CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 20, 2009

Buang Bayi lagi?


Sedih bila baca Metro arini. Kes buang bayi lagi and kali ni rase malu plak si pemerhati bilamana kejadian tu berlaku kat Kuala Terengganu and lebih parah lagi kat Seberang Takir... Mjur la Seberang Takir tu besar so bkn la kat Kg si pemerhati sgt, juz dkt2 la...

Di khabarkan bayi tu masih hidup dan ditemui oleh sorang bdk perempuan kat situ. Juz imagine klau bayi tu mati mcm mana? Takke makin bertambah2 dosa org yg buang bayi tu?

Yang si pemerhati tak faham macam mana boleh ada kes buang bayi? Bila ad je kes buang bayi memang susah kita nk husnu zhon kat si pembuang bayi tu melainkan kita akan kata anak tu mesti anak lur nikah, kalau tak, takkan dia nk buang kan? And bila dah nama anak luar nikah mmg tak boleh lari daripada kata yg 'mak bapak' diorang dah buat hubungan luar perkahwinan...

Kat sini kita boleh tengok rosaknya remaja sekarang...Sedih!sedih!sedih! Orang yang bergelar islam tapi blh buat benda2 terkutuk macam tu...Nak salahkan siapa? Ibu mengandung? or ayah yang membesarkan? Macamna budak perempuan tu boleh terfikir nk buat hubungan haram pastu lahirkan anak haram pastu buang...Yang paling sedih saat ni maybe mak ayah diorang sbb org akan tanya 'anak sape yg buat kerja terkutuk ni?'...so yg kene mak ayah jugak...Maybe bagi perempuan yg buang anak tu ini adalah 'hadiah' sempena hari bapa buat ayahanda tercinta.

Bahagia ke mak ayah dia dapat hadiah berupa kejutan macam tu di saat mak ayah org lain dpt hadiah kasih sayang tapi diorang dapat contengan crayon di muka diorang...

Dimana kurangnya didikan hingga si perempuan tadi sanggup wat camtu? kurang didikan di sekolah ke? atau mungkinkah si ibu bapa kurang menekankan aspek agama dlm hidup anaknya...Semua tu tak tercapai ke pengetahuan si pemerhati...

teringat si pemerhati kisah seorang bdk perempuan yg agak sosial hidupnya. Terlalu ramai kawan2 lelaki sampai membonceng motor bdk lelaki bkn satu kesalahan lagi baginya. Tu belum masuk hal pakaiannya, masya Allah...pakai baju adik dia agaknya... perangai si bdk perempuan tadi di sedari seorang pakcik di kampung tersebut lantas pakcik tersebut menasihati si ibu bapa agar lebih 'menjaga' anak gadis mereka agar tidak terus hanyut...kebetulan pakcik tadi ada hubungan persaudaraan dgn keluarga tersebut jadi beliau merasa perlu berbuat begitu...

Tapi malangnya nasihat tersebut dipandang oleh keluarga tersebut sebagai 'menyibuk dan menjaga tepi kain org' lantas seluruh ahli keluarga tersebut cuba mendefend gadis tersebut dan mengatakan dia baik(takde mata agaknya diorang)...Sedih betul bila niat baik pakcik tersebut disalah erti. Apa yg membimbangkan ialah sikap ahli keluarga tersebut yg terlalu sayang gadis tersebut sehingga sanggup membutakan mata melihat salah laku gadis tersebut...Itu ke dipanggil sayang...Bagi si pemerhati kalau ibu bapa sayang dia akan sentiasa menegur dan membetulkan dan andai si anak berdegil tak salah kalau diajar dgn sedikit kekerasan...

Harap2 ibu bapa yg bergelar Islam akan cari jln terbaik bagi mendidik anak2 mereka terutamanya dlm aspek keagamaan...Hidup umpama sebuah kapal dan yg mengemudi ke destinasi Tuhan hanyalah Iman dan Islam...

Kepada diri sendiri dan semua gadis2 jagalah maruahmu dan maruah keluargamu kerana tanpanya kau ibarat kain buruk yg layak dipijak cuma...

wahai gadis, jadilah seperti mawar berduri...



Ya Allah peliharalah aku, ibu bapaku, adik beradikku, sanak saudaraku dan sahabat2ku dari segala keburukan di dunia dan akhirat...

Berilah petunjuk dan hidayahmu dalam setiap langkah kami agar kami sentiasa di jln org2 yang Kau beri nikmat dan semoga kami jauh dari jalan org yg Kau murkai dan dari jalan org yg sesat...

4 comments:

Cucu Dagang (CD) said...

Kat Seberang Takir? Innalillah..
kat area mane tu? x dan bace metro semalam, line sengal. Takutnye lah..

hijanah said...

sodihnya...beratnya tugas kite.. tak tau nak jawab pe depan Allah nanti...zi da buat..tinggal sy la lagi

theonlywan said...

>cucu dagang

kat Kg Baru...Mjur bkn Kg Duyong or Kg teluk ktapang..hehehe. tapi risau gok sbb takut kwn adik2 kita...mitok Allah jauh la dr family kita...

theonlywan said...

>hijanah

zie da buat? mane ada zie wat nape2. stakat tulis skit psl ni xmampu nk wi jaminan slmt dri disoal psl ni kat akhirat kelak...cmne nk wat ek? jom kita fikir same2 ^,^