CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 27, 2010

My Practical!!@@

Bermula 13hb 4 baru2 ni zie start wat practical atau name sebenarnya Law Attachment Program (LAP). Zie wat LAP kat sebuah legal firm kat Kuala Terengganu. Sekadar information,firm ni didaftarkan dengan name ASHIKIN MARTINI DAN IZZATUL & Co yang terletak di bangunan Wisma Chua Ah Kee berhampiran dengan Stadium Sultan Ismail.
Seawal jam 8pagi zie akan ke firm dengan menaiki kereta Kak Liza spupu Zie. Sampai di firm lbh kurang pukul 815pagi zie akan mula bukak laptop. 1st thing to do is check FaceBook. 830pagi start keje (tu pun lau ada keje). Biasanya keje akan ada lau bos zie ada. Hari pertama zie di ajar perkara2 asas je. Cara nak photostat document2, susun document dalam file, wat surat2 tuntutan dan lain2 lagi. Nampak memang sangat senang tapi memandangkan semua document ni adalah legal document, ketelitian amat dititik beratkan sebab kalau salah silap haribulan boleh kena saman balik oleh client. Zie jugak di suruh ke bank bagi menyelesaikan keje2 berkaitan cheque. Bank in cheque ke account client, cash cheque n len2 lagi...Senang je kan tapi perkara senang la kadang kita lebih mudah tersilap. Pernah zie tersilap ambil no account firm yang diberi kerani. Seram sejuk jugak sebab cheque tu bernilai 24ribu lbh. Memang la bukan salah zie sebab kerani tu yang bagi and zie just tulis and bawa ke bank tapi bila benda tu duk ditangan kita, by hook or by crook kita akan dipertanggungjawabkn. Mujur la dengan sedikit ilmu banking zie berjaya tenangkn hati zie sebab mengikut ilmu banking kalau ada kekeliruan pada detail cheque, pihak bank bertanggungjawab menghentikan apa2 proses pembankan melainkan dengan izin payer.
Seronok sebenarnya kerja kat legal firm ni tapi sedikit tertekan sebab terpaksa jadi seorang yang sangat teliti. Kena buat agreement sampai berulangkali hanya kerana kesilapan yang sedikit. Mujurla semuanya guna softcopy,senang dan mudah.
Perkara paling boring masa LAP ialah time xde keje nak dibuat...jawabnye melangut depan FB je la...Tapi kadang2 ada jugak kebaikan freetime sebab masa tu la kita boleh study file2 case samada yg da ditutup or still in progress...
Dan sangat seronok time LAP bila diarah ke pejabat tanah dan galian untuk buat carian rasmi. Carian rasmi sangat penting bila kita deal dengan transfer of land sebab hanya dalam carian rasmi je kita dapat tahu status land tu pada waktu tu sebab kadang memang la mengikut geran, land owner ada legal title atas land tu tapi kita tak tahu samada land tu da di'caveat' or da di mortgage/charge so pada carian rasmi tu la semua current transaction akan tercatat...
Kadang2 kami juga dibenarkan ke court untuk dengar hearing sebab Lawyer firm ni sangat berharap kami boleh belajar banyak perkara lain selain pasal accident and loan je contohnya pasal criminal yang bagi zie sangat menyeronokkan. Kes criminal yang paling best ialah kes murder. Sangat mencabar...
Esok kami akan menimba ilmu kat court syar'ie plak...Tak sabar nak dengar kes cerai or hadhonah or tuntutan nafkah...huuhuhu
Semoga sepanjang 3 bulan ber'LAP' kami akan cungkil sebanyak mungkin ilmu...InsyaAllah...

0 comments: