CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 12, 2009

fahamilah kami

Sedang rancak 3 sahabat berbual2 disebuah bangku kelihatan kelihatan seorang gadis ayu mengepit senaskah surat khabar sambil berjalan menghampiri 3 sahabat, salam diucap segera dijawab mereka.
A: amboi seronoknya lepak kat sini, nak join boleh?
B: alah A macam tak biasa pulak, duduklah, dari mana ni?
A: tq, dari shop tadi, cari paper, dah lame tak up date data. Hehehe. Sampaikan orang nak pilihanraya kat Bukit Gantang pun aku tak tahu tarikh bile. Kakak aku call semalam baru tahu..
C: semangat jugak kau dengan politik ni ye…
A: sikit-sikit boleh la…sekarang ni kan kite terikat dengan AUKU. Nanti habis belajar baru boleh tambah speed…dari jauh lagi aku dengar korang borak sakan cakap pasal ape? Exam ke?
B: macam-macam kitorang borak, daripada pasal tarikh exam yang tak rational tu sampailah pasal longkang busuk kat tepi café tu…
A: exam korang ada yang berderet jugak ke?
D: bukan setakat berderet tapi kitorang jadi tukang tutup gate uia, tau tak…
A: korang berapa subject berderet?
D: 3 subject, 16hb, 17hb n 18hb. Yang satu lagi tu dah di centralized. Mujur la aku ambik 4 subject jer.
A: lar, 3 subject jer, kau tahu aku berape? 5 subject berderet beb…14hb,15hb,16hb,17hb n 18hb macam korang gak la.tukang tutup gate. Hahahaha
B: wah tu lagi mantop weh… setension-tension kitorang tension lagi kau ye…
A:bukan tahap tension je ni. Dah nak strok dah…beberapa hari after keluar schedule tu kitorang dah pakat wat petition nak change tarikh. at least ringan sikit burden, kau tau orang ofis cakap ape?
C: sis, nanti minggu depan sis check balik resultnye ye. Camtu ke?
A: takde maknenye dia nak cakap macam tu. Dia kate, sis kitorang hanya layan kalau schedule clash je. Masalah camni kitorang tak boleh tolong…
D: pastu tak try jalan lain ke?
A: mestilah ada. Kitorang kan golongan yang gigih berusaha…hehehe. Kitorang wat petition nak suruh centralize 1 subject, at least ringan sikit burden kan. Kitorang pun start ambil signature semua student yang ambil subject tu… 2 hari lepas tu ofis keluarkan notice kate exam kitirang dah decentralized ke tarikh 2 April… hepi bukan main kitorang …tapi malangnye keesokan harinya ada notice baru cakap notice sebelum tu di tarik balik sebab ada 3 orang student tak setuju…so sekarang terpaksa lah ikut tarikh asal…
C: wah kesiannye korang. Dah la course korang kena banyak hafal case… cukup ke masa tu?
A: nak kate cukup tu entah la… nak faham maybe cukup. Nak hafal tu yang problem. Kalau subject sivil, kena banyak ingat case, subject syariah pulak kene hafal arab plak…
B: kadang-kadang pelik gak dengan schedule ni. Ada kawan aku yang gap antara subject tu sampai 8 hari…siap diorang boleh pergi melancong dulu…
A: harap- harap sem-sem depan tak jadi macam ni la… silap-silap ramai pulak yang masuk icu past exam nanti…
B: hari tu aku ada borak dengan sorang mdm kat ofis department aku pasal exam ni. Dia cakap ni la masalah student, study last minute, pastu nak salahkan orang yang buat schedule…panas jugak hati aku dengar tapi iyakan jela… nak berdebate pun takde mood…dia ingat kita malas sangat ke, dia ingat otak kita macam computer, study sekali terus boleh save…nak exam kena la study balik pastu hafal balik…nak ingat satu subject tu bukan boleh sehari dua…
C: betul betul betul… tapi kau memang hebat la kalau boleh keluar dewan exam yang 18hb tanpa pengsan… hahaha
A: insyaAllah tak pengsan kot…kita buat sedaya kita dah la…yang lain serah kat Allah jela…
C: betul betul betul…
A,B& D: ????ni upin ipin mane plak ni?hahahaha

kisah ani & ana

Ani: hai Ana, lawa-lawa ni nak outing ke?
Ana: hehehe.macam biase la Ani. Weakend ni takkan nak buang masa kat bilik je. Boring la…aku tengok kau ni tak pernah outing, tak boring ke?
Ani: bukan ke isnin baru ni aku baru outing ngan si Azi tu…siap gi JJ n OU lagi…
Ana: tu orang tak panggil outing… outing kalau di interpret technically membawa maksud keluar dengan insan tersayang @ pakwe or makwe.
Ani: nitak pernah aku dengar pun orang interpret camtu.so kira aku ni interpret literally jela ni?hahaha
Ana: tau pun…eh kau sebenarnya takde cek abang ke?tak pernah aku tengok kau keluar dengan sape2.
Ani: aku taknak fikir lagi la sume tu…nak belajar dulu la.
Ana: ape salahnya sambil menyelam minum air. Kita duk kat u ni bikan nak belajar je.kadang2 nak gak dapat pengalaman baru..lagi pulak kalau tak cari sekarang nak cari bile lagi?
Ani: memang tak salah sambil menyelam minum air tapi kena tengok gak air ape. Kalau menyelam dalam longkang pun nak minum air gak ke?kalau air sungai sekalipun, tak boleh gak nak minum suka2 ati kan…silap2 haribulan boleh lemas tu…
Ana: wah kau ni Ani kalau bab balaghah serah la kat kau…aku faham maksud kau.kau nak kate yang bercinta ni tak boleh kan?
Ani: aku tak boleh nak letak hukum tak boleh atau haram sebab tak semua keadaan ia haram…kalau dah nikah bercinta jadi halal la kan…siap Allah bagi pahala lagi.
Ana: so kau maksudkan yang cinta sebelum kahwin tu haram?
Ani: sort of…
Ana: tapi kenapa? Bukan ke cinta itu fitrah,kita juz ikut perasaan yang Allah beri…kalu kita pendam je tak ke jadi tak normal?perasaan cinta tu kan satu perasaan yang mulia.takkan islam tak boleh nak consider sikit.
Ani: tapi kita kena ingat yang Allah beri kita 3 benda, hati, aqal n nafsu. Nafsu suka ajak kita wat kesalahan. Hati dan aqal lah yang control sama ada nak ikut atau tak. Kat hati ada iman.so hati akan bezakan yang baik dan buruk manakala aqal pulak lebih kepada fikir logic…kalau iman yang berfikir pasti kita akan buat pilihan yang ikut kehendak Allah. Tapi kalau aqal yang fikir,tak semestinya betul…cara kau fikir tadi aku rasa lebih kepada logic tapi tak Islamic.
Ana: bukan ke Islam tu agama yang mudah so kalau aku bercinta tapi tak buat dosa takkan tak boleh gak kot.
Ani: maksud kau tak buat dosa tu macammane? Berzina? Dosa ni sebenarnya bukan pada perbuatan tu je. Sebab tu la Allah tak kate la tazni tapi la taqrabu zina…
Ana: kau ni aku bukan pandai arab, ape maksud tu?
Ana:ok dalam alquran ada kate la taqrabu zina maksudnya jangan menghampiri zina. So kenapa Allah tak straight to the point je kata la tazni, jangan berzina…kau tau sebabnya? Sebabnya setiap permulaan zina ialah yang remeh2 contohnya message, pastu kol pastu jumpa pastu pegang tangan,pastu cium and then tak dapat nak kawal tu yang bawa ke zina...kadang2 tak nampak pun tu satu dosa.
Ana: tapi aku takkan wat la benda2 macam tu. Kitorang jumpa pun bukan berdua je tau. Aku bawak Akin sekali tau. Lagipun cek abang aku tu warak tau. Hari2 message tazkirah. Pastu pagi2 dia la yang kejutkan aku solat subuh…
Ani: kita kena ingat yang iblis tak hasut kita wat something yang jelas2 aqal kita kata salah…iblis n syaitan ni pun bijak jugak…kadang2 dia buat sesuatu tu nampak baik tapi sebaliknya benda tu tetap salah.
Ana: so message tazkirah tu salah ke?
Ani: tazkirah tetap tazkirah.still benda baik tapi aku nak tanya kau, ape reaksi kau bila dapat message die?
Ana: mestilah hepi…Nampak sangat dia orang baik bagi message yang baik2.
Ani: ok tapi kalau pakcik yang jual roti canai kat café yang bagi,camne?
Ana: hahahaha.mabuk ke pakcik tu. Confirm aku delate terus.
Ani: hah tengok, yang buat kau suka kat tazkirah tu sebab tuan yang bagi bukan sebab mulianya tazkirah tu…betul tak tiap kali kau dapat kau akan terbayang2 die pastu mulala perasaan tu terbuai2.
Ana:so takkan tebayang2 die pun salah kot. Lagipun kitorang memang nak kawin satu hari nanti kan.
Ani: niat tak menghalalkan cara. Niat kau memang baik tapi niat kau tak menjadikan kau halal pada die. B4 aqad hubungan korang same je macam kau dengan Ajis classmate kau, same jugak macam hubung kau dengan pak Abu yang jual roti canai tu…aku bukannya baik sangat tapi ape yang aku dengar ada ulama yang kate bila kita ingat lelaki ajnabi dengan penuh perasaan tu pun dah boleh menggelapkan hati dan merosakkan iman…
Ana: oo camtu ke?
Ani: cuba bayangkan kalau pandang seseorang ajnabi dengan perasaan kali kedua pun dah ditegah, so kalau renung dia macammane agaknye hukum tu ye…kau keluar dengan dia confirm2 la kau nak tengok dia kan…takkan kau nak pandang kat Akin sepanjang masa…dahtu couple plak mesti feeling tu lebih lagi…
Ana: so aku nak wat camne ni? Takkan aku nak clash. Woi aku sayang die tau.
Ani: aku taula kau sayang die…apekata kau ajak die kawin?
Ana: ish2 nak ke die?lagipun dia belajar lagi.
Ani: ramai je kawan2 kita yang kawin mase belajar…kalau die betul sayang kau mesti die nak punye…better daripada tergantung macam ni…ibarat kata Melodi, kurangkan controversy, tingkatkan prestasi…hehehe

Duhai sahabat…
Renunglah pakaianmu… apakah sudah cukup untuk menunjukkan ciri2 seorang muslimah? Ingatlah bahawa pakaianmu melambangkan IMANmu dan juga menunjukkan MARUAHmu… andai kau sayangkan maruahmu ikutlah panduan yang digariskan syariat, InsyaAllah kau akan jauh dari segala fitnah didunia dan akhirat…
Pakaian cara Islam
1)menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
2)longgar dan tidak jarang
3)tudung menutupi dada

#ingatlah bahawa setiap amalan baik sekecil manapun pasti akan dihitung dan setiap perbuatan buruk sekecil manapun pasti juga akan dihitung…

Saat peperangan bermula

hari ini 12hb 4...2 hari lagi akan mula aku dan mujahid serta mujahidah akan melangkah ke medan perang...perkara paling penting menghadapi peperangan adalah persediaan...apa yang tumpul di tajamkan, apa yang tiada dicari, apa yang kurang ditambah...peperangan sengit itu bukan sehari bukan jua dua hari, tapi lima hari bermula 14hb hingga 18hb jadi kami harus benar2 bersedia...ya benar2 bersedia...sekarang disaat semua lena diulik mimpi dikejar hantu, kami lena diatas senjata-senjata kami yang tajam...ya memang tajam sebab senjata tu jenis kilometrico...kami sengaja guna senjata yang tajam sebab kami tahu musuh kami kertas je hehehe...nanti kau paper, tunggu aku dimeja.kalau kau tak ada kat situ,kena la kau sebab aku akan report kat examination assistant...Ya Allah, berikan kejayaan kepada kami...kerana kami pejuang-pejuang agamu...chayo'2

Saturday, April 11, 2009

aduhai puteriku sayang

Aduhai puteriku sayang...
Puteriku sayang...
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik persis wajahmu,disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agong tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada suapa yang akan boleh merampasnya
Malainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteri ku sayang kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang kau bunga idaman…..