CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 24, 2009

licik betul sang iblis ye...

hehehe.ni bukan contoh muka iblis...


Sesungguhnya iblis dah berjanji yang dia akan mengheret manusia bersama2nya ke neraka so demi menngotakan janjinya sang iblis yang di laknat ni pun start la membisik2 segala jenis hasutan ke telinga manusia... Tapi yang hebatnya iblis ni, diorang dah ada teknik tersendiri dalam menghasut yang mana bagi pandangan zie ia merupakan teknik menghasut yang agak effective... Tau x ape teknik tu? emmmm, iblis mempengaruhi manusia dengan cara menjadikan yang baik nampak buruk dan yg buruk nampak baik... Untuk pengetahuan semua,iblis sekarang dah tak guna ayat2 berikut: "hei manusia xpayah la solat!" or "hei manusia, pergi la dating" or "hei manusia,marah la kawan kau yang tak bersalah tu" or "curi la duit tu" or "sebarkan la fitnah kat dia, biar dia malu"....


ni merupakan teknik2 menghasut yang agak kolot,tapi kalau ada iblis yang masih guna tu mesti iblis yg duk pedalaman,kuno n kolot betol...


Sekarang ni iblis suke memutar belitkan fakta hingga benda buruk nampak macam baik je so kita pun buat la and menukarkan benda baik nampak macam buruk je so kita tinggalkan...

kalau iblis macam ni senang la kita karate kan?

nak contoh?


situasi 1) Bila kawan kita ckp pasal dosa couple before marriage, kita akan kate, aku islamic couple, bukan mcm couple2 lain. aku berkawan dgn Mamat tu kerana Allah...Kami tak pernah pergi dating berdua melainkan aku akan ajak adik aku yang umur 2 tahun tu sekali, so kami bertiga, x salah...lagi pulak, hari2 dia hantar mesej tazkirah kat aku tau...kami berhubungan lillahi taala...


pendapat zie: sejak bile pulak ada istilah islamic couple before marriage ni?islamic couple wujud after ijab n qabul jela...

kalau bawak ayah or abang kandung sekali masa pergi dating baru dianggap bertiga, setakat bawak adik kecik wat ape, baik bawak anak patung barbie...

Pasal tazkirah tu mmg nampak baik tapi kesannya x baik...sbb msg tu akan melalaikan si penerima?macammana? yela bila dpt msg je mula berangan smpai x ingat dunia.isi tazkirah tu langsung tak diambil pedoman.dalam otak just ingat, 'baiknye dia,beruntungnya aku' .so kat sini iblis dh berjaya mengubah bentuk cinta yang dilarang menjadi seolah2 benda yg digalakkan...





situasi 2) Bila kawan kita ajak pergi solat jemaah kat masjid, kita pun jawab, "Kau tau x nabi x galakkan perempuan solat kat masjid tau...boleh menimbulkan fitnah...x baik...dah la menimbulkan fitnah pada kaum lelaki pastu nanti timbul riak pulak...so xboleh la perempuan solat kt masjid,berdosa..."


pendapat zie: pulak dah,pergi solat jemaah kat masjid UIA yg x sampai 15 minit berjalan tu boleh bawak fitnah tapi pergi masjid jamek n masjid kristal takpe plak? lagi pulak pasal menimbulkan fitnah tu, bukan ke kita boleh elak? yang hang nk pusing masjid 13 kali tu kenapa...pergi pastu terus masuk n duk senyap2, n time keluar masjid elak la dari lalu kawasan muslimin, x la timbul fitnah...isy3 iblis bejaya lagi...





situasi 3) bilamana kita sedang jalan2 kat pasar malam, nampak seorang pengemis tua x berkaki, tangan kita pun capai purse pastu nak wat kluar duit tiba2 iblis berbisik, 'baik jgn bagi sbb kalau bagi kita makin mendorong dia utk mengemis, dia ada tangan lagi biar la dia usaha sendiri, x baik bersubahat'...lalu duit tadi kita masukkan balik dalam purse...iblis pun kate horey2...


pendapat zie: pandai btul si iblis menghasut kan tapi kalau kita fikirkan janji Tuhan yg tangan di atas tu lebih baik dari tangan dibawah kita takkan fikir panjang pun utk derma... begitu jugak bila ada org2 muda yg muka2 alim je dtg rumah kita mintak derma nk bina surau katanya, iblis pun berbisik kata mungkin dia menipu so baik x payah bagi, kita pun x bagi...bagi zie la,xkesah la dia nk menipu ke ape tp kalau betul byk pahala kita dapat,kalau dia menipu tu hal dia dgn Tuhan tapi pahala kta bersedekah still dapat kan sbb niat kita baik...





situasi 4) Lepas solat kat masjid tiba2 ramai jemaah bangun utk solat sunat, kita pun rase nk solat jugak, iblis pun berbisik, 'kau solat sunat pun xdpt ape2 gak sbb kau buat kerana ikut org. Baik jgn solat sbb nanti kau riak dpn org, dh la x dpt pahala, Tuhan marah plak sbb riak...' kita pun batalkan niat nk solat...welldone iblis...


pendapat zie: riak x riak tu soal nombor dua, yang penting kita wat dulu... bila dh kita biasa iblis pun dah malas nk bisik2 kat kita...kalau x silap sorang ustaz pernah cakap, orang yang x solat sunat semata2 sbb takut dia riak dengan amalannya maka itulah riak yg sebenarnya... isy2 nak buat takut nanti riak tapi kalau xbuat pun dikira riak so macammana? baik buat kan...sekurang2nya tu proses tarbiah diri gak...and sekaligus InsyaAllah dpt pahala...


conclusion: Tak semua benda yg kita nampak baik itu baik dan x semua yg kita nampak jahat itu jahat, kita diberi aqal so fikirla dengan bijaksana berlandaskan iman bukannya nafsu...
selamat sama2 beramal...

0 comments: