CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 5, 2009

Nur Of Ramadhan di Kg Songkok


2 minggu kebelakangan ni merupakan minggu yang paling sibuk bagi zie. Kalau dulu program berderet pun tak rasa sangat kebusykan tu sebab tanggungjawab tak besar sangat dalam setiap program. Sekadar diberi tugas2 am, bagi melancarkan lagi program. Tapi sibuk kali ni berlainan. Program tak banyak tapi tugas sangat berat. Kalau awal bulan ogos haritu zie busy dengan Concert Opick, Humanitarian Walk n Program di Gapoi, Bentung. Masa tu boleh dikatakan zie mampu bernafas dengan baik tapi kali ni...aahhhh lemas.Habis concert Opick haritu tiba2 zie dapat call dari vise presedent Law Society, mintak zie tolong program "Forum: Equality in Islam, Are Muslim Women Left Behind?" Jadi secretary. Memang nak tolak sangat2 tanggungjawab tu tapi bila manager program tu kata 'tugas tak berat, just wat surat, try dulu la' zie pun tak sanggup nak kata nononono. Ibarat kata The Rock dalam citer Game Plan, 'never say no!'... Mujur la masa tu tak busy dengan exam. Alahamdulillah semua berjalan lancar.


Sebenarnya program tu tak menekan sangat tapi ada satu lagi program yang agak memberi tekanan pada zie. Program yang akan diadakan bermula hari ini 5 Sept 2009 hingga esok 6 Sept 2009. Tanggungjawab bermula bilamana Min, selaku mainboard Titian Asli Club memintaku menjadi program manager untuk program berbuka dan bersahur dengan orang asli. Memandangkan masih ada sebulan lebih tempoh jadi zie terima, tu pun dengan syarat Min mestilah tolong zie. Sebulan sebelum tarikh tu zie wat first meeting. Program ni diadakan dengan kerjasama Jam'iyyatu Khadamatil Quran, sebuah club yang juga dibawah Student Development IIUM sebagaimana Titian Asli Club.


Setelah para committee dipilih, proposal mula di siapkan. Setelah proposal dihantar, zie boleh bernafas sedikit tapi 2 minggu sebelum program, proposal kami belum diluluskan. zie dah mula risau. Mengadakan program dengan orang asli ternyata tak semudah program yang diadakan di bawah Law Society. Ini kerana terlalu banyak perkara yang perlu dibuat. Seminggu sebelum program iaitu pada 28 ogos barulah zie dapat approval latter untuk teruskan program tersebut. Alhamdulillah bajet kami agak banyak. Walaupun dalam proposal kami minta RM10000+ tapi kami dapat RM7000. Sebenarnya banyak la tu kan. Sebab kebiasaannya program seperti ini paling bnyak pun dapat RM5000. Hehehe kaya juga ye...


Dapat je approval latter terus zie start mengecall orang2 yang berkenaan. Mula dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Pusat, bagi meminta kebenaran membuat program disitu. Kemudian Jabatan orang Asli Hulu Selangor bagi niat yang sama. Tak cukup dengan call kami kena fax segala detail program. Kemudian terus dengan Menghubungi Islamic Relief Malaysia bagi meminta sumbangan. Alhamdulillah walaupun last minit tapi dengan sengan hati pihak IRM bersetuju. Kemudian kena call Tok Batin Kg tersebut bagi memberitahu tentang program tersebut dan pada masa yang sama memastikan tiada pihak lain yang membuat program disitu pada hari yang sama. Masalah mula timbul bilamana ada beberapa committee yang menarik diri atas sebab progra tersebut clash dengan midterm. Terpaksa lah zie ambila alih tugas mereka. Tugas biro special task, menyediakan hadiah dan hamper manakala tugas biro catering bagi menyediakan makanan untuk berbuka dan sahur. Tak dilupakan biro publication dan promotion yang bertanggungjawab membuat banner. So zie kena lah memandaikan diri mendesign banner.


Segalanya lancar, alhamdulillah. 3hb sept zie pergi jumpa Encik Zain selaku pegawai yang bertanggungjawab mengeluarkan duit advanced. Dalam hati zie berharap dapat paling kurang RM4000 advancement tapi En.Zain hanya memberi kami RM2000, tupun setelah zie wat muka kesian kerana mengikut En. Zian duit memang banyak tapi namanya telah diblack list atas sebab banyak program yang diorganised oleh club2 dibawahnya yang masih belum menghantar financial report. Kesian pulak zie kat En.Zain, terpaksa menanggung kesalahan student.


Memandangkan cash kami tak banyak, En.Zain menyarankan kami membeli barang dengan syarikat yang berdaftar dengan IIUM so bolehlah kami guna invois (beli secara kredit dan akan dipotong dari RM5000 yang masih tak diberi). zie mula pening nak fikir. Akhirnya kami wat decision nak tempah makanan berbuka,moreh dan sahur dari caterer yang berdaftar dengan IIUM so guna invois. Peralatan seperti khemah juga guna invois. Kerja zie jadi senang, just tempah pastu pihak caterer dan syarikat peralatan tu akan deal sendiri dengan Student Development Devision berkenaan soal bayaran. hehehe.


Apa yang zie harapkan agar program ni berjalan lancar tanpa masalah dan semoga penduduk kampung tersebut yang beragama Islam dapat merasai NUR OF RAMADHAN dan bagi yang tak beragama Islam, semoga Allah memberi hidayah pada kalian. InsyaAllah. Juga kepada semua 40 orang student yang menyertai program ini, semoga dapat menyumbang dan menerima sesuatu dari program ni... InsyaAllah...


Kepada semua committee yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, terima kasih atas usaha anda... GO GO CAYO" AJA AJA FIGHTING!

0 comments: