CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, July 12, 2009

Cerita sedih dari Afrika...("_,")


Setelah 2 minggu berbahagia dirumah zie kembali kepangkuan ibu angkat zie Mrs.UIA... Tiba2 je rasa nk citer satu kisah sedih yg berlaku kpd sorang budak 2 minggu lepas...

alkisah citernya macamni...

Malam tu budak tu excited tahap infiniti sbb beliau akan bertolak pulang ke kampung halaman beliau setelah 2 bulan di perantauan... Punya excited sampaikan beliau telah menapak ke stesen bus sblum pukul 9mlm sedangkan tiket beliau pukul 10.30mlm...

berbekalkan duit RM4.50 biliau bersama 3 kawan yg lain pun naik texi dan setelah bayar RM2 utk tambang texi maka hanya tinggal RM 2.50 dlm purse beliau tapi xkisah sbb dlm kepala beliau esok beliau boleh makan kueytiaw goreng di rumah.beliau pun tunggu la bus...kebetulan mlm tu kebanyakan bus dtg lambat dari masa sepatutnya so beliau pun trus tunggu dgn sabarnya...pukul 10mlm,sahabat beliau yg menaiki bus ke kelantan pun mengucap babai kpd beliau dan kini tinggllah beliau bersama 5 org penumpang lain disitu...disaat itu perut beliau mula main seruling.mata beliau menatap sayu kearah sebuah kedai makan yg tertulis "laksa utara"...dalam hati beliau berharap dapat makan semangkuk tapi apakan daya duit ada RM2.30 and paling kurang laksa tu berharga RM3...so berangan jela beliau kat situ...

Pukul 10.20 sebuah bus Adik Beradik yg terlekat nombor '1' padanya sampai...

Beliau pun tengok tiket beliau, dan jelas tertera pada tiket beliau bus pukul 10.30 dari Hentian Putra so nk sampai kat tempat tersebut mungkin dekat pukul 11 so x logic la tu bus yg patut beliau naiki lagipun bus yg sepatitnya beliau naiki bernombor '2'...beliau pun ignore jela bus tu..

Pukul 11.10 minit satu bus dtg tapi bukan Adik Beradik dan 5 orang yg menunggu bus dgn beliau pun berlalu la dan kini tinggal la beliau sorang kat situ...beliau mula rasa seram2 kuku...dlm hati,beliau berdoa agar bus beliau segera sampai...

11.30 bus tak sampai lagi, beliau ddah start nak nangis. Kalau ditakdirkan bus tak sampai jugak terpaksalah beliau balik semula ke UIA tapi masalahnya duit just ada RM2.50, macam mana nak naik texi,tadi xpe la mongsi ramai2...

Pukul 11.40 bus still xde, beliau pun dah buntu, tiba2 beliau teringat sepupu beliau yg duduk kat Gombak jugak so beliau pun try la mesej kot2 dapat tolong something. Dengar je kisah sedih beliau sepupu beliau pun suruh beliau tunggu sebab dia nak datang ambik beliau...Dia pun tunggu,and utk hilangkan takut beliau call sahabat beliau yg masih berada di UIA. Sahabat beliau beria2 mahu menjemput beliau kerana risaukan keselamatan beliau, tapi beliau tolak sbb spupu beliau dah ontheway...beliau call just sekadar nk menenangkan diri sendiri...

Dalam keadaan yg amat sedih tu beliau mengecall ayah beliau utk memberitahu ketidakjadian beliau utk pulang...Ayah beliau terpaksa mengulang soalan berulangkali kerana beliau terlalu sebak utk bercerita panjang...Mujur lah sepupunya ada so ayahnya tidaklah terlalu risau.

Pukul 12.10pg spupu beliau pun dtg dan menghantar beliau pulang kembali keUIA dan memberi RM20 kpd beliau utk sarapan.

Keesokannya ayah beliau memberitahu beliau yg ayahnya telah mengecall syarikat bus terbabit dan syarikat bus terbabit menyuruh beliau naik bus hari tersebut yg akan bertolak pukul 12 tengahari tanpa perlu membeli tiket lain... so tepat pukul 11.30 sepupu beliau sekali lgi disusahkan dgn menghantar beliau ke stesen...dan akhirnya beliau boleh balik rumah...hehehe

Yang beliau tak puas hati ialah syarikat bus terbabit menyalahkan beliau dgn berkata:

"salah awak jugak,yang awak tak tanya pemandu bus yg datang pukul 10.20mlm tu kenapa?ada perubahan pada waktu perjalanan bus dan sepatutnya malam tu ada 2 buah bus tapi atas sbb technical kami sedia sebuah je...so bus awak di awalkan. awak sepatutnya tanya..."

Dan sampai sekarang beliau tertanya2 "salah aku ke?"

0 comments: