CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 17, 2009

sikit kisah pasal Gapoi

Rasa tak sempurna kalau gi kampung orang asli tapi tak citer. So nak citer la ni. 8 & 9 ogos aritu zie and kawan2 dari Titian Asli Club berkampung kat perkampungan orang asli Gapoi, Bentong.
Kali ni tak banyak beza dengan program sebelum ni sbb kami byk menekankan aspek kebersihan so kami ajar diorang cara berus gigi and bersyampu.

Bersedia nak berus gigi...


Dah siap berus gigi and syampu,beratur untuk balik...

Kedatangan kami kali ni disambut oleh pokok2 rambutan dan durian yang tengah berbuah ranum. Best juga berjamu selera makan buah2an.hehehe.rezeki kami la tu.lainnya kali ni sebab ada tayangan video. Macam pawagam la pulak. Atas permintaan Tok Batin kami pasang citer Rambo. Bukan main ngeri zie tengok adegan bunuh membunuh tapi budak2 org asli tu cool je. Tak berkelip diorang. macam tengok citer hindustan plak. Time gi kat air terjun agak menarik tapi rasanya tak sebest yang dulu sebab skrg musim kemarau kot,air dah tak sedalam dulu.
Air terjun yang best...

Menjamu orang asli dengan nasi,sup ayam dan ayam bakar...best...

Yang pasti pengalaman ni cukup best. tak sabar mak gi Kampung Songkok plak ramadhan nanti...

0 comments: