Berapa harga seorang perempuan?
Kalau harga sebungkus roti boleh dilihat pada pembungkusnya,
harga satu set sofa boleh diketahui melalui katalognya maka dimana pula
tersembunyinya harga seorang yang bernama wanita…siapa pula yang menentukannya?
Jika harga sebungkus biskut ditetapkan oleh pengilangnya,
maka harga seorang wanita ditentukan oleh penciptanya iaitu Allah SWT.
Islam meletakkan seorang wanita di tempat yang begitu tinggi
di mana maruahnya dijaga begitu rapi malangnya wanita yang pada i/c nya seorang
muslimah seringkali terkeliru lantas memilih cara hidup yang melonggokkannya kelembah kehinaan.
Lihat sahaja iklan-iklan di tv, dipapan2 iklan tepi jalan
juga dimuka2 majalah… wanita diperguna sewenangnya hingga mereka kelihatan lebih murah dari sehelai alas kaki. Bukan
sahaja bentuk badan dan kulit wanita didedahkan untuk tontonan malahan
kemerduan suara mereka juga dilagakan seolah2 seekor burung tekukur di padang
pertandingan.
Manusia semakin bodoh dan sesat apabila dengan sengaja atau
mungkin juga dengan kejahilannya sengaja mengeploitasi wanita bertentangan
dengan syariat samada sebagaimana arahan Allah yang termaktub di dalam AlQuran
atau yang terukir dalam hadis Rasulullah.
Bilamana ada ayat yang mengatakan tentang larangan wanita
menghentak kaki hingga menghasilkan bunyi gelang kakinya dan ulama mengkiaskan
pengharaman tersebut kepada suara wanita yang dimerdu2kan maka manusia yang
beraqal burung unta tampil berani dengan mempertandingkan suara nyanyian wanita.
Bukan itu sahaja suara nyanyian diiringi pula dengan lenggokan dan gelekan
menggoda umpama penari arab zaman jahiliah. Tentang pakaian usah dipersoal
lagi, semakin lama semakin ghairah pula si wanita menonjolkan segala apa yang
ada dengan alasan ‘anugerah tuhan usah dipersia’.
Iklan2 kini juga kelihatan benar2 menjadikan wanita umpama
barang dagangan. Syariat telah jelas mengatakan wanita yang berwangian2 lalu
melalui dihadapan lelaki lalu dipuji keharumannya sama umpama pelacur. Entah
kerana jahil atau sengaja, muncul pula iklan yang meletakkan wanita sebagai
pelacur kehormat. Iklan yang menunjukkan wanita memakai wangian lalu berjalan
dihadapan lelaki dan lelaki tersebut tergoda dengan wangian sambil berkata
‘emmmm wangi…’ wanita terbabit kelihatan cantik dan hebat namun hakikatnya dia
tak lebih hanya melakonkan kisah seorang pelacur.
Tak cukup dengan iklan minyak wangi, iklan losyen dan
mandian juga kelihatan sangat melampau. Bukankah syariat melarang persentuhan
lelaki dengan wanita bukan mahram hinggakan ianya dikatakan umpama menyentuh
besi yang sedang membakar. Namun iklan losyen kini memaparkan sikap melampau
seorang wanita apabila dengan sengaja si wanita tadi menggeselkan badannya pada
lelaki agar si lelaki merasai kelembutan kulitnya. Ini cukup2 meletakkan taraf
seorang wanita lebih rendah dari seekor kera kerana seekor kera betina tidak
semudah itu menggoda sang kera jantan sedangkan manusia tersenyum bangga bila
kehalusan kulitnya dipuji oleh bukan mahramnya.
Selain itu diperhatikan kini maruah wanita umpama diperlekeh
apabila hal sensitive wanita kini jadi bahan paparan dan lawak semata2 ingin
mempromosi barang jualan. Paling senang dilihat adalah iklan tuala wanita. Jika
15 tahun dahulu, bilamana kita ingin membeli tuala wanita maka pekedai akan
membungkusnya dengan surat khabar sebelum dimasukkan didalam plastic kerana
perkara tersebut sangat menyegankan bagi kita. Iklan tuala wanita juga sukar
dilihat di tv. (mungkin kerana kurangnya jenama tuala wanita ketika itu). Kalau
adapun iklan, ianya cukup tersembunyi maksudnya hingga ianya hanya difahami
oleh yang bergelar wanita, tapi kini iklan tuala wanita cukup memalukan bagiku.
Segala2nya dipertonton dan diberitahu hingga jadi bahan lawak. Lebih buruk,
kamera dengan sengaja mengfokuskan bahagian bawah pinggang wanita sedangkan
jika tidak ditunjukpun pasti orang tahu dimana tuala wanita dipakai.
Wahai wanita, cukuplah iklan2 sijahil ini sahaja yang
merendahkan martabat kita. Jangan kita sendiri yang melondehkan maruah kita
demi sebuah kemodenan. Kerana kita cukup berharga bergantung dimana dan
bagaimana kita menggunakan nikmat kurniaannya.
Jagalah malumu kerana itu mahkotamu…
Aduhai puteriku sayang...
Puteriku sayang...
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik persis wajahmu,disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agong tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada suapa yang akan boleh merampasnya
Malainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteri ku sayang kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang kau bunga idaman…..
Puteriku sayang...
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik persis wajahmu,disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agong tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada suapa yang akan boleh merampasnya
Malainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteri ku sayang kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang kau bunga idaman…..