CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 3, 2009

Perhimpunan Rakyat; suara yg perlu didengar...


1 ogos, KL sekali lagi menyaksikan satu lagi gema yang berdentum hasil sorakan rakyat yang inginkan keadilan bertahta di bumi indah Malaysia. Berbaju merah dan hitam, perhimpunan ini bukan sahaja di anggotai oleh orang Melayu Islam bahkan ramai juga peserta2 dari kaum lain yang juga mengharap benda yang sama. Zie mungkin pemerhati dari jauh yang memang suka memerhati tingkah manusia. Apa yang boleh zie katakan suasana hari tu memang meriah dan jelas kelihatan api semangat membakar jiwa setiap orang di situ. Api yang membakar jiwa2 mereka terlalu marak hinggakan pancutan air dari raksasa merah tak mampu memadamkannya. Tapi sedih sangat2 bila suara rakyat seolah2 tiada harga bagi mereka. Bukan sahaja mereka memekakkan telinga bahkan menghambat segala komentar yang di suarakan rakyat. Kini zie tertanya2, sejauh mana negara kita mengamalkan demokrasi? Cukup ke demokrasi sekadar suara seorang wakil rakyat yang mewakili beribu2 rakyat di parlimen? Mampukah dia membawa bebanan suara rakyat? Ya! takkan mempu. Kerana itulah kadang2 pemimpin atasan juga perlu membuka mata dan telinga setiap kali rakyat cuba bersuara.

Sedih lagi bila tengok polis dengan rakusnya menangkap orang yang membawa suara demonstrasi walaupun keadaan masa tu dah tenang dan ramai yang sudah beransur pulang. polis2 tersebut jelas tidak mempraktikkan perkara 5 perlembagaan persekutuan bilamana mereka menangkap orang yang bagi pandangan mata zie tak melakukan apa2 dsalah. Salahkah mereka duduk ditepi jalan? Salahkan mereka berbaju merah dan hitam? Adakah mereka boleh digolongkan sebagai pemberontak dan boleh menggugat keselamatan negara dan ketenteraman umum hanya dengan memegang sepanduk 'mansuh isa'?

Mengikut perkara 5 setiap orang yang ingin ditangkap perlulah diberitahu kesalahan mereka, so polis tu nak kata apa ye bila dia nak tangkap orang yang duduk2 tepi jalan? maybe camni kot, "Anda ditahan atas kesalahan memakai baju merah hitam dan duduk ditepi jalan."hahaha kelakar la polis ni.

Bila fikir2 balik, Malaysia mempunyai 'istana keadilan' tapi terlalu miskin untuk meng'apply' keadilan....Dengarlah pemimpin yang kaki anda sebelah di syurga dan sebelah di neraka, sesungguhnya suara rakyat perlu di dengar bukan dipinggir....

0 comments: