CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 29, 2009

Bukan ke hari ni hari Jumaat?


Hari ni hari Jumaat. aku takde class. Tapi aku dh ada perancangan dgn roomateku. Bkn perancangan besar tapi penting. Penting sgt ke? Hmmm.agak pntg bg roomateku. Kami rancang nak ke Pasaraya Ong Tai Kim (tu je ke perancangan pntg tu?) penting sbb roomate aku nk beli brg2 bg menyambut sahabatnya yg akan pulang dari China esk. Menggembirakan org kan satu misi yg pntg...

Kami pergi naik bus je. pukul 1130pg kami bertolak memandangkan sahabatku ada class sblm tu. Seusai memilih rempah ratus (sbb beliau nk masak gulai aym esk) kami beli keperluan lain. Tanpa sedar jam sdh menunjukkan pukul 1tngahari, perut pun bernasyid lagu In-Team.

kami keluar dari pasaraya lantas melintas jln utk menunggu bus pulang ke UIA. Jln raya msh sibuk. aku melihat jam. Dah 115, rijal(lelaki2) ni sume x pergi solat jumaat ke? sahabatku yg mendengar keluhanku turut mengangguk.. agak lama kami menunggu bus akhirnya sampai. aik, pemandu bus ni tak pergi solat gak ke? dlm bus tu pun ramai rijal yg aku ykin beragama Islam.

Dr dlm aku memandang keluar.ramainya pakcik2 yg berbaju melayu tapi membonceng anknya utk dihantar ke sekolah sesi ptg. aku menggeleng kepala. pukul berapa agknya diorang nk gi masjid...ramai juga yg masih berbaju kotor kehulu kehilir ntah kemana.

Tiba2 sebuah bus Metro 91 melalui ditepi busku, wah penuh dgn bdk2 sekolah. diorang baru blk skolah or baru nk pergi skolah? confused!!

Teringat aku peristiwa bln mac lps. aku ke Ong Tai Kim sorang diri memandangkan utk kesana xla ssh sgt dan aku agk urgent utk beli an important thing. masa tu dh pukul 130 dan hanya aku saja dlm bus yg dipandu olh sorg pakcik. bus Rpid KL yg aku naiki perlu berhenti di Greenwood terlbh dahulu jd aku juz tgu dlm bus sorg diri. tiba2 pakcik tadi naik atas bus dan beri aku surat khabar katanya supaya aku x boring. aku ingat dia dh pergi masjid tapi rupanya x. aku pun memberanikan diri bertanya: 'emm,pakcik x pergi solat jumaat ke?' dan dgn selamba pkcik tu jwb. 'kalau pergi, nanti x smpt nak'... aku x tahu apa mksd x smptnya tapi aku mls nk tanya, bg aku tu satu alasan sbb msjid dekat je.aku hy blh wat muka kecewa dgn jawapannya..hrp2 dia fhm mimik mukaku agar dia tahu yg perbuatanya meninggalkan solat adalah berdosa.

Berbalik pd jumaat hari ni,sahabatku yg seolah2 fhm apa dlm otakku saat itu memulakan ceritanya, 'awk tau x zie, mgu lps time jumaat cmnila, sy duk kat masjid UIA. saje la nk tgu org hbs solat Jumaat. pastu ms jemaah dh nk tahiyyat, sy tengok kat luar, ramai brothers2 yg baru je nk masuk msjid, bergegas2 diorg.tu confirm nk kejar imam...' ntah ape2 la diorg ni. ada plak yg ms khutbah lepak kat luar masjid(maybe sbb dh penuh sgt dlm msjid[husnu zhon]) ada jugak brother UIA yg wat alasan,'khutbah dlm bahasa arab n english, mcm mana nk menghayati, baik xyah dengar...' alasan lagi...

Aku rs pemandangan mcm ni ssh nk jmpa kat Trgnu(walaupun maybe ada) sbb Trgnu cuti hari Jumaat so rijal blh la siap awl skit nk gi solat. tak pyh la diorg kalut2 mcm kat sini, baru hbs kejela, nk anta ank skolah la, ada yg x blh tgl keje la, mcm2 alasan.

kat sini aku nk sampaikan hasratku yg menggunung tgi agar kerajaan menukar hari cuti kpd hari Jumaat n sabtu...

2 comments:

Cucu Dagang (CD) said...

Sokong 200%! Memang bila hari Jumaat tak cuti macam ni la boleh berlaku, mamat-mamat tu dah malas nak gi semayang, bila disibukkan dengan benda2 macam tu bertambah kukuh la alasan diorang untuk tak gi solat..

Alahai masyarakat melayu Islam, Islam hanya sekadar nama..

theonlywan said...

>CD
Sdh sgt2 tgk org2 laki yg x malu tu wat muka x bersalah je. slamber diorang je lepak tepi jln time org solat jumaat. langsung xmalu...
Islam pada i/c je...