CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 18, 2009

Jangan merungut...

Setiap hari pasti kita akan dengar bermacam2 rungutan manusia, antaranya:
>I takde duit la.xblh la nk makan lauk ayam arini...benci betul,parents I x bank in lg duit...
>I tak pandai la... belajar byk2 pun xleh jwb gak exam, baik xyah study...
>wife I tak lawa la,x macam wife u. hari2 pakai kain batik dgn tshirt lusuh...I nk kawin satu lagi la...
>Husband I tu ntah ape2 la.kedekut! Org lain semua dh tukar kereta, dia still guna motor je.
>U ni lawa la...best la u Tuhan bagi muka lawa, body slim...I ni xde ape2...
>Isy3, dia tu beli baju baru lagi...bestnye, kalau la I ada duit byk mcm dia...
>I malu la nk outing, I gemuk,xleh la nk pakai baju fit2.
>Bila lah kita nak kaye mcm diorang tu ye...kerja mcm nk rak tapi x kaye2.

Ni antara rungutannya tapi sebenarnya byk lagi juz si pemerhati dh beku otak nk fikir.
Bagi yg suka sgt guna ayat2 kat atas ni, mulai dari sekarang kurangkanlah kerana ayat2 diatas menunjukkan betapa tak bersyukurnya anda dgn apa yg ada...pasti ada hikmah Tuhan cipta kekurangan anda. Contohnya, kekurangan fizikal akan menjauhkan kita dari sifat riak dan takabur. Bayangkan andai anda mempunyai wajah yg cantik, body yg menarik dan sifat yg mengancam, ape guarantee yg anda xkan jadi sombong...

Bagi kekurangan harta pula, pernahkah anda terfikir yg terlalu ramai lagi insan2 yg diuji jauh lbh teruk...di Malaysia plg kurang makan nasi dgn garam or air tawar o maybe siput babi tapi kat luar negara cntohnya Somalia,hari2 ada kematian akibat kebuluran. Mereka merayu untuk dapatkan sesudu makanan bg mengalas perut utk seminggu tapi kita makanan kurang enak, dh mcm2 seranah yg keluar.

Si pemerhati tiba2 teringat kisah seorang sahabat yg bertanya pd Rasulullah,;
'bukankah tidak adil andainya Allah cipta seorg kaya yg soleh dan rajin beribadat dan seorg miskin yg juga soleh dan rajin beribadat. Yang kaya blh bersedekah dan buat amal sebanyaknya dgn hartanya tapi si miskin hanya blh menggunakan tulang empat keratnya utk beribadat...'
Lantas Rasulullah menjawab antara maksudnya, 'sesungguhnya Allah itu maha adil. sedekah bg org miskin ialah zikirnya.. dan pahala org yg berzikir dlm keadaan lapar pasti lbh besar dari org yg berzikir dlm keadaan hatinya tenang tanpa masalah...'
Kisah tersebut menunjukkan yg setiap org amalannya dihitung dgn cara berbeza. Org miskin pasti ada bahagiannya. So tak perlu ada iri hati antara mereka kerana org miski bilaman dia bersyukur, alangkah besar rahmat yg bakal diperoleh selain nikmat miskin akan menambah kekuatan imannya kepada Allah.

Manakala bagi yg suka merungut kekurangan pasangan mereka, fikirkanlah betapa untungnya andai mepunyai pasangan didunia. Kerana masih ramai diluar sana org yg mencari teman hidup tapi masih tidak dipertemukan Allah. Dan ingatlah tiada manusia yg sempurna didunia. Allah sudah ciptakan seorang suami adalah pelengkap isterinya begitu juga seorang isteri adalah pelengkap suaminya...Andai anda belajar menerimanya ikhlas kerana Allah pasti anda hanya akan lihat kelebihannya dan pasti Allah sembunyikan kekurangannya.

Conclusion: tak salah andainya anda merasa tidak cukup dgn apa yg ada tetapi jgn lah dengan cara merungut hingga blh mengurangkan keyakinan pada Allah. jadikanlah perasaan itu sebagai satu dorongan untuk kita lebih maju kedepan. Sesungguhnya Allah suka org yg mengejar kehidupan dunia seolah2 dia akan hidup seribu tahun lagi tapi dalam mengejar kehidupan dunia wajib kita beribadat seolah2 kita akan mati bila2 masa...
Ingatlah bahawa seorang muslim yg baik ialah yg hari ini lbh baik dari semalam dan esok lbh baik dari hari ini...
"jika anda sentiasa ingin memecahkan rekod org lain, sampai satu masa anda akan behenti berusaha bilaman rekod tercapai... tapi sekiranya anda sentiasa berlumba2 utk memecahkan rekod sendiri, maka anda akan terus berusaha sampai mati...pilihan ditangan anda..."

0 comments: