CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 29, 2009

Ya Muqollibal Qulub,Sabbit Qulubana


HATI… manusia sering berbangga dengannya, bukan sekadar kerana fungsinya dari segi saintifik bahkan kerana sifatnya yang abstrak dalam mengawal keputusan minda. Persoalan yang timbul ialah adakah manusia yang mengawal hati? Atau mungkinkah kuasa luar yang mengawal hati dan manusia hanya mengikut kata hati? Kalau andaiaan kedua yang benar maka ternyata kuasa terbesar dalam system tubuh manusia adalah hati dan kuasa yang lebih besar adalah yang mengawal hati…Ya, andaian kedualah yang lebih tepat. Ayat bangga manusia yang biasa didengar seperti, “ikut suka hati aku la…” jelas menunjukkan yang manusia sendiri tidak faham bagaimana hati berfungsi.

Hati dalam bahasa arab diterjemahkan sebagai qolbi atau kata majmuknya qulub dan membawa makna yang berbolak-balik atau yang berubah-ubah. Siapa yang mengubah hati? Tentu kuasa tertinggi yang juga pencipta hati tersebut. Dari definasi qolbi sendiri dah menunjukkan sifatnya. Berbolak-balik dan berubah-ubah.

Memandangkan yang mengawal hati kita adalah Penguasa Utama maka tiada cara terbaik yang mampu kita lakukan untuk memastikan Dia tak mengubah hati supaya cenderung kepada keburukan melainkan dengan ibadat dan doa yang berpanjangan. Kerana sesungguhnya Allah boleh mengubah hati manusia dengan cukup mudah,hanya dengan mengambil kembali hidayah yang diberi. Kerana dengan hidayahnyalah manusia terdorong untuk berbuat baik. Walau bagaimanapun, kita harus ingat bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang dan Dia tidak menarik hidayah melainkan kerana sikap manusia sendiri yang lupa dan leka dari engingatiNya. Sebagai muslim,sepatutunya inilah yang paling patut ditakuti. Takut Allah akan mengambil kembali taufik dan hidayah yang diberi sehingga kita mampu mengenal islam dan menebalkan iman. Tanpanya seorang muslim tidak akan berbeza dengan seorang kafir.

Kerana sifat hati yang tidak dikawal oleh akal menyebabkan ramai orang berubah dengan drastiknya. Contohnya yang bertudung sekarang free hair, yang berilmu agama tapi sibuk dating sana sini, yang baru habis belajar dari bumi anbiya’ tapi ikut ajaran sesat,yang dulu sayang dengan tudung bulat tapi sekarang sekadar berbawal singkat lagi jarang dan macam-macam lagi contoh didepan mata.

Sesungguhnya seorang alim ulama’ sekalipun tak mampu nak memastikan iman dan islam yang dipegang hari ini akan kekal sampai esok apatah lagi akan berterusan hingga ke nafas terakhir. Jadi jangan sekali-kali berbangga dengan keimanan kita sekarang. Kita sebagai hamba hanya mampu terus berdoa semoga Allah kekalkan nikmat islam dan iman yang ada semoga nikmat hidayah tersebut kekal hingga ajal menjemput kita.

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hati-hati kami diatas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”

p/s: entry ini ditulis bukan kerana zie melihat banyak hati-hati yang diubah Allah tapi kerana zie sedar hati zie sendiri mudah berubah dan hanya redha Allah yang mampu tetapkan hati zie dan dengan rahmat Allah juga dapat membaiki segala kelemahan hamba ini… May His blessing be with us in every single time…

0 comments: