CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 30, 2009

Nyam Nyam Bubur Lambuk


Sebagaimana kebiasaan dihari cuti panjang zie and spupu2 zie akan wat majlis makan2 kecil- kecilan. Bermula dengan program masak 'lempeng sambal'(ntah ape name saintifiknya) pada hari ketiga raya, yang mana mengikut Mak Tam(selaku master mind), program masak lempeng sambal tersebut bagi meraikan dua bakal ibu yang mengidam nak makan lempeng sambal. 2 bakal ibu tersebut tak lain dan tak bukan ialah spupu zie Kak Taa(6 bulan) dan Kak Yah Zie(5 bulan). Program makan2 tersebut berakhir dengan cepat memandangkan terlalu ramai yang menyerbu bagi merasai keenakan lempeng buatan Mak Tam. Correction, sambal buatan Mak Tam tapi yang mencanainya ramai2.(sekadar nak glemer)



Kemeriahan cuti bersambung pula dengan program wat bubur lambuk pada hari Khamis raya ke 5. Seperti biasa sehari sebelum program meeting tergempar telah diadakan bagi merancang pembahagian tugas. Ada yang kena sediakan beras,ada yang kene beli ikan dan tak lupa juga segala jenis pucuk2 daun kayu seperti pucuk ubi, pucuk midding, daun cekak manis,daun kesum and sebagainya.(segala nama daun yang di sebut adalah mengikut bahasa pertuturan zie,bukan nama saintifik,hehe)






Pada hari kejadian tepat jam 230pm segala bahan tersedia dan proses memasak bermula. Setelah berpenat yang tak berapa lelah, akhirnya bubur lambuk special kampung Duyong siap. zie makan dengan lahapnya sebab dah lama sangat tak makan bubur lambuk yang best sebegitu kerana kalau kat KL bubur lambuk paling best ialah bubur lambuk kampung Baru tapi bagi zie ia tak menggeletek selera zie sebab takde sehelai daun pun yang diletak dalam bubur tu melainkan daun ketumbar/daun sup.


0 comments: