Kalau tajuk entry sebelum ni 'Melayu Mudah Lupa' zie ckp pasal politik kat Malaysia tapi ni tajuk hampir sama tapi entrynya ada kaitan dengan dunia islam kat luar. Ye issue yg hampir sume orang lupakan. Issue Palestin dan kekejaman Israil. terdetik sebab banyak kali orang tanya zie benda yang sama. Semalam sahabat zie tanya: "zie tadi saya makan kat Pizza Hut dengan Kakak saya, kene boikot lagi ke?" and sebulan lepas roomate zie cakap: "zie,Aisyah belanja makan KFC, sekarang dah takyah boikot kan." and ada gak yang ckp,"zie,rindu la nk makan kat MacDonald.Sekali sekala takpe kan?"
Ni antara apa yang ditanya tapi banyak lagi sebenarnya. dari handbill yang pernah zie dapat KFC,MacDonald Pizza Hut and Maggie memang antara products yang perlu diboikot kerana dikatakan mereka antara penyumbang kepada Israil dan membantu Israil menindas Palestin. Sekarang ramai pulak yang mengeluarkan kenyataan yang zie sendiri tak pasti betul atau tudak yang mengatakan products tersebut tak perlu di boikot. Entah la betul tak tapi zie rasa kalau kita boikot pun tak mati kebulur kita.
Cuba kita singkap kembali memory berdarah yang berlaku awal tahun ni apabila Israil bertubi2 menyerang Palestin hingga menyebabkan beratus nyawa tak berdosa melayang begitu saja. Saat tu ramai yang bangkit dengan kemarahan mengutuk Israil termasuklah mengadakan tunjuk perasaan di jalanan. Pungutan derma pula tak putus2 menunjukkan betapa concernnya kita terhadap penderitaan muslim di Palestin. Setelah beberapa bulan berlalu dan tiada lagi cerita2 kisah pengeboman di Palestin umat Islam terutamanya di Malaysia kembali lupa and nyanyuk.KFC and MacDonald kembali jadi tumpuan. Tiap masa penuh dengan muslim yang terlalu laparkan western food. Macam la kat restoran lain takde ayam goreng.
Untuk pengetahuan semua kezaliman Israil tak pernah berhenti dan penderitaan warga Palestin masih mereka rasa hingga kini. Warga Palestin sekarang masih menggunakan kudrat empat kerat mereka demi melawan musuh tapi muslim di Malaysia sudah give up memboikot. Kononnya tak boleh hidup tanpa products tersebut.
Saranan zie kepada yang gemarkan makanan2 tersebut cari la altenatif lain. Sekecil mana pun usaha kita untuk mengelak kezaliman pasti dihitung dan diberi ganjaran yang besar dari Allah...
Sekadar selingan, cuba kita ingat kembali kisah seekor burung kecil yang membawa air dengan paruhnya bagi memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim. Katanya, "Aku akan buat apa yang terdaya walaupun usahaku terlalu kecil tapi sekurang2nya jika aku disoal Allah kelak, aku boleh menjawab yang aku telah lakukan sesuatu sehabis dayaku..."
0 comments:
Post a Comment