Minggu ni di kaca2 tv sibuk dgn rancangan2 atau drama2 berkisah tentang seorang ayah. Kata mereka Hari Bapa. Mungkin bagi sesetengah org hari2 adalah hari bapa tapi x salah kiranya kita jadikan satu hari, @ satu minggu, @ satu bulan dalam setahun sbg hari yg paling special bg kita meraikan seorang bernama Ibu & Bapa.Kalau setiap hari, kita menelifon beliau bertanya khabar, maka hari special ni kita bukan bertanya khabar tapi iringi dengan pemberian hadiah atau ucapan2 penghargaan. Hari special seperti inilah kita nak buktikan pada mereka betapa sayangnya kita pada mereka... Sayang bukan sekadar perasaan yg ada dlm sebuku darah bernama hati tapi ia adalah nadi yg menggerakkan seluruh sel & organ badan utk membuktikan perasaan tersebut kerana manusia sifatnya lemah, xmamapu melihat apa yg ada dlm hati melainkan apa yg terzahir dari perbuatan.
Kepada insan2 bergelar anak, tunjuklah sebanyak manapun perasaan sayang kita terhadap insan bergelar ibu bapa selagi hayat kita masih ada. Kerana kita x pernah tahu bila ajal kita akan datang menjemput jgn nanti kita menyesal kerana keegoaan kita. Andai kita masih sebumbung dgn ibu bapa kita jadikanlah amalan mencium tangan mereka setiap kali keluar rumah, dan luangkanlah masa sebanyak2 dgn meraka walaupun utk berbual sesuatu yg kosong.
Dan andainya kalian duduk jauh dari mereka, selalulah menghubungi mereka, bertanya khabar dan berbual2 sepuasnya. Ingatlah bahawa ingatan seorang ank terhadap ibu bapanya adalah satu kebahagiaan buat mereka. Dan saat kita menyibukkan diri mengingati ibu bapa kita pasti malaikat juga sibuk menambah pahala kebaikan terhadap kita...Xkan rugi andai kita menghabiskan kredit demi membahagiakan ibu bapa kita daripada kita membuang kredit bergayut dengan buah hati yg saban hari menambah dosa dibahu kita...
"Ibu, perit kesakitan kau tanggung saat melahirkan anak2mu, kau sembunyikan dengan senyuman bahagia...
Ibu, sakit hatimu menahan kanakalan anak2mu kini, kau sembuhkan dengan tangisan dibelakang kami, tidak pula kau lepaskan dengan sumpah seranah...
Ibu, betapa jahat pun kami padamu, kau tak pernah lupa mendoakan kebaikan buat kami dalam setiap solatmu..."
"Ayah, keringat kau mengalir tak henti, dari pagi kau membanting tulang buat kami hingga petang kau masih tak berhenti...
Ayah, kerutan usiamu tak pernah kau pedulikan, keterbatasan kudratmu kau letak ditepi, demi kami kau berkorban segalanya...
Ayah, setiap silap kami kau tak pernah biar kami hanyut, kau pimpin kami kami kepangkal walaupun kau juga turut terluka saat itu..."
"Ya Allah, kau kurniakan seorang Ibu dan seorang Ayah yang cukup hebat dalam hidup kami, Kau jadikan bahu mereka cukup teguh menggalas bebanan, Kau jadikan hati mereka cukup cekal hadapi kelukaan,Kau jadikan meraka insan yang tak pernah kenal kepenatan...
Yang Allah, sungguh kami kasihi meraka melebihi diri kami, sungguh kami sayang mereka lebih dari raga kami...
"Ya Allah sesungguhnya aku menjadi saksi bahawa ibu bapaku merupakan insan yang cukup hebat, kami pohon belas kasihmu agar redhai mereka didunia dan akhirat, agar Kau balasi penat jerih mereka dengan pahala menggunung, agar Kau jauhi mereka dari panas nerakaMu dan agar Kau hadiahi mahligai terindah disyurgaMu buat mereka dan andainya kami layak kesyurgaMu maka temuikanlah kami disana...Amin Ya Rabbil Alamin..."
0 comments:
Post a Comment