

Posted by theonlywan at 12:03 AM 0 comments
Posted by theonlywan at 11:12 PM 0 comments
HATI… manusia sering berbangga dengannya, bukan sekadar kerana fungsinya dari segi saintifik bahkan kerana sifatnya yang abstrak dalam mengawal keputusan minda. Persoalan yang timbul ialah adakah manusia yang mengawal hati? Atau mungkinkah kuasa luar yang mengawal hati dan manusia hanya mengikut kata hati? Kalau andaiaan kedua yang benar maka ternyata kuasa terbesar dalam system tubuh manusia adalah hati dan kuasa yang lebih besar adalah yang mengawal hati…Ya, andaian kedualah yang lebih tepat. Ayat bangga manusia yang biasa didengar seperti, “ikut suka hati aku la…” jelas menunjukkan yang manusia sendiri tidak faham bagaimana hati berfungsi.
Hati dalam bahasa arab diterjemahkan sebagai qolbi atau kata majmuknya qulub dan membawa makna yang berbolak-balik atau yang berubah-ubah. Siapa yang mengubah hati? Tentu kuasa tertinggi yang juga pencipta hati tersebut. Dari definasi qolbi sendiri dah menunjukkan sifatnya. Berbolak-balik dan berubah-ubah.
Memandangkan yang mengawal hati kita adalah Penguasa Utama maka tiada cara terbaik yang mampu kita lakukan untuk memastikan Dia tak mengubah hati supaya cenderung kepada keburukan melainkan dengan ibadat dan doa yang berpanjangan. Kerana sesungguhnya Allah boleh mengubah hati manusia dengan cukup mudah,hanya dengan mengambil kembali hidayah yang diberi. Kerana dengan hidayahnyalah manusia terdorong untuk berbuat baik. Walau bagaimanapun, kita harus ingat bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang dan Dia tidak menarik hidayah melainkan kerana sikap manusia sendiri yang lupa dan leka dari engingatiNya. Sebagai muslim,sepatutunya inilah yang paling patut ditakuti. Takut Allah akan mengambil kembali taufik dan hidayah yang diberi sehingga kita mampu mengenal islam dan menebalkan iman. Tanpanya seorang muslim tidak akan berbeza dengan seorang kafir.
Kerana sifat hati yang tidak dikawal oleh akal menyebabkan ramai orang berubah dengan drastiknya. Contohnya yang bertudung sekarang free hair, yang berilmu agama tapi sibuk dating sana sini, yang baru habis belajar dari bumi anbiya’ tapi ikut ajaran sesat,yang dulu sayang dengan tudung bulat tapi sekarang sekadar berbawal singkat lagi jarang dan macam-macam lagi contoh didepan mata.
Sesungguhnya seorang alim ulama’ sekalipun tak mampu nak memastikan iman dan islam yang dipegang hari ini akan kekal sampai esok apatah lagi akan berterusan hingga ke nafas terakhir. Jadi jangan sekali-kali berbangga dengan keimanan kita sekarang. Kita sebagai hamba hanya mampu terus berdoa semoga Allah kekalkan nikmat islam dan iman yang ada semoga nikmat hidayah tersebut kekal hingga ajal menjemput kita.
“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hati-hati kami diatas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”
p/s: entry ini ditulis bukan kerana zie melihat banyak hati-hati yang diubah Allah tapi kerana zie sedar hati zie sendiri mudah berubah dan hanya redha Allah yang mampu tetapkan hati zie dan dengan rahmat Allah juga dapat membaiki segala kelemahan hamba ini… May His blessing be with us in every single time…
Posted by theonlywan at 2:35 PM 0 comments
sejuknya air...
aik,ajar iqra' ke ajar baca surat khabar ni?takpe la,ada faedah jugak...
Time tidur ada 4 orang anak orang asli yang nak tidur dengan kami,hehehe(asalkan mak korang tak bising,akak tak kesah...)
Malam tu zie tidur dengan nyenyaknya...walaupun sekadar beralas lengan...Nyenyak sampai tak terbangun masa hirasah(berkawal)...sorry ye Sal and Mas...
Memandangkan zie tidur tanpa gangguan langsung so before kul 4 zie dah terjaga dengan segarnya. Apalagi, terus cari hanset, CALL CATERER!!!
ahhhh caterer tak dapat dihubungi... zie dah start gabra...ramai orang dah mula tanya makanan...
Pukul 4.30am caterer datang bawak makanan sahur kami, HOOOREYYY
Before sahur kami qiamullail dulu. Pukul 5 lbh kami pun mula la makan tapi kali ni orang kampung tak join kami. just budak berempat yang tidur dengan kami je yang join sahur....
After sahur kkami solat subuh bersama pastu ada sesi tazkirah sampai pukul 7.15am.
Rehat jap pastu pukul 8am kami aerobic. Anak2 orang asli join sekali. Mak ayah diorang agak pemalu so diorang just tengok kami dari jauh.
Selesai aerobic kami adakan sedikit gotong royong membersihkan kawasan kampung. kali ni ayah2 orang asli join kami...
Sambil2 gotong royong, anak2 orang asli diajak bersukaneka...ceria betul mereka....
Tepat pukul 10am, kami adakan mentoring session, ajar anak2 orang asli mambaca menulis, mengira dan melukis....
Rajinnye...eh ke buat2 rajin depan camera ni?
Hampir pukul 11.30am wakil Jabatan Orang Asli daerah Hulu Selangor and Wakil Islamic Relief Malaysia datang...Pukul 11.30 kami mulakan majlis penutup. And part yang paling zie tak suka ialah kena bagi ucapan...tak suka la skema2 ni... Hentam sajela labu...
kemudian sesi penyampaian hadiah kepada kanak2 yang bersukaneka bermula...banyak gak hamper yang kami sediakan.harap budak2 tu suka. Tak lupa lepas tu majlis penyerahan sumbangan dari Islamic Relief Malaysia kepada wakil setiap keluarga...
yeyeye dapat hadiah...
sesi bagi sumbangan dari Islamic Relief Malaysia
Selepas solat zohor time sedih pun bermula, terpaksa berpisah dengan orang2 asli kat situ. Walaupun sekejap je pertemuan kami tapi zie rasakan mereka macam adik2 zie. Air mata zie rasa nak menitis bilamana zie tengah sibuk angkat barang masuk bus,sorang anak orang asli yang bernama Noraini datang kat zie dan pegang pinggang zie sambil kata, "akak, saya sayang akak..." saat tu zie hanya boleh kata, "akak pun sayang kat adik..."dan kemudian beberapa anak2 lain kata, "akak, apakata kalau akak jangan balik,duk la kat sini..." huhuhu.nak nangis...
Hampir pukul 3 bus kami bergerak meninggalkan Kampung Songkok, Batang Kali Selangor...
Sayonara adik2...InsyaAllah andai panjang umur kita jumpa lagi dan kakZie harap saat tu kalian semua akan solat jemaah bersama kami dan dapat baca Al Quran dengan baik....Insya Allah...
Posted by theonlywan at 1:50 AM 3 comments
Posted by theonlywan at 8:17 AM 0 comments
Get your own Digital Clock