Mesti semua orang tahu kisah burung ababil kan? Burung ape? burung ababil...burunng ape? burung ababil,sayang...kisah burung yang dihantar Allah untuk menyelamatkan Mekah dari serangan tentera Abrahah. Ia bukan burung biasa tapi burung penyelamat...kisah zie ni tiada kene mengena dengan burung tapi ada kena mengena dengan bantuan Allah yang sangat tak dijangka...
Ia berlaku 31 sept lalu bilamana tepat jam 5 ptg semua pelajar UIA level 3 akan pre-register untuk subject sem depan. Regiatration perlulah dilakukan online. Seperti sem2 yang sudah zie and kawan2 seramai 5 orang akan ke Ampang untuk mencari CC kerana wireless dalam UIA sangatlah lembap disaat2 tersebut.
Setelah kami menemui CC yang sesuai kami pun start menghitung waktu menanti pukul 5 tepat.
Tepat jam 5 ptg,zie terus click 'log in' tapi malangnya zie ter'block' dari pre-registration atas sebab2 yang berkaitan dengan Finance Division. Sedih sungguh...Dalam hati zie mungkin Finance belum key in slip bayaran yuran yang zie hantar semalam...takpelah esok zie akan settlekan.
Keesokannya zie pergi ke Finance division, ramai sungguh orang kat situ,mungkin mengalami masalah yang sama dengan zie. Zie terus tanya akak kat kaunter tu pasal slip bank yang zie dah hantar semalam tapi dengan selambernya akak tu suru zie tunjuk copy slip yang lain sebab dia tak tahu kat mana slip zie yang zie hantar semalam. (setiap pembayaran di bank akan diberi 2 slip, satu fianance copy [untuk dihantar ke Finance division] dan satu lagi student copy[untuk di simpan oleh pelajar]) Wah lepas tangan sungguh... tapi zie malas nak argue,zie pun terus balik kebilik untuk ambil copy slip bank lain...bukan dekat tu...penat sangat2... sampai kat Finance zie terus bagi kat akak tu untuk di key in. Setelah hampir dua jam menunggu akak tu pun panggil zie, katanya dia dah key in slip tu tapi still registration zie kena block sebab ada hutang lain berjumlah RM1660 yang zie masih tak bayar. katanya yuran masa 1st year 1st sem... Seingat zie yang tak nyanyuk lagi semua yuran zie dah bayar tanpa ada sedikit hutang pun. zie kemudian bertemu dengan pegawai bertugas dan bertanya status zie dan apa yang harus zie buat. tapi dengan selaamber dia kata, "Tiada rekod bayaran dalam sisitem kami. Tu menunjukkan awak belum bayar...kalau awak nak release block,awak kena bayar balik la...Kalau awak kata awak dak bayar, tunjuk la slip bank..."
Bayangkan perasaan zie masa tu. Mana zie nak cari RM1660 dalam masa sehari... Zie sangat2 yakin zie dah bayar dan dah hantar office copy bank slip...kalau betul zie tak bayar masa 1st year kenapa registration zie baru diblock masa zie 3rd year...mana zie nak cari bank slip yang zie bayar masa tahun 2007? impossible zie masih simpan....akhirnya kawan zie suggest zie pergi minta slip bank tu kat bank kerana pasti bank ada simpan segala bukti transaction...zie pun mula menunggu kat bank sampailah pukul 2ptg. dan akhirnya pegawai bank tu cakap dia tak boleh cari balik slip tu melainkan zie beritahu specified date bayaran yang zie buat masa tahun 2007 tu...sekali lagi zie buntu...mana la zie ingat...paling zie boleh ingat pun zie bayar yuran dalam bulan ogos or september...that's all...
Masa tu Allah saje yang tahu betapi lemah dan lesunya perasaan zie...tapi zie tetap kuatkan semangat untuk pulang kebilik dan cuba nasib dengan cara mencari copy slip bank tersebut yang mungkin zie masih ada simpan dalam mana2 kotak...Sampai kat bilik zie terus memulakan proses menggeledah...dari satu kotak ke sati kotak hinggalah ke kotak terakhir,tapi zie still tak jumpa...Hanya Allah yang zie ingat masa tu sebab zie yakin yang Allah tak akan bebankan zie dengan sesuatu yang tak mampu zie tanggung...Segenap ruang bilik zie cari... Tiba2 sahabat zie Raihana call, katanya, "zie,pinjam duit rai dululah Rm1660 tu.yang penting bayar dulu, biar dia release block..."
Dalam hati zie bercampur baur...kalau zie terima zie akan berhutang dengan Rai...oh tidak, zie taknak berhutang tapi kalau zie tak hantar ke finance segera tak dapatlah zie register untuk sem depan...zie pun mula mencapai tudung untuk ke bank kerana rai dah sedia untuk transfer duit tu. Tiba2 zie terfikir, ini mesti bukan penyelesaiannya Allah sediakan sebab jalan ni tak akan menyelesaikan melainkan hanya sekadar jalan keluar sementara... tapi memandangkan tiada jalan lain zie terpaksa terima. tiba2 hati kecil zie ingin mencari buku bank, mungkin membantu...
Tapi sekali lagi zie tension sebab zie tak jumpa buku bank tersebut...segala fail zie buka tapi tak ada....ujian oh ujian...dan akhirnya tangan zie terasa ringan untuk membuka laci yang hanya tersimpan 3 buah buku nota lama...zie selak sati persatu buku nota tersebut dan tiba2 mata zie terpandang slip bank yang zie tah tahu yang sem bila...zie cepat2 mencapainya dan...Alhamdulillah jelas tertera nilai wang Rm1660 yang bertarikh 2 September 2007... masa tu Allah je tahu betapa zie rasa syukur sebab Allah dah hantar ababil untuk zie bagi menyelesaikan segala tekanan... dan tanpa sedar mata zie mencurah2kan air yang sangat sukar untuk berhenti... Terus terang zie katakan zie tiada keyakinan langsung yang slip tu masih wujud dalam simpanan zie kerana zie rasa mungkin zie dah terbuang dulu.TERIMA KASIH YA ALLAH...SESUNGGUHNYA KAULAH SEBAIK-BAIK PENOLONG...
Akhirnya 15 minit sebelum pre registrtion period ditutup iaitu pada jam 4.45pm zie berjaya meregister semua subject.Alhamdulillah....
Kejadian yang berlaku oada zie ni mungkin salah satu daripada seribu yang berlaku. Zie pasti ramai lagi student yang tak bersalah yang mengalami nasib yang sama. Ada yang bila diberitahu dia ada hutang dia segera melunaskannya tanpa banyak tanya tapi bila pergi ke Finance Division dia diberitahu ada lagi hutang lain lalu dengan jujurnya sekali lagi dia pergi banyar, hingga hampir 4 kali dia berulang alik ke bank...Jujur betul dia ni...Tapi zie rasa masalah dia bukan berpunca dari kesilapan dia tak membayar yuran tapi mungkin kerana kecuaian Finance division sebagaimana yang berlaku kat zie...
Kepada Finance Division IIUM, jangan lepas tangan... Jangan letak segala beban pembuktian atas bahu pelajar semata2!
I'm proud to be anak penternak..
-
Umur zie dah hampir2 nk ke penghujung 20-an..Dan sepanjang tu zie dah
menyaksikan teeeerlalu byk pengorbanan seorang lelaki bernama ayah n
seorang wanit...
9 years ago
2 comments:
kt rasa sem ni rmi org yg de prob ngn finance..even dh byr sume yuran,dikatanya x byr..sikap petugas kat kauter tu tak patut kn...sepatutnya dia paham,pre reg tu penting bg kt kn?
alhamdulillah zie jumpa blk slip tu..ni watkan kt nak cr blk slip lama kt..tkt jadi mende cmni lak
>fiza<
mjur la tuhan tlg...
kalau xjumpa slip tu tak tau la...
pttnya diorg dah tau byk case salah diorg bukan student so xyah la block utk pre rep.dh la masa pre rep sehari je....
sabar jela...
Post a Comment