Ya Allah,
andai manusia bisa mendengar
pasti mereka terpana dan terkesima mendengar
deruan pintu syurga dibuka oleh Para malaikat,
andai mereka bisa merasa sejuknya bayu syurga
yang bertiup keluar dari celahan pintu jannahmu
pasti mereka tanpa lengah sujud syukur padaMu
Andai mereka bisa melihat
girang dan riang hati penghuni kubur
meraikan waktu rehat dari siksaan
pasti mereka bertafakur sepanjang hayat mereka
Andai manusia menyedari bahawa ramadhan itu
Kau ciptakan terlalu hebat,
penuh barakah penuh nikmat
pasti mereka tidak akan sia2kan
setiap saat yang berlalu dalam bulan ini...
Ya Allah,
adakah lagi bulan lain yang kau cipta sehebat bulan ini?
yang punya segala nikmat tersembunyi tapi mampu dicari?
Ya Allah,
Ramadhan ini kau cipta lagi untukku,
Terima Kasih Ya Allah
Terima Kasih Ya Allah
Terima Kasih Ya Allah
Penuh syukur aku,
Kerana bisa menemui lagi gedung nikmatMu ini
kerana aku belumpuas menikmati di tahun yang lalu,
Kerana aku belum puas merasai segala nikmatmu
Terima Kasih Ya Allah
Kerana beri aku kesempatan ini
Kesempatan untuk aku mengumpul bekal kembali
Sebelum aku menemuimu, ya Rabbi
Ya Allah,
Aku pohon rahmatmu,
Jadikanlah Ramadhan ini terbaik buatku
dari yang sebelumnya,
kerana aku tak pasti akankah kutemui lagi nikmatMu ini...
Terima Kasih Ya Allah...
I'm proud to be anak penternak..
-
Umur zie dah hampir2 nk ke penghujung 20-an..Dan sepanjang tu zie dah
menyaksikan teeeerlalu byk pengorbanan seorang lelaki bernama ayah n
seorang wanit...
9 years ago
1 comments:
selamat berpuasa ziey...
Post a Comment