CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 24, 2010

Panas ker?


INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA...

Nama nya gah dek title 'Islam' yang ada padanya... Samapai kadang2 bila orang dengar je student IIUM orang akan terbayangkan gadis bertudung litup, ayu dan sopan... Lelakinya pula pasti cukup budiman dengan wajah terpancar keimanan yang menebal. Tapi itukah hakikatnya?

Bukan Ziey berniat nak memburukkan gedung ilmu sendiri tapi sekadar ingin berbicara tentang realiti. Realiti sebuah kehidupan kampus yang penuh dengan watak-watak yang menarik.

Walaupun Zie tahu mana-mana universiti kat Malaysia ni pasti tak dapat lari daripada pelajar yang bermasalah dan yang suka mencipta masalah. Emmm, Zie dah pernah masuk ke UDM, UM, UKM and UMT dan suasananya memang tidak banyak berbeza. Tak banyak ke? Emmm mungkin beza yang ada bergantung pada sudut apa yang anda pandang. Kalau IIUM secara 'surface'nya memang terbaik bagi Zie. Semua pelajar wanita yang beragama Islam wajib bertudung manakala yang bukan Islam pula wajib sekurang-kurangnya berskaf bagi menghormati orang Islam. Permandangan yang amat menarik dengan bilangan bukan Islam yang hanya minoriti menjadikan IIUM benar-benar sebuah taman berunsur islamic. Garden of Knowledge and Vertue la katakan.

Tapi tu sekadar di surfacenya. Andai kita selam kehidupan sebenar pelajar-pelajar nya pasti berkerut dahi dibuatnya. Antaranya bila memikirkan terdapat segelintir pelajar wanita beragama Islam bertudung sekadar memenuhi syarat. Ini bukan omong kosong. Dah beberapa kali Zie terserempak dengan pelajar 'muslimah' yang segera mencabut tudungnya sejurus melepasi gate pengawal...Astargfirullah. Panas sangat ke sampai tak sabar-sabar nak buka tudung? Rimas sangat ke nak bertudung?

Tu yang Zie terserempak kat luar tapi mengikut maklumat yang Zie dapat dari beberapa sahabat, ramai lagi 'muslimah' yang sebenarnya tak bertudung di luar. Ada yang tanpa segan silu me'upload' gambar tak bertudung mereka dalam facebook.

Kalau ikutkan ilmu agama yang diajar, Zie tak rasa ada kekurangan. Subject Islamic World View, Knowledge and Islamic Civilization, Islamic Ethics and Method of Da'wah antara subject wajib bagi semua pelajar. Tapi mungkin ramai yang belajar sekadar untuk dapat A. Atau mungkin secara teorinya mereka memang tahu tapi masih buntu bagaimana nak di'apply' dalam kehidupan. Sedih bila mengenangkan perkara macam ni berlaku di bumi IIUM yang mulia ni.

Tu baru Zie rungkai sedikit sebanyak kisah tudung, mungkin baru 2% dari realiti, belum lagi kisah2 lain yang amat menekan jiwa.

Ya Allah sesungguhnya hanya padaMu tempat kami pohon hidayah. Jadikanlah kami golongan yang bahagia dengan SyariahMu. Kekalkan hidayah yang ada, tambahkan hidayah yang kurang...Sesungguhnya Kau pemilik hidayah dan pertunjuk...

Amin.

2 comments:

pensel kayu said...

setuju benar dengan pendapat kamu..

theonlywan said...

ia bkn sekadar pendapat tp kenyataan yg perit utk ditelan...huhu