Ni antara program yg paling mencabar yg zie pernah involve. Mencabar sbb ia melibatkan international figure(Opick) yang di datangkan khas dari Indonesia. Walaupun sekadar assistant head biro Special Task tapi zie rasa tanggungjawab yg di beri agak besar. Bermula dengan menyiapkan Program Book sampailah menghias pentas. Bagi zie nak siapkan Program Book tak la susah sangat, tapi bila nak print agak bermasalah. Design Program book tu zie dah siapkan beberapa hari before event tapi kerana banyak perubahan di saat2 akhir zie tak boleh nak print. Ia hanya betul2 siap pada hari kejadian.
Untuk tugas men’decorate’ stage zie and Atiqah(head Special task) dah start cari barang sehari sebelum tu (5/8/2009). Kebetulan kami ke Masjid India untuk pergi ambil buku2 yang di sponsor oleh Syarikat Darul Nu’man. Selesai ambil buku terus kami ke Kamdar nak beli kain untuk hias stage. Memandangkan banyak barang yg di beli terpaksalah kami call sahabat2 dari biro Preparation and technical supaya diorang datang jemput kami kat KL. Sampai kat IIUM pukul 7.30 malam. Terus balik bilik sebab pukul 8.30 zie ada class Law and Equity. Seusai class pukul 9.30pm, zie terus ke Main Auditorium untuk start decorate stage. Bermula la proses menekap, menggunting dan menampal. Kerja menjadi agak payah sebab kekurangan tools. Sedar tak sedar, dah pukul 3 pagi. Mujurlah kebanyakan kerja kami dibantu oleh sahabat2 dari biro Prep & Tech.
Keesokannya 6/8/2009, zie focus pada program book. Habis class pukul 1pm, zie terpaksa bergegas untuk siapkan assignment yg nak dihantar pada hari tersebut before 4pm. Memandangkan tu adalah assignment group so zie hanya menyambung bahagian yg telah groupmates zie buat. Pukul 3pm, assignment siap. Bergegas ke AIKOL untuk submit assignment. Then Zie pun terus pergi CC untuk betulkan sedikit program book before print. Sesampai kat CC zie dapati pendrive yg mengandungi soft copy program book hilang. Fikir punya fikir, zie ada save dalam laptop zie tapi laptop tu kat bilik. Saat tu sekali lagi rasa nak menangis. Nak ke bilik zie ambil masa paling kurang 15 minit dan zie ada tutorial pukul 4pm. Sesampai kat bilik dah hampir pukul 4pm. Zie terus siapkan program book tu.Terpaksalah zie skip tutorial tu. Sory madam… Hampir pukul 5 zie bergegas dari bilik untuk pergi print kat Kuliyyah Architecture. Pening jugak nak cari kiosk yg ada service tu. Sekali lagi nak menangis. Tak jumpa! Zi try call kawan2 tapi diorang tak angkat, maybe sibuk. Puas menunggu kat situ akhirnya head zie, Atiqah call, katanya zie kena pergi ke Main Auditorium sekarang sebab stage tak siap lagi. Fortunately, tugas print program book tu di serahkan ke Haris… Alhamdulillah…
Start pukul 6pm zie dan sahabat2 lain dari biro Special Task start menghias stage. Hampir pukul 8pm barulah kerja kami beres. Ramai committee yg dah sampai termasuklah juga audience. Zie segera balik bilik untuk bersiap apa yg patut, pukul 9 baru lah zie pergi semula ke Main Auditirium. Mujurlah performance tak start lagi. Opick tunggu zie sampai kot. Hehehe.
Sebenarnya malam tu bukan opick saja yg perform, Diwangga Sakti, Inteam, Devotees and Poetry Club pun ada. Opick perform 10 lagu dan yang paling mengharukan ialah ketika lagu Alhamdulillah(last song) di sampaikan, Opick memanggil semua committee naik kepentas sebagai tanda penghargaan atas usaha kami. TERIMA KASIH OPICK….Sedih dan Gembira bercampur baur bilamana event tu hampir ke penghujung. Sedih sebab kami tak tahu bila lagi akan ketemu sama Opick lagi dan gembira sebab segalanya berjalan lancar dan ramai yang berpuas hati… Alhamdulillah…
Keesokan harinya, 7/8/2009, Opick akan pulang kembali ke Indonesia. Sedih rasa. Sahabat zie Rai selaku assistant Program Manager, ajak zie dan beberapa sahabat lain menghantar Opick ke airport(LCCT). Opick akan naik flight pukul 7.45pm so zie and kawan2 bertolak dari IIUM pd pukul 5pm.Kitorang berenam naik kereta Waja. Kami terpaksa pecut untuk pastikan kami sampai before Opick masuk. Rai yg dari awal dah bersama Opick cuba melengahkan Opick supaya kami yg datang lambat ni sempat jumpa Opick tapi malangnya sesampai je kami kat LCCT, Opick masuk sebab dah lambat. Kami honestlya memang frustrated. Tapi apakan daya...
Opick, we hope for other meeting in the future. May Allah bless us...
I'm proud to be anak penternak..
-
Umur zie dah hampir2 nk ke penghujung 20-an..Dan sepanjang tu zie dah
menyaksikan teeeerlalu byk pengorbanan seorang lelaki bernama ayah n
seorang wanit...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment