!


Hampir jam 11 mlm aku masih lg bertapa di bangku batu berhampiran ofis kolejku... terpaksa sbb kat bilikku tak dpt signal wireless tiba2... sdg aku cari idea untuk isi ruang kosong blogku, tiba2 aku terdengar suara nyaring gadis ketawa... meremang juga bulu romaku pada mulanya tapi tak lama lps tu baru aku nampak tak jauh dariku berdiri seorang gadis disisi seorang lelaki...entah apa yang terlalu kelakar sehingga gadis tadi menepuk2 tangan si jejaka...aku tak tahu sama ada harus su' zon(sangka buruk) atau husnu zon(sangka baik) terhadap mereka. dah ada sijil nikahkah mereka sehingga menghalalkan bersentuhan sebegitu...

Teringat aku pesan Sir Yousof Ali dlm class Ethics & Figh In Everyday Life:"zina mata bilamana mata saling berpandangan hingga menimbulkan perasaan ghairah, zina tangan bilamana tangan saling bersentuhan antara wanita dan lelaki ajnabi, zina kaki bilamana kaki melangkah untuk bertemu kekasih hati..."mungkin mereka tak tahu atau buat2 tak tahu.

Bagi aku andainya percintaan mereka bersampung dengan akad sekalipun suatu hari nanti, akan adakah kemanisan dalam mahligai rumah tangga mereka kerana terlalu banyak manisan yang mereka hirup sekarang.

Teringat juga aku kata2 dalam satu buku; "setiap perkahwinan yang dimulai dengan maksiat atau dosa pasti akan kurang barakahnya, dengan izin Allah"kasihilah dirimu wahai gadis, kerana cintamu cukup berharga, jangan diberi secara percuma...

0 comments: