Cuti raya yang sangat best...
Sebelum ni cuti raya mesti bercampur baur dengan keresahan bagi menghadapi final exam tapi sem ni memandangkan raya agak awal so tak clash dengan final exam. Sekadar sedikit kebimbangan kerana 2 paper midterm bakal menjelma selepas cuti raya...Dan ternyata kebimbangan itu hilang bila memikirkan mood raya yang lebih melonjak-lonjak.
Yang lebih best cuti kali ni sebab 2 minggu...seminggu dibulan Ramadhan dan seminggu di Syawal...
Hari Jumaat 11hb tepat jam 9mlm zie sampai kat kampung tercinta. Tak sempat sampai kat rumah, ayah terus berhenti kat Surau Hj Wan Ngah bagi menyambung terawikhnya manakala zie bersama2 lepak bersama makmun yang lain yang mana hampir semua tediri daripada kaum kerabat zie.hehehe
Kebetulan pulak keesokan harinya Surau Hj Wan Ngah mengadakan majlis berbuka puasa beramai2. Bertambahlah kemeriahan bulan puasa zie...
Seminggu puasa kat rumah memang best. Makan bukan main berselera. tambah pulak sibuk wat preparation untuk raya, kadang-kadang tak sedar masa berlalu cukup pantas. Kak Long zie palak sengaja tunggu zie balik sebab nak shopping sama2. Takla shopping sangat sebenarnya, sekadar beli keperluan adik2. Tahun ni rumah zie tak wat kuih raya sebab oven rosak and lagi kakak zie yang suka masak dah kahwin so takde orang yang sanggup membusykan diri dengan kuih muih. So kami decided,beli jela...
Just Kek batik and puding Karamel je yang sempat dibuat...Honestly kek batik buatan kak long zie memang sedap.nyam nyam.
Tahun ni kami sekeluarga wat persiapan lebih awal. hari jumaat, 2 hari sebelum raya kami dah start menghias rumah. Hari sabtu kami tumpu bahagian juadah jer...Mulalah proses menangkap ayam dan menyembelih. Riuh sekampung bilamana sepupuku yang lain turut sama menangkap ayam. Suasana yang takkan ditemui di KL...
Hari raya tahun ni mungkin tak semeriah hari raya sepuluh tahun lepas tapi zie dapat rasakan ia lebih bermakna...At least tak la fikir nak kumpul duit raya jer. Time mintak maaf pun rasa lebih ikhlas...hehehe.
Pagi2 lagi lepas solat sunat aidilfitri, sepupu2 zie start bertandang dan macam biasalah nasi minyak lah jadi pilihan utama mereka. Ada juga yang sekadar mengalas perut dengan lemang dan rendang. tak dilupakan bagi yang bertaste veteren,tapai jadi santapan...kalau yang dah kenyang plak just makan kuih raya.
Tahun ni kami tak sempat nak bergambar beramai2 memandangkan pada hari raya pertama family zie beraya sampai maghrib. lagipun tema kuning kamitahun ni tak semeriah mana sebab ramai yang berbaju kuning tapi bertudung warna lain, termasuklah zie. so tema kuning tak begitu menyerlah...
Alhamdulillah, family zie berjaya menghabiskan proses jkunjung mengunjung kerumah sedara mara terdekat pada hari raya pertama. So raya seterusnya kami just duk kat rumah melayan tetamu yang datang...
Raya keenam,kampung zie wat sambutan Aidilfitri peringkat Dun Seberang Takir... Sangat meriah compare dengan tahun lepas... Ramai bebenor orang yang datang...
raya ketujuh sepupu zie kahwin so kami berkenduri kendara la plak... sronok gak,lama dah tak join masak memasak ni...
Raya kelapan mood zie tak berapa cantik sebab malam ni zie akan naik bus untuk pulang ke UIAM... Arrrrr tension balik....
0 comments:
Post a Comment