CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 15, 2009

BTN...Relevant ke?

Isu kursus BTN atau Biro Tata Negara semakin rancak diperkatakan terutamanya selepas kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk ‘mengharamkan’ pelajar-pelajar dibawah bidang kuasa negeri Selangor dari mengikuti kursus terbabit. Yang menjadi persoalan ialah; kenapa ingin diharamkan? Dan kepada pihak yang terlalu bersemangat mempertahankan kursus tersebut, soalnya adakah kursus tersebut relevant untuk diteruskan?

Argument kerajaan negeri Selangor ialah kursus tersebut berbaur politik dan agak perkauman manakala pihak kerajaan persekutuan pula menyatakan kursus tersebut mempunyai objective yang sangat bagus iaitu mengeratkan perpaduan dan rasa cinta pada Negara.

Disini zie nak tekankan bahawa objective dan jalan untuk mencapai objective adalah dua perkara yang berbeza. Sesiapa saja boleh mereka seribu objective tapi andainya jalan atau pendekatan yang digunakan tidak betul objective tak akan tercapai. Seolah-olah petani yang ingin menanam pokok limau tapi yang disemai adalah pokok mempelam. Sampai bila-bila pun pokok limau takkan tumbuh. Sama juga dengan polisi Islam hadhari yang diperkenalkan dulu. Sebut saja objectivenya sapa pun takkan membangkang kononnya untuk kemajuan muslimin masa kini tapi hakikatnya apa pendekatan yang diguna? bahkan Hedonism yang berleluasa.

Berbalik kepada isu BTN, sekali lagi zie nak tanya relevantkah BTN dalam menyatupadukan masyarakat majmuk di Malaysia? Zie sekadar ingin bercerita pengalaman zie menghadiri BTN (bukan PLKN) di sekolah dahulu. Pada mulanya zie berniat untuk ignore je kursus tu tapi guru zi yang in charged untuk program tu kata kalau zie pergi sekarang kat university nanti zie tak payah pergi lagi so zie pergi jela. Program 5 hari yang diadakan di Dungun itu telah dihadiri oleh pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM,STAM dan STPM.

Peserta dibahagikan dalam kumpulan dan akan ada seorang fasilitator bagi setiap kumpulan. First time zie tengok fasilitator kami zie nampak dia agak warak. Senaskhah Al Quran di tangan sambil mulutnya kelihatan sibuk menghafal Al Quran. Wah macam tuk imam masjid Negara je. Task pertama kami, kami dibahagi kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan perlu mencari ‘sebab kenapa Malaysia layak digelar Negara Islam’ dan kumpulan zie pulak, ‘kenapa Malaysia tak layak digelar Negara Islam. Di akhir perbentangan, fasi kami menyangkal semua point2 dari grup zie manakala dia membenarkan semua point dari grup satu lagi. Yang paling mengecewakan bila dia kata ‘sesebuah Negara tu tak perlu amalkan keseluruhan syariah untuk digelar Negara Islam, cukup sekadar ambil sebahagian’ maksudnya hukum hudud dan kisas tu tak perlu la ye? So kalau arini nak sembah Allah pastu esok nak sembah matahari boleh la ye? Kalau macam tu America pun boleh di gelar Negara Islam la ye?huhuhu lawaknya…meleset sangkaan zie tentang ‘pakcik yg warak’ tu .

Pastu ada plak satu lagi task yang mana setiap group diberi satu ‘majung paper’ dan disuruh melukis sebuah Negara impian. Maka dengan penuh rasa patriotic dan berjiwa masyarakat majmuk kami pun lukis la satu Negara kecil siap kami bahagikan kawasan perkuburan bagi penganut Islam, Kristian, Buddha and Hindu dan tempat ibadat semua agama. Siap lukis kami pun bentang. Dan dengan bahagianya fasi-fasi tersebut meng‘condemn’ Negara ciptaan kami dan kata ‘korang nak ajak lagi orang cina and india tinggal senegara dengan korang?’ Tersentak jugak zie dengar. Semangat ke’melayu’an yang sangat tinggi dalam jiwa fasi-fasi tersebut. Mana pergi jiwa perpaduan dan kemajmukan ni? Isy3.

Antara benda pelik lain ialah lagu temanya. Zie ingat sikit je yang depan; “anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi, air mata darah bercampur keringat, bumi di pijak milik orang” sampai sekarang zie still tak faham maksud lagu tu? Kita kena jajah lagi ke? Kalau secara perundangan, ye, kita masih 50% dijajah. Mungkin peratusannya lebih tinggi, zie tak pasti. Atau adakah kerana tanah-tanah yang kita duduki sekarang milik orang-orang bukan melayu? Entah la zie pu tak faham.
Ada satu perkara dalam kursus tersebut yang buat zie menyesal sampai sekarang. Masa tu kami semua terlambat 5 minit untuk hadiri riadah pagi. Pakcik ala-ala askar tu denda kami lari satu round dan siapa paling lambat akan di suruh lari 5 round lagi. Dan dia warning ‘jangan tunggu kawan, kalau dia jatuh biar je, kalau tak korang kena round sekali. Dan malangnya kawan zie Maa jatuh depan mata zie dan dengan bodohnya zie tetap terus lari. ‘Maaf Maa, zie tak tolong Maa masa tu, sorry sangat3.’ Sampai sekarang zie terbayang lagi betapa pentingkan dirinya zie masa tu. Yang zie pelik kenapa pakcik ala ala askar tu larang macam tu? Dia tak belajar sikap setiakawan ke? Ni la sikap yang paling kita kena elak. Tak mahu tolong kawan semata-mata takut pada entah sape-sape.

Ni pengalaman zie masa zie hadiri kursus BTN pada awal tahun 2005. Sekarang zie tak tahu BTN macam mana. Dari pengalaman zie korang decide la sendiri kursus BTN ni relevant ke tak untuk diteruskan. Apa yang pasti sijil kursus tersebut direject oleh officer UIA dan diorang wajibkan zie hadirinya sekali lagi. Wat penat je pergi dulu. Mujurla kat UIA BTNnya hanya sekadar ‘talk’ 2 hari. Tak kesah sebab zie boleh zZzZzZzzzzz kat belakang masa diorang cakap kat depan.hahahaha

2 comments:

radhiahsyahida said...

hoho..
sungguh xreleven kak..
dlu penah sy join ms kat mtric..
ade ke patut..
dlm 1 grup yg cmpur B n S
dorg suh wt 1 bangunan yg paling tinggi n teguh mggunakan badan..
of cos ade yg kena pijak bdn2 org lain..
huhu..
sgt menyesal la pg prog tu..

theonlywan said...

>Radhiah
tula,bila diorang kate BTN ni ok tase nak muntah je...atah darat kering dia nak nipu...