Pernahkah anda berada disatu posisi dimana anda dimalukan dan diaibkan oleh seseorg? Atau mungkinkah anda adalah seorg yg suka memalukan dan mengaibkan org lain? Pernahkah anda terfikir yg mungkin perbuatan atau percakapan anda sangat2 mengaibkan org tanpa anda sedari. Kadang2 halnya kecil bagi anda tapi ianya membawa malu yg besar pada kawan anda. Contoh situasinya:
1)Bilamana didalam kelas, lecturer anda menegur seorang student, “Brother at the back, are u sleeping or juz closing ur eyes? Please pay attention on my lecture.”… Saat tu anda apelagi terus pusingkan kepala mencari mana brother yg baru je ditegur kerana tidur. Anda bukan sekadar tengok tapi siap buat gelak kecil macam la klakar sangat benda tu. Maka malu besar la sahabat anda yg tidur tadi. Tak cukup dikelas, time on the way balik sempat lagi anda beritahu sahabat anda yg lain, “eh,kau tahu x sape yg tidur tadi? Si Ajis la, sape lagi. Dia tu mmg suke tidur kan…” Sekarang malu si Ajis tadi akan makin merebak kerana mulut busuk anda…
2)Bilamana seorg kawan anda yg belari2 anak tersadung batu lantas tersungkur ketanah. Anda yg sedang menonton apalagi gelak la, bukannya nk tolong. Siap buat2 concern “hahahaha,kau ni kenapa? Xde mata ke? Batu besar tu pun kau nk langgar…Malu aku nk mengaku kawan…hahahaha” kawan anda yg jatuh tadi bukan sekadar sakit badan sbb jatuh tapi juga sakit hati dan malu akibat tindakan anda mentertawakannya.
3)Bilamana sahabat anda berbisik pada anda, “kalu kau nk gi cafĂ© pergi la dulu ek, aku nk balik bilik jap nk mandi, sebenarnya aku pergi class tadi tak mandi lagi sbb tak smpat, bangun lambat…hehehe” anda yg bermulut busuk apalagi sound la kuat2 kononnya nk bergurau tapi tanpa sedar anda dh memalukan sahabat anda sekaligus menyakitkan hatinya. Soundnya biasanya brbunyi begini, “ape? Kau takmandi lagi? Patutla dari tadi aku ada bau busuk something, kau rupanya…hahahahaha” kalau suara anda sekadar didengar anda berdua boleh dimaafkanlah tapi kadang2 satu blok blh dengar suara nyaring anda.
Ni tiga situasi yg biasa sangat diperhatikan oleh si pemerhati. Kalau ikutkan banyak lagi tapi nti post ni dh boleh jadi novel plak kang… Ape yg ingin ditekankan disini, ape pun perbuatan @ percakapan yg ingin anda expresskan pastikan ia takkan melukakan dan mengaibkan sesiapa. Dan andanya anda ada mengetahui kisah aib sahabat anda, sembunyikanlah agar tiada org lain lagi yg bakal tahu…Ingatlah bahawa setiap kali kita membuka aib org lain pasti Allah akan membuka sepuluh aib kita dan bila kita berusaha menutup aib org lain InsyaAllah Allah juga akan menutup aib kita didunia dan diakhirat kelak…
2 comments:
maafkan segala salah silap.. mybe sy xsedar kesalahan sndiri...huhu. maaf deh
sahabatku...
tiada kesalahan yg harus kumaafkan...hehehe
nor xpenoh wat saloh ke zie...
Post a Comment