CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 10, 2009

Lemahnya Umat Islam Kini!!!

Memang sdh nk mengakui yg umat Islam sekarang semakin lemah tapi itulah hakikat yg mesti diterima semua... contoh terdekat apa yg berlaku kat Narathiwat beberapa hari lalu bilamana sebelas org jemaah yg sdg solat di masjid al-Furqan ditembak mati oleh org yg tak dikenali...sampai begitu sekali beraninya manusia biadab memijak umat Islam. Kalau masjid pun diorang berani serang tak mustahil kat mana2 pun pembunuhan umat Islam blh berlaku.

Ini merupakan serangan plg buruk dlm 5 tahun slps yang berlaku pd 2004. Sangat menakutkan bagi kita yg x pernah merasai saat2 sebegitu. Bayangkan jika rumah kita hanya beberapa meter dr masjid dan tiba2 kedengaran bunyi tembakan bertalu2 dlm masjid dan pd masa yg sama kita tahu ada ahli keluarga kita di masjid tu. Sedih, takut, marah semua perasaan bercampur baur...

Sebenarnya Kes penindasan umat Islam berlaku hampir dimana saja didunia dan kalau dibuat list lbh dari satu kertas kajang. Aku cuba senaraikan tmpt2 dimana umat Islam ditindas:

Palestin, Iraq, Kashmir, Selatan Thai, Selatan Filipina, Bosnia, Kosovo, Ambun, Aceh, Chechnya, Afghanistan, Sri Lanka dll. (maaf kalau ada yg salah)

Sebenarnya byk lagi tapi had pengetahuan aku membataskan aku menulis dgn lbh byk...
Apa yg aku ingin tekan disini kenapa umat Islam kini terlalu mudah dipijak2, dibunuh, disembelih, dibakar hidup2 dan mcm lagi tindakan kejam... Adakah kerana umat Islam x sekuat dulu? terbayang aku zaman permulaan Islam bilamana org yg memeluk Islam akan didera dgn kejam seperti Bilal bin Rabah. Tapi tu ketika Islam baru mula bercahaya, bilamana Islam kuat seperti dizaman Rasulullah and Sahabat, Islam umpama cahaya yg menyilaukan pandangan org bukan Islam sehingga mereka tak berani langsung mengutuk org Islam apatah lagi bertindak kejam... Tapi kini kita lihat Islam tak bercahaya seperti dulu. Bukan kerana hilangnya kehebatan Islam sbb Islam sentiasa bercahaya terang sejak dulu dan akan kekal hingga ke hari kiamat tapi cahaya Islam tu ditutup oleh umat Islam tu sendiri hingga ia kelihatan malap dan suram...macammana?bilamana umat Islam x lagi menjadikan Islam sebagai satu cara hidup x kira la dari aspek politik, perundangan, social and semua aspek. Orang bukan Islam tak lagi nampak taring umat islam dan tak lagi tersilau dgn cahaya Islam kerana itulah mereka tanpa rasa bersalah menindas umat Islam...
p/s wahai umat Islam yg menjadikan kalimah syahadah teras kehidupan, kembalilah kejalan yg Allah tetapkan kerana hanya kat situ ada kejayaan... Cahaya Islam pasti menyerlah kembali!!!! Membangun bersama Islam!!!


0 comments: