Entah sebab ape zie rasa bulan Ramadhan ni macam sebuah taman tema. Genting Highland maybe. Untuk masuk kesitu memrlukan tiket yang agak mahal. Tiket nyawa yang dikurnia Allah dan juga tiket keupayaan tubuh badan. Dah ada tiket, boleh la masuk dalam. Masuk je dalam taman tema Ramadhan ni, kita disajikan dengan macam2 keseronokan, kegembiraan dan kepuasan. Tapi semua orang ke boleh rasa kegembiraan, keseronokan dan kepuasan ni? Mesti la tak. Mungkin ramai yang Allah dah beri tiket untuk masuk ke situ tapi tak time keluar macam2 perasaan yang ada. Bergantung pada adakah dia menghayati Taman tema tersebut. Pemilik Taman Tema Ramadhan ni dah sediakan macam2 mainan. Ada yang jenis meluncur,ada yang jenis berayun dan ada yang jenis terangkat. Semuanya ada kelebihannya. Ada yang menguji semangat, ada yang menguji kekuatan fizikal dan ada juga yang menguji mental...Sebenarnya kalau dikaji setiap orang yang keluar dari taman tema Ramadhan mesti beribu jawapan yang kita dapat,antaranya:
1)orang yang ada tiket dan dapat masuk tapi just round2 je.Tengok persekitaran.
kataku: amacam kat dalam? best?
katanya: entah... macam biasa je... tapi meriah betul ramadhan kan?ada bazar...
Kataku: Kau tak pose ke?
katanya: tak,malas
kataku: Tak rasa rugi ke?
katanya: tak,tahun depan ada lagi.tahun depan jela pose...
kataku: tu pun kalau ada tiket...
Jenis ni, dia masih bernyawa tapi bulan ramadhan tak bawa erti padanya.Puase tak apatah lagi nak bertarawih or solat sunat or tadarus...
Dia ni sangat2 la rugi.
2)Yang kedua macam gak yang pertama,diberi tiket oleh Allah tapi better skit dari yang pertama sebab masuk je taman tema ni dia wat something selain dari just round2. Buat ape? hehehe mesti la dia akan cari permainan yang paling famous. 'Puasa Coaster'...
kataku: so amacam? best dalam taman tema ramadhan ni?
katanya: boleh la...
kataku: kau pose?
katanya: mestilah. Ni kan bulan pose...
Kataku: terawikh?
katanya: yang tu tak wajib kan? aku wat yang wajib je. Yang sunat biar orang2 baik dah la yang buat.
Kataku: Rugilah tak terawikh. Bukan selalu pun...
Katanya: oklah, tahun depan aku dapat hidayah aku pergilah...
Kataku: sebelum nak dapat hidayah kena dapat tiket dulu...
Jenis ni mmg better daripada yang pertama tapi dia still rugi kan. Bila dia keluar dari taman tema tu dia just boleh bawa keseronokan meluncur di puasa coaster. Mainan lain dia tak alami...
Kalau orang citer pasal bestnya mainan2 lain dia hanya akan tenganga.
3) Jenis ketiga ni, dapat je tiket dari Allah, dia jadi sangat2 excited, semua benda dia nak rasa, puasa coaster, terawikh ship, tahajjud spinner, tadarus cockscrew, sedekah flume ride and macam2 lagi... Cara dia menghayati setiap keseronokan dalam taman tema seolah2 dia pasti yang dia takkan dapat lagi tiket nak masuk ke situ... dia langsung tak kisah badan dah berpeluh, kaki dah bengkak, mata dah sembab, asalkan dia puas... bila dia keluar dari taman dia akan senyum memanjang...
Kataku: amacam taman tema ni? best?
katanya: mestila sangat sangat la bestnya. macam2 ada. Semua benda kat dalam tu aku try, best giler2. berbaloi dapat tiket free...
kataku: lain kali kalau dapat tiket lagi, nak masuk?
katanya: mestilah nak masuk... nak main semua benda sekali lagi...kalau dapat masuk tak payah keluar mesti lagi best kan...
kataku: InsyaAllah ada lagi tiket untuk kita tahun depan...
So sahabat2 semua, antara 3 orang kat atas ni yang mana anda nak pilih? pilihan ditangan anda. Tapi jangan kerana ia ditangan anda anda sambil lewa wat keputusan sebab apa pun keputusan kita ia akan effect kehidupan kita kat sini dan kat 'sana'. ingatlah sesungguhnya golongan yang ramai ialah golongan yang menyesal dengan masa lalu mereka sedangkan mereka tak mampu nak putarkan balik...
Tuesday, August 25, 2009
Ramadhan Highland...
Posted by theonlywan at 2:41 PM 0 comments
Friday, August 21, 2009
Ramadhan,aku benar2 rindu padamu...
Ya Allah,
andai manusia bisa mendengar
pasti mereka terpana dan terkesima mendengar
deruan pintu syurga dibuka oleh Para malaikat,
andai mereka bisa merasa sejuknya bayu syurga
yang bertiup keluar dari celahan pintu jannahmu
pasti mereka tanpa lengah sujud syukur padaMu
Andai mereka bisa melihat
girang dan riang hati penghuni kubur
meraikan waktu rehat dari siksaan
pasti mereka bertafakur sepanjang hayat mereka
Andai manusia menyedari bahawa ramadhan itu
Kau ciptakan terlalu hebat,
penuh barakah penuh nikmat
pasti mereka tidak akan sia2kan
setiap saat yang berlalu dalam bulan ini...
Ya Allah,
adakah lagi bulan lain yang kau cipta sehebat bulan ini?
yang punya segala nikmat tersembunyi tapi mampu dicari?
Ya Allah,
Ramadhan ini kau cipta lagi untukku,
Terima Kasih Ya Allah
Terima Kasih Ya Allah
Terima Kasih Ya Allah
Penuh syukur aku,
Kerana bisa menemui lagi gedung nikmatMu ini
kerana aku belumpuas menikmati di tahun yang lalu,
Kerana aku belum puas merasai segala nikmatmu
Terima Kasih Ya Allah
Kerana beri aku kesempatan ini
Kesempatan untuk aku mengumpul bekal kembali
Sebelum aku menemuimu, ya Rabbi
Ya Allah,
Aku pohon rahmatmu,
Jadikanlah Ramadhan ini terbaik buatku
dari yang sebelumnya,
kerana aku tak pasti akankah kutemui lagi nikmatMu ini...
Terima Kasih Ya Allah...
Posted by theonlywan at 4:43 PM 1 comments
Monday, August 17, 2009
sikit kisah pasal Gapoi




Posted by theonlywan at 10:08 PM 0 comments
Satu kisah...my kampung
Hampir semua sedara mara zie duk kat kampung tu so jiran2 zie dari kecil sampai ke tua hanyalah sedara mara tercinta.
Picnic ramai2 kat air Menerong...
BBQ Julai 2008
Satu Warna, satu Malaysia hahaa
Masak lempeng utk makan petang
peace !
Hubungan kami sedara mara memang sangat rapat boleh dikatakan macam adik beradik just dari segi pergaulan lelaki dan perempuan still jagalah. Yang bestnya pasal sedara mara ialah walaupun kebanyakan kami bekerja kat Selangor tapi kami still kamcing. Tiap kali ada cuti kami balik. And tiap kali balik kami mesti akan wat program. Wat barbeque la, joging kat pantai ramai2 lah, masak and makan ramai2 ang picnic kat air terjun ramai2. Time yang paling best bila ada kenduri, masa tu lah hubungan diperteguh. Seronok sangat2.Kalau boleh balik raya berkonvoi lagi best. tahun lepas kami balik raya berkonvoi ramai2. Kira2 7 buah kereta. Seronok bila kami ramai2 berhenti tepi highway Bentong untuk berbuka puasa. memandangkan takde nasi kami just makan roti and air 100plus. Tahun ni terpaksa la zie balik naik bus sebab cuti UIA awal skit.11hb dah start cuti. Diorang plak kerja so tak boleh la nak cuti awal2. Lagipun sekarang kanya zie je sepupu perempuan yang duj kat selangor. Yang lain ada yang dah pindah kerja kat Terengganu, ada plak yang transfer ke johor.
Time raya pun meriah kat kampung zie. Apa taknya, dah jadi kebiasaan bagi yang bujang akan beraya beramai2. Rumah first yang diorang serang mesti lah rumah zie sebab rumah zie paling hujung and mungkin jugak sebab hanya rumah zie yang masak nasi minyak gulai ayam kampung dan itik. Biasalah mak zie kan pandai masak...hehehe
Antara benda best kampung zie ialah kami memang sehati sejiwa. sekarang kami dah ada 2 uniform (baju t shirt same).satu warna hijau, satu warna oren. And lagi, dah dua tahun kami ada warna tema baju raya. Masuk tahun ni kali ketiga la kami beraya dengan baju sama warna.hehehe.
Raya korban...
Tema hijau raye 2007
Depan Surau Tokki
Tema pink raye 2008
camne boleh sesat merah ni Ijan?
Tahun ni kami dah sepakat nak warna kuning jadi tema baju raye kami. so kita tengok je la ye.Kuning bakal menyilaukan mata anda...hehee
Posted by theonlywan at 6:38 PM 0 comments
selamat ulang tahun kelahiran ayahku sayang...
Posted by theonlywan at 5:26 PM 0 comments
Wednesday, August 12, 2009
My concert
Ni antara program yg paling mencabar yg zie pernah involve. Mencabar sbb ia melibatkan international figure(Opick) yang di datangkan khas dari Indonesia. Walaupun sekadar assistant head biro Special Task tapi zie rasa tanggungjawab yg di beri agak besar. Bermula dengan menyiapkan Program Book sampailah menghias pentas. Bagi zie nak siapkan Program Book tak la susah sangat, tapi bila nak print agak bermasalah. Design Program book tu zie dah siapkan beberapa hari before event tapi kerana banyak perubahan di saat2 akhir zie tak boleh nak print. Ia hanya betul2 siap pada hari kejadian.
Untuk tugas men’decorate’ stage zie and Atiqah(head Special task) dah start cari barang sehari sebelum tu (5/8/2009). Kebetulan kami ke Masjid India untuk pergi ambil buku2 yang di sponsor oleh Syarikat Darul Nu’man. Selesai ambil buku terus kami ke Kamdar nak beli kain untuk hias stage. Memandangkan banyak barang yg di beli terpaksalah kami call sahabat2 dari biro Preparation and technical supaya diorang datang jemput kami kat KL. Sampai kat IIUM pukul 7.30 malam. Terus balik bilik sebab pukul 8.30 zie ada class Law and Equity. Seusai class pukul 9.30pm, zie terus ke Main Auditorium untuk start decorate stage. Bermula la proses menekap, menggunting dan menampal. Kerja menjadi agak payah sebab kekurangan tools. Sedar tak sedar, dah pukul 3 pagi. Mujurlah kebanyakan kerja kami dibantu oleh sahabat2 dari biro Prep & Tech.
