CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 29, 2009

Terima Kasih ya Allah...


Ku Bahagia....



Permulaan Sem ni taklah menceriakan bagi zie. Biasala,tak puas lagi bercuti kat rumah dah kena datang UIA. Pastu pulak baru2 ni kecoh pasal H1N1 so nak pergi mana2 kene fikir panjang. Dalam ketensionan melayan keboringan sedih pulak menimpa bila sahabat yang sepatutnya menjadi roomateku secara diam2 tanpa pengetahuanku decide nak tinggal kat luar kampus. Sebenarnya zie tak kisah sangat dia nak duduk luar sbb dia dah mula berkeluarga tapi sedih sebab pergi tanpa khabar berita seolah2 takde lansung walau satu saat utk mesej zie...sedih...tapi takpe asal dia bahagia...


Roomate sem ni agak membahagiakan.Walaupun kami baru kenal tapi dah rasa macam kawan lama..terus kamcing. Benarlah janji Allah yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Sekarang zie dapat 2 orang roomate yang sangat baik. Dan lebih membahagiakan kami berkongsi minat yang sama...nak tahu ape dia?ape lagi kalau bukan masuk kampung orang asli and wat program..Yang membezakan kami hanyalah dia dari Club Comrad manakala zie Titian Asli Club. Advantagenye perbezaan ni ialah bila Titian Asli wat program zie boleh ajak dia joun sekali and kalau Comrad wat program,dia akan ajak zie sekali..Just for info, dalam UIA hanya ada 3 main club yang wat program dakwah org Asli iaitu Titian Asli, Comrad and Jasa...


Cerita pasal program, 24,25 and 26hb 7 baru ni zie ada attend satu program at Bentung.Program training. Biasalah nak dekati orang asli kena ada skill, tak boleh main hentam je.. Kebetulan plak program tu diadakan bersama dengan club Comrad. Peserta keseluruhannya 44 orang je...tapi program tu best sangat sbb macam2 ilmu dapat. consultant yang organize program tu bukan saje menitik beratkan skill mendekati mad'un tapi jugak sangat2 menekankan aspek islamic. time yang paling menyentuh jiwa ialah time muhasabah bilamana consultant tu tekankan perkara2 yang patut ada bagi seorang muslim yang baik. Beliau juga tak lokek cerita pasal pengalaman hidup beliau yang sangat hebat bagi zie.

Happynyer semua...


Zie in black...love u all..


Program tu juga bukan saje memberi banyak ilmu pada zie tapi juga menambahkan kawan zie...Semua kwn2 zie baik2 tau. ramah,pemurah dan sangat ceria. Program tu benar2 beri kesedaran pada zie betapa penting insan bernama sahabat sampaikan zie rasa zie tak nak lost contact dengan diorang dan kalau boleh bila jumpa walau dari jauh zie akan beri senyuman paling manis kat diorang...sayang betul kat diorang walaupun baru kenal....


Sekarang zie rasa hidup zie kat kampus ni makin ceria walaupun bebanan makin bertambah... sebenarnya rasa gembira sebab program dah banyak menanti.



2 Augost- Humanitarian Walk, zie jadi subcomm Program Coordinator tapi bestnya sbb zie dapat tugas jadi photographer. bersesuaian dgn minat zie.


6 Augost, Nusantara Cultural Night (Opick) zie jadi subcomm special Task tapi tak special sangat pun. Orang kecil disebalik tabir je...


8 & 9 Augost, Health Awareness Campaign kat Kg orang asli Gapoi, Bentong...


6&7 September, program berbuka puasa dengan orang asli di kg orang asli Batang Kali...


4 October, trip ke Pusat Sains Negara dengan orang asli Batu 12...


Ni antara program yg Titian Asli Club organize (except cultural Night). seronok sebab weekend zie akan terisi dengan baik tapi risau gak sebab pada masa yg sama study tak boleh tolak tepi, so skrg zie decide nak jadi budak skema dgn cara wat satu daily schedule. so masa zie akan tersusun dgn lebih baik especially waktu study tapi mampu ke zie ikut schedule tu? hahaha entah lah. try jela.


Yang pasti sekarang zie nak ucap syukur pada Allah atas rahmatnya yang terlalu banyak tak terhitung....Kepada sahabat2 andai anda rasa sedih percayalah bahawa pasti Allah sedang simpan kegembiraan buat kita dan pasti kita akan dapat sebab Allah maha Adil...

0 comments: