Entah sebab ape zie rasa bulan Ramadhan ni macam sebuah taman tema. Genting Highland maybe. Untuk masuk kesitu memrlukan tiket yang agak mahal. Tiket nyawa yang dikurnia Allah dan juga tiket keupayaan tubuh badan. Dah ada tiket, boleh la masuk dalam. Masuk je dalam taman tema Ramadhan ni, kita disajikan dengan macam2 keseronokan, kegembiraan dan kepuasan. Tapi semua orang ke boleh rasa kegembiraan, keseronokan dan kepuasan ni? Mesti la tak. Mungkin ramai yang Allah dah beri tiket untuk masuk ke situ tapi tak time keluar macam2 perasaan yang ada. Bergantung pada adakah dia menghayati Taman tema tersebut. Pemilik Taman Tema Ramadhan ni dah sediakan macam2 mainan. Ada yang jenis meluncur,ada yang jenis berayun dan ada yang jenis terangkat. Semuanya ada kelebihannya. Ada yang menguji semangat, ada yang menguji kekuatan fizikal dan ada juga yang menguji mental...Sebenarnya kalau dikaji setiap orang yang keluar dari taman tema Ramadhan mesti beribu jawapan yang kita dapat,antaranya:
1)orang yang ada tiket dan dapat masuk tapi just round2 je.Tengok persekitaran.
kataku: amacam kat dalam? best?
katanya: entah... macam biasa je... tapi meriah betul ramadhan kan?ada bazar...
Kataku: Kau tak pose ke?
katanya: tak,malas
kataku: Tak rasa rugi ke?
katanya: tak,tahun depan ada lagi.tahun depan jela pose...
kataku: tu pun kalau ada tiket...
Jenis ni, dia masih bernyawa tapi bulan ramadhan tak bawa erti padanya.Puase tak apatah lagi nak bertarawih or solat sunat or tadarus...
Dia ni sangat2 la rugi.
2)Yang kedua macam gak yang pertama,diberi tiket oleh Allah tapi better skit dari yang pertama sebab masuk je taman tema ni dia wat something selain dari just round2. Buat ape? hehehe mesti la dia akan cari permainan yang paling famous. 'Puasa Coaster'...
kataku: so amacam? best dalam taman tema ramadhan ni?
katanya: boleh la...
kataku: kau pose?
katanya: mestilah. Ni kan bulan pose...
Kataku: terawikh?
katanya: yang tu tak wajib kan? aku wat yang wajib je. Yang sunat biar orang2 baik dah la yang buat.
Kataku: Rugilah tak terawikh. Bukan selalu pun...
Katanya: oklah, tahun depan aku dapat hidayah aku pergilah...
Kataku: sebelum nak dapat hidayah kena dapat tiket dulu...
Jenis ni mmg better daripada yang pertama tapi dia still rugi kan. Bila dia keluar dari taman tema tu dia just boleh bawa keseronokan meluncur di puasa coaster. Mainan lain dia tak alami...
Kalau orang citer pasal bestnya mainan2 lain dia hanya akan tenganga.
3) Jenis ketiga ni, dapat je tiket dari Allah, dia jadi sangat2 excited, semua benda dia nak rasa, puasa coaster, terawikh ship, tahajjud spinner, tadarus cockscrew, sedekah flume ride and macam2 lagi... Cara dia menghayati setiap keseronokan dalam taman tema seolah2 dia pasti yang dia takkan dapat lagi tiket nak masuk ke situ... dia langsung tak kisah badan dah berpeluh, kaki dah bengkak, mata dah sembab, asalkan dia puas... bila dia keluar dari taman dia akan senyum memanjang...
Kataku: amacam taman tema ni? best?
katanya: mestila sangat sangat la bestnya. macam2 ada. Semua benda kat dalam tu aku try, best giler2. berbaloi dapat tiket free...
kataku: lain kali kalau dapat tiket lagi, nak masuk?
katanya: mestilah nak masuk... nak main semua benda sekali lagi...kalau dapat masuk tak payah keluar mesti lagi best kan...
kataku: InsyaAllah ada lagi tiket untuk kita tahun depan...
So sahabat2 semua, antara 3 orang kat atas ni yang mana anda nak pilih? pilihan ditangan anda. Tapi jangan kerana ia ditangan anda anda sambil lewa wat keputusan sebab apa pun keputusan kita ia akan effect kehidupan kita kat sini dan kat 'sana'. ingatlah sesungguhnya golongan yang ramai ialah golongan yang menyesal dengan masa lalu mereka sedangkan mereka tak mampu nak putarkan balik...
I'm proud to be anak penternak..
-
Umur zie dah hampir2 nk ke penghujung 20-an..Dan sepanjang tu zie dah
menyaksikan teeeerlalu byk pengorbanan seorang lelaki bernama ayah n
seorang wanit...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment