Semalam 16 ogos 2009,hari yg cukup bermakna bagi zie. Buka je mata pagi tu terus zie capai hanset and terus dail no 'ayahku sayang'. Memang jadi kewajipan zie ucap besday kat family walaupun just melalui telefon tapi ia cukup bermakna, cukup penting...Semalam genap lah ulang tahun kelahirannya yang ke 56.
Ayah, insan terhebat dalam hidupku. Bagi sesetengah anak perempuan, hanya emak tempat mengadu segala hal kerana kadang2 hubungan ayah dan anak perempuan tak serapat hubungan dengan emak tapi bagi zie zie rapat dengan keduanya. Zie tak pernah segan nak kongsi segala dengan ayah. Mungkin kerana duduk berjauhan, zie banyak call ayah untuk mintak izin atau minta pandangan tentang sesuatu kekeliruan. tapi biasanya bila zie ada benda yang nak zie ceritakan zie akan cerita kepada kedua2 emak and ayah. tak kesah la kena ulang perkara yang sama 2 kali.
Sebenarnya ayah memang memainkan peranan yang sangat penting terutamanya dalam membuat keputusan untuk zie. Ayah bukan jenis diktator yg wat keputusan mandatory tapi kebanyakan keadaan ayah akan bagi clue untuk zie fikir sendiri keputusannya.
Contohnya masa zie form one. Mula2 zie dapat masuk ke SMAASZA(sekolah agama), tapi seminggu lepas tu zie dapat tawaran ke MRSM. bukan main happy zie masa tu tp apapun zie kena tanya pendapat ayah. Masa tu ayah just kata "R*** rasa mana yang lebih baik? SMAASZA ke MRSM?" zie keliru, ayah nak suruh zie pilih yang mana ni? Akhirnya setelah zie fikir,mesti la SMAASZA lebih baik, ada bahasa arab, ada subject agama. Masa tu berat gak nak wat pilihan sebab zie minat sangat2 kat sains tapi takpe SMAAASZA pun ada Sains. Zie pun pilih SMAASZA. Ayah senyum dengan pilihan zie. Sebelum PMR, ramai kawan2 yg ambil borag nak masuk MRSM. sekali lagi zie rasa nak gi MRSM. Zie tanya ayah, kali ni jawapannya still berbentuk soalan tapi benar2 wat zie faham keinginan ayah, kata ayah "R*** nak gi MRSM?" Soalan tu berat bagi zie sebab ia menunjukkan yang ayah zie kurang suka zie tinggalkan SMAASZA. Sekali lagi zie kekal kat SMAASZA. Kali ketiga bila habis PMR. Masa tu result zie melayakkan nama zie masuk ke kelas 4 sains 1. Tapi tiba2 zie rasa macam nak ambil aliran Thanawi (ie,belajar 10 subject SPM-Prinsip akaun and perdagangan + 15 subject STAM) zie tanya pandangan ayah setelah zie terangkan perbezaan keduanya. Ayah kata "Thanawi belajar banyak subject agama.sains plop ada subject sains tulen hak R*** minat tapi R*** kena fikir apa hak R*** perlukan dalam hidup. Ayah tak bangga kalau anak ayah jadi doktor sekalipun kalau agamanya kurang tapi ayah lagi bangga kalau anak ayah banyak ilmu agama." Tulah kata2 ayah hak buat zie yakin yang zie perlu pilih Thanawi memandangkan ilmu zie tentang agama sangat kurang. Kata2nya mungkin simple tapi mampu mengubah stereng hidup zie. Dan kerana kata2 tulah zie terus ambil aliran yang ada teras agama. Sekarang zie ambil double degree law dan syariah. Ibarat kata ayah biar balance dunia and akhirat...Begitulah hebatnya pengaruh ayah dalam hidup zie.
Sebenarnya banyak zie nak cerita pasal ayah zie tapi masa tak mengizinkan. Serba ringkas pasal ayah:
Ayah kerja sendiri je. bela itik, kambing, ayam and lembu. Antara kebaikan kerja sendiri ialah hampir seluruh masa ayah ada kat rumah so kami boleh consult masalah kami dengannya bila2 masa.Beruntungnya ada ayah macam ayah.
Ayah seorang yang kelakar tapi tegas bila keadaan memerlukan.sayang ayah sangat2.
Sangat menitik beratkan islamic manner dalam kehidupan anak2nya terutamanya dlm pergaulan dan pemakaian. You are the best, ayah
Ayah tak pernah merungut walaupun kerjanya sangat berat. Walaupun peluh dah membasahi badan pun ayah still senyum...sayang ayah.
Paling tak suka tengok anak2nya bermasam muka sesama sendiri. Pasti ada jalan ayah cari untuk mendamaikan...Love u ayah.
Baru2 ni ayah wat zie terharu walaupun sebelum ni dah banyak kali zie terharu. Minggu lepas zie dapat msg dari kaklong zie, katanya ayah bilikan baju raya ke zie. Pelik gak, bukan ke zie dah ada 2 baju raya? mengikut kaklong ayah komen kata baju zie tak lawa. pagi tu jugak ayah pergi ke Kedai Kain Desa Murni lalu belikan baju lain untuk zie so zie ada 3 la baju raya. Yang wat zie terharu sebab ayah pergi sendiri dan pilih sendiri. Zie tahu sebenarnya baju zie tak lawa tu hanya alasan ayah sebab taknak bagi adik beradik zie yang lain jealous. Tulah ayah zie, seorang yang simple tapi hebat.
"Ya Allah, Kau kurniakan aku berjuta2 nikmat.Antara nikmat terhebat yang aku dapat ialah ibu bapaku. Kau kurniakan ibu bapa yang sangat penyayang dan pengasih. Sesungguhnya Ya Allah, aku menjadi saksi bahawa ibu bapaku telah menjalankan tugasnya dengan baik sekali, Ya Allah. Mereka berpenat lelah untuk kami tapi tak pernak merungut. Mereka menanggung segala kepedihan dalam membesarkan kami tapi mereka tak pernah putus asa. Mereka cuba sedaya upaya menjadikan kami para soleh dan solehan. Ya Allah,Andainya kami jahat, andainya kami nakal, itu bukan salah mereka jadi janganlah Kau menghukumi mereka atas kesalahan kami.
Ya Allah, kurniakanlah ibu bapaku mahligai terindah di syurgamu. Bahagiakanlah mereka dunia dan akhirat. Ya Allah tunjukkanlah hidayah dalam setiap amalan mereka dan berikan kejayaan dalam setiap langkah mereka.Ya Allah kasihanilah mereka lebih dari mereka mengasihani kami. Panjangkanlah umur mereka dan perbanyakkan rezeki mereka...Ya Allah sesungguhnya kami terlalu sayangkan mereka...Ameen"
0 comments:
Post a Comment