Sunday, May 31, 2009
Islam Is The way of Life!!
Posted by theonlywan at 9:52 PM 0 comments
Saturday, May 30, 2009
Terimalah Aku Ya Tuhan
Saat aku sujud mengadapmu ilahi,
penuh pasrah aku mengucup sejadah,
betapa aku insan berdosa,
berkali-kali aku leka darimu,
aku lupakanmu aku abaikanmu,
dan saat ini aku ingin kembali kepangkuan Tuhanku
walaupun ku tahu wajahku penuh dengan debu dosa
tercalit juga arang nista,
namun pada siapa lagi harus aku kembali
disaat aku tersesat jauh dari jalan kebenaran
aku menadah tangan memohon doa,
malu sungguh aku padamu ya Allah,
tangan aku juga penuh lumpur kejahatan
hingga terpalit ke seluruh tubuhku
layakkah aku dipandangmu,
kerana saat ini aku cukup hina,
hina kerana aku adalah hamba yang pernah lupa diri,
pernah mempermudahkan syariatmu,
aku sungguh hina Ya Allah.
hari ini aku ingin kembali padamu,
tapi bagaimana?
aku ingin sucikan diriku dari segala kotoran ini
agar nanti aku tidak malu mangadapmu...
aku tanya pada awan,
'mampukah hujan menghilangkan dosaku?'
awan berlalu langsung tak dipandangnya aku.
aku tanya pada angin,
'mampukah kau tiup segala debu di tubuhku?'
katanya, taufan pun tak mampu.
aku memandang matahari,
mampukah dia mengeringkan lumpur dihatiku?
mengapa tiada yang membantu aku?mengapa?
aku renung awan,angin dan matahari,
bukankah Tuhan yang mencipta mereka
sama dengan Tuhan yang menciptaku?
bukankah Tuhan yang Esa itu punya sifat pengampun?
bukankah hanya keampunannya yang mampu mencuci noda ini?
kini aku dalam sujudku,
aku pohon ampunmu Ilahi
kerana aku tahu hanya itu yang mampu menanggalkan
segala debu,arang dan lumpur dosa lamaku
dan semoga saat aku kembali nanti aku tidak malu merenungmu Ilahi...
Posted by theonlywan at 10:48 PM 0 comments
10 Subject Je?
Agak terkejut aku dgn keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin utk mengehadkan jumlah subject yg blh diambil oleh pelajar bagi menduduki SPM. yang menghairankan aku kenapa 10 je? Mmg ada rasionalny mengehadkan pengambilan subject tapi paling kurang biarlah 12 or 13. Bukankah Islam menyuruh supaya hari ini lbh baik dari semalam? Kalau seseorang pelajar mampu jadi jauh lbh baik kenapa nak di sekat. aku jadi terfikir bagaimana pelajar sekolah agama yg mengambil bidang sains, blh ke diorang nk ambil semua subject yang biasa diambil oleh pelajar terdahulu? mari aku senaraikan subject2 tu:
Bahasa Melayu, Bahasa Enggeris, Bahasa Arab, PSI, PQS, Fizik, Kimia, Bio,EST, Sejarah, Add Math & Math Mod (ni subject wajib bdk sains sekolah aku dulu. skrg tak pasti samaada subject2 berikut masih wujud atau dah dimansuhkan).
Agak2nya apa sbb tersirat disebalik keputusan mengehadkan pengambilan subject ni? Adakah kerana tahun2 kebelakangan ni ramai pelajar agama dari Kelantan yg mengungguli keputusan SPM dan bkn lagi pelajar asrama penuh dibawah kementerian? sbbnya hanya Allah and org yg buat keputusan je yg tahu...
Harapan aku agar kementerian menimbang balik keputusan tersebut samada menarik balik atau menaikkan hadnya kpd 12 or 13...
Posted by theonlywan at 9:41 AM 0 comments
Rayuan Zambry Diterima???
Sangkaan bahawa gelora di Perak berakhir nampaknya salah bilamana Mahkamah rayuan memutuskan bahawa Zambry adalah menteri besar perak yg sah. Sejauh mana ketepatan keputusan itu sudah tentu tidak boleh dipertikaikan tapi keputusan ini sudah pasti akan menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat Malaysia terutamanya Perak. Namun begitu Mohammad Nizar masih berpeluang untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kembali haknya dan paling utama hak rakyat yang sentiasa mendokongnya.
Melihat dari perspektif lain, timbul kejanggalan dihati tentang bagaimana boleh wujud keaadan huru-hara sebegini setelah PRU 12. Bukankah PRU 12 telah membuktikan bahawa Mohammad Nizar adalah menteri besar Perak yang sah? Tentang hilang kepercayaan majority ia tidak sepatutnya menjadi penyebab perlunya bertukar menteri besar walaupun itulah yg tertulis di dalam perlembagaan. Dan harus diingat bahawa kehilangan kepercayaan majority hanya boleh dibuktikan dengan undi tidak percaya walaupun dalam keputusan rayuannya hakim mengatakan bahawa boleh diguna cara lain. Sebagaimana yang kebanyakan orang tahu bahawa dalam kes rayuan yang di bahaskan adalah berkenaan undang2 dan bukannya fakta. Ini boleh memberi peluang kpd hakim untuk mengtafsir undang2 sedia ada mengikut ‘situasi yang diperlukan’.
Apapun keputusan yang diberi, semua pihak harus beringat bahawa semua ini hanyalah keputusan didunia, dan yang bakal menentukan yang mana benar hanyalah Allah. Setiap orang yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung pasti akan dipersoalkan Allah kelak dan saat itu hanya Allah yang menentukan, tiada lagi hakim2 mahkamah tinggi, rayuan mahupun persekutuan yang akan memutuskan bersama.
Pesanan:
Kepada Zambry, ingatlah bahawa jawatan adalah satu amanah dan bukannya perkara ringan yang siapa saja boleh memikulnya. Pasti di akhirat kelak anda akan di persoal tentang kepimpinan anda.
Kepada Mohammad Nizar, andainya itu adalah hak anda ianya tak akan berubah walau mahkamah manapun yang putuskan kerana mahkamah teragung adalah mahkamah Allah.
Kepada hakim2, ingatlah ada 3 jenis hakim dan hanya 1 yang akan masuk syurga iaitu:
1) Hakim yang mempunyai hak untuk mengadili tapi sengaja membuat keputusan dengan zalim, tempatnya di neraka.
2) Hakim yang tiada hak untuk mengadili tapi tetap membuat keputusan dengan zalim, tempatnya juga dineraka.
3) Hakim yang berhak mengadili dan dia mengadili dengan sebaik-baiknya dan seadil-adilnya, dan hakim inilah yang akan masuk syurga.
Posted by theonlywan at 8:42 AM 0 comments
Friday, May 29, 2009
Bukan ke hari ni hari Jumaat?
Posted by theonlywan at 3:37 PM 2 comments
Thursday, May 28, 2009
Apa Hak Mereka?
Kalau difikirkan sebenarnya pekerja mereka tak banyak pilihan. Antara pilihan yg ada:
1) Berhenti kerja.
2) Bawa kes tersebut ke mahkamah untuk mendapat perintah mahkamah untuk membatalkan arahan tersebut.
Bagi kebanyakan pekerja, pilihan pertama adalah yg paling mudah tapi ia seolah2 membenarkan tindakan kurang ajar syarikat tersebut.
Sebenarnya ini bkn perkara baru malah sebelum ni byk je syarikat2 yg tidak membenarkan pekerja muslimah mereka memakai tudung. Ni blh dikatakan satu lagi perbuatan yg menunjukkan ‘keKURANGan AJARan’ mereka. Sahabatku juga pernah meminta kerja part time sebagai promoter kat sebuah kedai kasut kat Alamanda tapi diorg ckp “tak boleh! Sbb awk pakai tudung. Nak kerja buang tudung la dik.” Bagi aku ni sat

Berbalik pd hal pekerja tersebut, jika pekerja tersebut ingin membawa perkara ini ke court, isu yg blh dibangkitkan ialah: arahan utk tidak membenarkan pekerja solat menyalahi/bertentangan dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yg memperuntukkan kebebasan mempraktikkan agama.
Dlm kes Meor Atiqurrahman yg berlaku agak lama dahulu, seorg budak dibuang sekolah atas sbb berserban ke sekolah. Dan di mahkamah rendah, hakim memutuskan bhw pembuangan sekolah tersebut adalah x sah krn bertentangan dgn Perkara 11. Malangnya di mahkamah rayuan hakim memutuskan pembuangan tersebut sah krn perbuata berserban bknlah perbuatan wajib bg umat Islam.
Pedulikan pd kekalahan Meor dlm kes tersebut tapi kita perlu ambil argument judge tersebut yg menunjukkan jika perbuatan tersebut wajib bg umat Islam(eg: solat & tutup aurat) maka melarang mereka melakukan perkara tersebut adalah bertentangan dgn Pekara 11 dan arahan tersebut blh dibatalkan. So apa pilihan anda?
Posted by theonlywan at 9:25 PM 0 comments
Wednesday, May 27, 2009
betul ke ni?
ni video ular besar yg aku dapat dari hanset ayahku...tak percaya plak, besar sgt.kalu anda perhatikan anda akan nampak muncung kereta kebal so bayangkan lah sendiri saiznya tu... n bagi pandangan aku la maybe ni salah satu petunjuk Allah tentang ular yg bakal ditemui dalam kubur bagi org yg berbuat jht...Ya Allah takutnya...Ya Allah lindungi aku, kedua ibu bapaku, adik beradikku, sanak saudaraku dan sahabat2ku dari segala keburukan di dunia dan akhirat dan jauhilah kami dari azab kubur dan azab nerakamu.amin.
Posted by theonlywan at 2:17 PM 0 comments
Bahagianya org yg bahagia
Posted by theonlywan at 1:53 PM 0 comments
Monday, May 25, 2009
Nikmat sihat
Posted by theonlywan at 3:18 PM 0 comments
Sunday, May 24, 2009
meaningful memory with org asli; )



Posted by theonlywan at 6:40 PM 0 comments
Kau sahabat sejati
Posted by theonlywan at 6:00 PM 0 comments
Friday, May 22, 2009
Dari Kamar Jendelaku
Aku merenung kesepian malam yang tidak bercahaya
Redup bulan seakan menangisi sebuah kisah kehidupan manusia yang alpa dan leka
Berkejar-kejar kesana sini tanpa ada petunjuk yang hakiki
Meliar matamu mengintai arah yang seakan sudah terlalu kelam ditelan kabus dosa dan noda
Langsung mereka lupa pada pencipta yang semakin murka dek kerakusan makhluk berakal
Mereka pasti tidak pernah mengerti tentang itu..
tentang sebuah hakikat kehidupan yang setiap yang lahir itu pasti akan mati...
yang setiap yang ada itu pasti akan hilang
yang setiap yang bartemu itu pasti akan berpisah
yang setiap yang ketawa itu pasti akan menangis
pernahkah mereka terfikir tentang itu
atau mungkin mereka sekadar memejamkan mata
memekakkan telinga munutup mata hati mereka dan terus menyelubungi segala fakta dengan kelambu kepalsuan
entah berapa kali agaknya dalam kehidupan mereka merasai nikmatnya saat dahi mancecah kesejadah,
alangkah syahdunya saat lidah menutur kalam Rabbul Izzati
alangkah bahagianya saat bibir membibitkan zikir ilahi
alangkah bahagianya saat hati mengingati Pencipta
alangkah damai jiwa saat tawakal menyelubungi sanubari
Mereka pasti tidak tahu kerana mereka mereka hanya tahu mengejar dunia
Mereka hanya tahu mengucupi kenikmatan harta yang berganda
Mereka hanya tahu melayan nafsu semata tanpa mengira masa kerana mereka tidak pernah cukup dengan apa yang ada
Sampai bila agaknya bulan harus meratapi kepiluan dari luka lantaran manusia
Dan sampai bila harusku tunggu demi sebuah keindahan malam tanpa ada tangisan bulan,...sampai bila?
Posted by theonlywan at 2:39 PM 0 comments
Reality Yang Pahit
Posted by theonlywan at 3:55 AM 0 comments
Thursday, May 21, 2009
Peristiwa Subuh Hari
Posted by theonlywan at 6:39 AM 0 comments
yesssss...weekend aku terisi lagi!!!
Time2 shortsem camni mmg boring.especially time weekend. tapi mujur la bagi aku sbb every weekend aku msti ada je pgrm yang aku nak attend.mgu lps gi Sg Chongkak kat Hulu Langat, training for facilitator and mgu ni plak gi Batu 12, Kg org asli wat pgrm Desa Wawasan... sebenarnya aku ni walaupun agak pemalas nak bergerak time cuti tapi kalau orang ajak outdoor activity aku msti excited lbh2 lagi activity tu melibatkan dakwah org asli... jadi seronok bile dengar makin ramai org asli yg peluk islam... Alhamdulillah. lagi pulak org yg pergi pgrm ni biasanya bkn jenis yang 'penggeli'. ye la nak masuk kg org asli, nak main dengan ank2 org asli, lawat rumah diorang, tak semua orang blh buat. ramai je kwn2 aku yang wat muka tak sanggup bila aku jak gi rumah org asli. tapi faktor ni la yg ikat aku dlm titian asli sbb aku suka berprgm dengan org yg btul2 ikhlas and tak hipokrit, and dengan org yg sanggup buat ape saja demi perjuangan...ibarat kata pepatah yang patah: Tiada karpet merah dalam perjuangan!!!
Posted by theonlywan at 2:38 AM 0 comments
Wednesday, May 20, 2009
kasihi dirimu wahai gadis!!
Posted by theonlywan at 10:44 PM 0 comments
Coop! nak hadiah tu!
Begitulah perumpamaan jodoh… tak semestinya yang kita harapkan kan jadi jodoh kita. Kerana itu jangan sekali kali genggam mana2 ‘hadiah’ yang anda suka kerana takut nanti kita terlalu susah untuk lepaskan disaat kita tahu yang itu bukan hak kita… apa yang mampu kita lakukan ialah doa kerana pemilik ‘hadiah’ tu Maha Mendengar lagi Maha penyayang… wa makaru wamakarallah wallahu khairun maakirin…
Posted by theonlywan at 10:39 PM 0 comments
Manusia Buat-Buat Lupa

Dimasa tangan sibuk menggapai karunan dunia,
Waktu hati semakin jauh dari fitrah insani,
Ditiap detik organ berfungsi meampaui batas norma,
Diketika itulah makhluk bernama manusia menjadi semakin lupa diri…
Tenaga dari suapan nasi oleh tangan mereka dianggap punca kudrat…
Lupa bahawa yang menjadikan rezeki adalah Allah…
Lupa juga yang menjadikan tangan yang menyuap kemulut juga Allah…
Bahkan lupa yang mengizinkan perut memproses makanan adalah Allah…
Kau semakin lupa wahai manusia, ataukah kau sengaja buat-buat lupa
Kerana malu mengakui yang kau tak punya apa-apa…
Kau lemah wahai manusia, kau tak miliki apa-apa melainkan yang dipinjamkan kepada kau…
Tapi kenapa kau angkuh? Kenapa kau tak bersyukur?
Tiadakan sekelumit pun rasa malu saat kau menggunakan harta pinjaman seperti harta sendiri?
Tangan, kaki, mata,mulut, telinga, lidah hatta seluruh jiwa ragamu,
dipinjamkan padamu supaya kau menyembah pemiliknya…
tapi kau gunakan ia untuk membuktikan betapa derhakanya kau pada Pencipta…
kau kian alpa dan leka, kau hanyut dengan dunia,kau ketepikan hakNya…
terlalu banyak yang kau lupa…
tapi jangan sampai kau lupa tanpa redhaNya kau pasti tersadai di pulau neraka…
Posted by theonlywan at 10:13 PM 0 comments
Tuesday, May 19, 2009
Hadiah Untuk Semua ;)
Memandangkan aku ada banyak ladang bunga dalam laptop aku so tiba2 rasa nak wat amal jariah nak sedekah sikituntuk sahabat2 sume.tapi ingat juz untuk tatapan tau,takleh petik tau coz at the moment kita petik maka hilanglah seri bunga, yg ada hanya kematiannya...
Posted by theonlywan at 6:06 PM 0 comments
Ilahi...anta maksudi...
Dulu aku tidak mengerti...
Tidak pula aku tahu makna syukur...
Kerana setiap kali aku menadah tangan memohon sesuatu jarang sekali Kau tunaikan…
Aku pohon kau kurniakan bebunga indah penghias tamanku,
Kau hadiahi Cuma tunas-tunas hijau…
Saat aku ingin rama-rama yang terbang bebas melakari ruangku,
Kau beriku ulat bebulu yang menjijikkan…
Ketika aku meminta hujan yang mencurah menyuburkan duniaku,
Kau datangkan awan mendung yang menggelapkan siangku…
Dikala aku perlukan teman bicara,
Kau tambahkan kesunyianku…
Aku keliru dengan aturanmu,
Hingga aku terfikir, murkakah kau padaku hingga tiada doaku yang Kau makbulkan
Ataukah Kau sengaja mengujiku lagi…
Aku buntu aku keliru…
Hinggalah aku mula menyedari, apa Yang kau beri tiada yang sia-sia…
Tunas hijau itu mula berputik lalu menebarkan bunga-bunga indah…
Ulat-ulat membesar menjadi rama-rama cantik…
Awan mendung mencurahkan hujan yang menyubur duniaku…
Dan kau jadikan aku sunyi agar aku belajar mencari teman yang paling setia,
yang tak jemu mendengar keluhanku,
tidak pula meninggalkan aku saat susahku dan sentiasa membantu langkahku…
dan teman itu kutemu dalam sujudku…
terima kasih ya Allah kerana tidak pernah melupakan aku walau hina mana pun aku…
Posted by theonlywan at 5:57 PM 0 comments
Aku meniti di Titian Asli
Posted by theonlywan at 5:27 PM 0 comments
Aku harap aku salah!
Semalam 22hb 4 2009 hampir pukul 9.30 malam sedang aku seronok berborak dengan familyku tiba tiba mataku tertarik pada kaca tv. Aku yang pada mulanya tidak tahu apa yang tertera dikaca tv semakin semangat merenung, begitu juga ibu dan kakakku… apa yang kami nampak dalam gambar yang dikaburkan itu agak mengejutkan aku… video yang tertulis dibawahnya ‘rakaman daripada youtube’ menunjukkan seorang perempuan menendang nendang seorang budak kecil sekitar umur 3 tahun. Bilamana budak kecil itu cuba bangun dia ditendang lagi hingga tersungkur lagi. Bukan sekali bukan dua tapi terlalu banyak hingga yang akhirnya menunjukkan perempuan jahat tu memijak atas budak tu.
Ya Allah manusiakah tu? Tapi aku tak pasti apakah yang aku lihat itu benar atau ada kisah lain disebaliknya kerana video tu sebenarnya ditayang dipenghujung rancangan 360 dan aku tak dengar apa yang diulas oleh mazidul tentang video tu. Tapi mengikut apa yang mata aku lihat perbuatan tu memang diluar norma kemanusiaan… ia benar-benar mengejutkan kami sekeluarga hingga kami rasa apa yang kami lihat adalah salah dan kami berharap sangat ada orang yang beritahu kami “tu sebenarnya demonstrasi memijak bendera israil” or “tu sebenarnya proses merosakkan robot dari Jepun yang berbahaya pada manusia”.
Aku harap sangat sebab sampai sekarang aku masih terbayangkan video tu sampai aku rasa betul- betul tak tenang… tolong la sape-sape yang tahu pasal gambar tu katakana yang aku salah.
Posted by theonlywan at 5:11 PM 0 comments
Monday, May 18, 2009
merepek ala kerepek...
slm.setelah sekian lama aku tak bukak blog aku ni,akhirnya ari ni ada peluang jugak nak buang masa depan pc ni...
final for 2nd year 2nd sem dah lama berlalu,dah siap dapat result dah pun n alhamdulillah result
aku naik la sikit dari tahun b4 walaupun masa exam tu stress giler...
betul la teori yg mengatakan manusia akan jadi berganda2 lbh kuat dari biasa dalm keadaan terdesak n emergency...sekarang ni aku tengah ambil shortsem n honestly tension giler2.maybe sebab masa pendek tapi kena buat semua
benda...nak wat report trial kat court pun ambil masa lama sbb berkali2 pegi court pun blm tentu dapat wat report coz nak cari perbicaraan penuh bukan senang.mostly sebutan kes or jatuh hukum.kalu higher court plak
tak blh dapat gak coz most of the cases are appeal
case...so grup kitorang skrg ni tengah
cari solution for our problem.hopefully siap la report kitorang b4 madam mengamuk...hehehe
Posted by theonlywan at 2:28 PM 0 comments