Keesokannya 6/8/2009, zie focus pada program book. Habis class pukul 1pm, zie terpaksa bergegas untuk siapkan assignment yg nak dihantar pada hari tersebut before 4pm. Memandangkan tu adalah assignment group so zie hanya menyambung bahagian yg telah groupmates zie buat. Pukul 3pm, assignment siap. Bergegas ke AIKOL untuk submit assignment. Then Zie pun terus pergi CC untuk betulkan sedikit program book before print. Sesampai kat CC zie dapati pendrive yg mengandungi soft copy program book hilang. Fikir punya fikir, zie ada save dalam laptop zie tapi laptop tu kat bilik. Saat tu sekali lagi rasa nak menangis. Nak ke bilik zie ambil masa paling kurang 15 minit dan zie ada tutorial pukul 4pm. Sesampai kat bilik dah hampir pukul 4pm. Zie terus siapkan program book tu.Terpaksalah zie skip tutorial tu. Sory madam… Hampir pukul 5 zie bergegas dari bilik untuk pergi print kat Kuliyyah Architecture. Pening jugak nak cari kiosk yg ada service tu. Sekali lagi nak menangis. Tak jumpa! Zi try call kawan2 tapi diorang tak angkat, maybe sibuk. Puas menunggu kat situ akhirnya head zie, Atiqah call, katanya zie kena pergi ke Main Auditorium sekarang sebab stage tak siap lagi. Fortunately, tugas print program book tu di serahkan ke Haris… Alhamdulillah…
Start pukul 6pm zie dan sahabat2 lain dari biro Special Task start menghias stage. Hampir pukul 8pm barulah kerja kami beres. Ramai committee yg dah sampai termasuklah juga audience. Zie segera balik bilik untuk bersiap apa yg patut, pukul 9 baru lah zie pergi semula ke Main Auditirium. Mujurlah performance tak start lagi. Opick tunggu zie sampai kot. Hehehe.
Sebenarnya malam tu bukan opick saja yg perform, Diwangga Sakti, Inteam, Devotees and Poetry Club pun ada. Opick perform 10 lagu dan yang paling mengharukan ialah ketika lagu Alhamdulillah(last song) di sampaikan, Opick memanggil semua committee naik kepentas sebagai tanda penghargaan atas usaha kami. TERIMA KASIH OPICK….Sedih dan Gembira bercampur baur bilamana event tu hampir ke penghujung. Sedih sebab kami tak tahu bila lagi akan ketemu sama Opick lagi dan gembira sebab segalanya berjalan lancar dan ramai yang berpuas hati… Alhamdulillah…
Keesokan harinya, 7/8/2009, Opick akan pulang kembali ke Indonesia. Sedih rasa. Sahabat zie Rai selaku assistant Program Manager, ajak zie dan beberapa sahabat lain menghantar Opick ke airport(LCCT). Opick akan naik flight pukul 7.45pm so zie and kawan2 bertolak dari IIUM pd pukul 5pm.Kitorang berenam naik kereta Waja. Kami terpaksa pecut untuk pastikan kami sampai before Opick masuk. Rai yg dari awal dah bersama Opick cuba melengahkan Opick supaya kami yg datang lambat ni sempat jumpa Opick tapi malangnya sesampai je kami kat LCCT, Opick masuk sebab dah lambat. Kami honestlya memang frustrated. Tapi apakan daya...
Opick, we hope for other meeting in the future. May Allah bless us...
Posted by theonlywan at 9:35 PM 0 comments
Tuesday, August 4, 2009
Inikah jalanku?
Sayu benar rasa hati bila mengenangkan ramai sahabat2ku bakal menamatkan zaman university mereka dengan menggenggam segulung ijazah. Jalan mereka seterusnya mungkin di alam pekerjaan dan mungkin ada yang ingin meneruskan usaha untuk menggapai segulung 'master' pula? Tapi zie macam mana? Wah, jauh lagi jalan yang bakal zie lalui... masih ada 3 tahun termasuk tahun ni untuk zie ucapkan good bye pada zaman kuliyyah zie. Sedih juga bila mengingatkan masih lama zie perlu tunggu untuk benar2 merasai nikmat menyara keluarga...
Kalau orang tanya zie tak boring ke study, zie pasti akan jawab zaman study adalah zaman terindah setiap insan. Kalau boleh nak je terus study sampai ke akhir hayat. Nak terus rasa nikmat masuk class and tutorial and nikmat pening menjawab exam and tak lupa nikmat sakit kepala memikirkan assignment yang berlambak. Semua tu nikmat sebenarnya.. Dan setiap pelajar yg graduate pasti rindukan nikmat tu semua. Apa yang membuatkan zie cemburu pada sahabat yang bakal memasuki alam pekerjaan ialah sebab zie dah tak sabar sangat nak tengok ayah dan mak zie berehat dari segala penat lelah kerja harian untuk menyara keluarga kami..
Sedih sangat bila satu hari tu ayah berehat setelah penat seharian bekerja, ketika tu mak ada disisi ayah, mereka berbual2 sambil makan keropok lekor. kata ayah, "lepas ni bila R*** dah jadi lawyer boleh la ayah rehat skit. Tak payah la ayah bela itik lagi." Saat tu aku sangat2 sedih sebab saat yang ditunggu masa lama akan muncul. Apa yang zie boleh doa semoga Allah percepatkan putaran waktu agar sedar2 zie dah memegang gulungan ijazah kedua zie dan saat tu zie akan mulakan zaman kerjaya dan meringankan beban ayah dan mak. Tapi zie kena terima kenyataan yang zie kena merasai setiap perit dalam melangkah bagi membolehkan zie jadi seorang yg berguna kelak... Ya Allah, Bantu aku Ya Allah....
Bila ingat balik macammana zie boleh pilih untuk ambik law,rase nak gelak sorang2. Bayangkan dari Sekolah rendah zie memang minat sangat2 subject sains. kemuncak ke'minat'an zie pada subject sains bermula masa darjah Enam bila zie dapat anugerah pelajar cemerlang subject sains...Terus semangat membara nak jadi doktor atau saintist.
Masuk sekolah menengah plak zie start minat sains balik masa form 2. Habis exam PMR zie dah start bace buku Biology. Memang tak sabar nak ambil aliran sains. Bila boleh result PMR,cikgu masukkan nama zie ke kelas 4 sains 1. Tapi setelah berfikir 316 kali zie akhirnya register nama zie ke kelas Thanawi yang mana subject sains hanyalah Sains Teras. Masa tu zie hanya boleh fikir satu benda. 'Apa yang aku perlu dalam hidup?Pilih antara keperluan dan kehendak!' Zie mula fikir tu pun sebab kata2 ayah yg suka tengok zie belajar agama. Masa tu sakit hati bukan main. Sebab ape la takde aliran yang ada dua2 sekali,sains dan agama. kalau ambil sains zie tak boleh la nak belajar Faraidh, Hadith, tafsir dll. Zie pun korbankan kehendak demi satu keperluan.
Lepas SPM zie sambung ke Thanawi 3 kononnya nak ambil STAM.Tapi tiba2 bulan 6 dapat tawaran ke UIA. Pening pulak nak wat keputusan. Sebab kalau gi UIA zie akan tinggalkan semua subject agama yg zie belajar. Setelah fikir baru zie ingat yang zie boleh wat double degree law and syariah kat UIA so zie akan belajar balik subject2 tu.Zie pun wat keputusan ke UIA.
Sekarang dah tahun 3, dan so far zie makin yakin yang zie wat keputusan yg betul sbb ternyata zie belajar balik hadith tafsir faraidh dll. Seronok sangat bila boleh belajar faraidh sebab masa Thanawi dulu zie tak berapa faham tapi bila belajar sekarang best rupanya subject tu. Lagi best sbb dapat A.hehee
So zie rasa sekarang zie nak nak jealous kat kwn2 yang dapat grad sbb zie yakin setiap orang Allah dah sediakan jalan hidup yang berbeza. Dan ni lah jalan zie...InsyaAllah zie akan terus kat jalan ni sampailah zie dapat genggam 2 ijazah.GO GO CAYO' ZIEY!
Kepada sahabat2 yang dah berjaya menamatkan larian dan bakal dapat pingat, zie ucapkan tahniah sangat2. Angkat tangan kanan, goyang3,tepuk bahu sendiri and kata 'hebat hebat hebat'...Nanti dapat gaji jangan lupa belanja ye...
ni bunga segar dari bilik zie khas untuk korang yang dah habis belajar...
Posted by theonlywan at 10:55 PM 1 comments
Monday, August 3, 2009
Perhimpunan Rakyat; suara yg perlu didengar...
Posted by theonlywan at 9:11 PM 0 comments