CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 17, 2009

Puteri2 November


Hari ni masuk ke hari ke tujuh belas dalam bulan November. Dan baru zie sedar yang ramai sungguh sahabat2 zie lahir bulan November ni termasuk lah kak long zie yang tersayang…
Antara puteri-puteri bulan November ialah:





12/11/1983: Kak Long zie Wan Nazalina Binti Wan Bakar


12/11/1987: Sahabat zie Nur Hafizah Jalil

15/11/1987: Sahabat zie Sakinah Abdul Rahman

17/11/1987: Sahabat zie Raihana Maimunah Rushdi


Hehehe ramai ke ni? Ramai lah kan…more than one becomes plural…Aksar min isnain yakunu jama’…hehehe

Dengan bangganya zie nak nyanyi…Tahan telinga masing-masing ok…jangan tutup telinga sebab nanti zie rasa hati…

Allah Selamatkan kamu..
Allah Selamatkan Kamu…
Allah selamatkan kamu semua…
Allah selamatkan kamu…
Happy Birthday to you…
Happy Birthday to you…
Happy Birthday to all of you…
Happy Birthday to you…
Sannah hilwah ya jamilaat…
Sannah hilwah ya jamilaat…
Sannah hilwah ya jamilaat…
Sannah hilwah ya jamilaat…

Kpd Kak Long…
R*** adalah adik yang paling beruntung kerana mempunya kak long seperti Kak Long… Kau lah kak long, kau lah sahabat, kau lah teman… Terima kasih atas segala pengorbananmu…I love you more than myself… Semoga dapat sambut besday ke 100 bersama anak2 sedara dan cucu cicit sedara…Love youuuuuu soooo muchhhh…





Kpd E-zah…
Kita mula kenal sejak form 1,bila kita mula tahu erti berdikari…
Kita mula rapat sejak form 2, bila kita mula sedar erti sebuah ukhuwwah... kini memory kenakalan kita terpahat kukuh di bangunan blok D…Blok yang mengajar kita erti sabar dan tabah…
Kita mula kamcing masa form 4, bila kita sebilik… Bilik 11B jadi saksi segala memory pahit manis…Moga bangunan tu masih ingat wajah2 kita yang pernah menggegarkannya…
Kita mula kaccip masa kita thanawi 1, 2 & 3…Jatuh bangun kita bersama hinggalah lambaian UIA memanggilku, dan saat itu aku terpaksa meninggalkan mu…Namun…hingga kini kau tak pernah luput dari ingatanku…
Heppy besday, jgn lupa jemput aku masa mu sambut besday ke 100 kekgi deh…masa tu boleh aku kenal anok cucu mu… Masa tu aku nak kabo ke diorang “nama nenek, Nek Wan Nazirah…Name glemer nek zie…” Love you…





Kpd Sakinah…
Perkenalan kita bermula masa kita Thanawi 1, tapi mungkin zie sombong skit masa tu…Biasalah Budak lama SMAASZA mesti action skit… Tapi bila zie kenal kinah baru zie tahu kinah sahabat setia yang berhati mulia…Kita makin rapat masa thanawi 3…
Hobi kita wat bullat blakang class. Kalau hari ahad time study kita mesti makan mee rebus hak zie bawak dari umoh…Waaaa bestnya memory tu…Sume benda kita nak kongsi… Ibarat kata Nisa’ “sebiji epal pun kalu makan sekelas boleh kenyang…dan memang pun…
Semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhirnya… Jangan lupa jemput zie masa majlis cukur jambul cicit kinah deh….Love you…





Kpd Rai…
What I can say about you? If I write a book describing about you, it should be very thick. 3 years knowing you make me know how much I love you. You are the friend who always be with me in happiness and in hardship… You give your hand when I need it. You give your shoulder to reduce my tiredness of life…
Memory dalam tutorial Dr Mahanoon, getaran jiwa sama dikongsi… arrggg masih ku ingat lagi… Memory bersahur dan berbuka bersama… alangkah bahagia…Thanks for being my friend… I hope it will be long lasting friendship…Jgn lupe jmput zie masa majlis perasmian legal firm cucu Rai…Mana la tau cucu Rai ikut Rai tapi kalau dia ikut moyang dia pun tak pe gak, ajak la zie gi majlis perasmian klinik cucu Rai…hehehe… Love you…


"Ya Allah puluhan tahun dahulu Kau lahirkan mereka kedunia... Kau munculkan senyuman dibibir ibu bapa mereka, Kau ceriakan keluarga mereka dek cahaya yang di bawa si kecil ini...

Ya Allah, kini mereka Kau jadikan insan yang sentiasa disisiku setiap saat dan detik... Kau bahagiakan aku dengan kehadiran mereka, Kau ringankan bebanan aku dengan bantuan mereka...Ya Allah sesungguhnya aku bahagia dengan adanya mereka...
Ya Allah aku pohon padaMu moga Kau jadikan mereka muslimah-muslimah yang menghiasi dunia dan Kau jadikanlah mereka juga penyeri syurgaMu...Ya Allah panjangkanlah umur mereka agar mereka dapat mengumpul sebanyak-banyaknya bekalan buat bertemuMu...Ya Allah kasihilah mereka sebagaimana Kau kasihi para nabi dan rasulMu...
Ya Allah makbulkanlah doaku kerana aku terlalu sayangkan mereka...."

P/s: Walaupun puteri-puteri November agak ramai tapi still tak boleh nak kalahkan putera puteri April tau...Meh zie listkan babies April...

2/4/1987: Zie la,Wan Nazirah Wan Bakar

2/4/1990: Adik zie, Wan Mohd Muzannir Wan Bakar

17/4/2006: Adik Zie, Wan Mohd Muhaimin Solihin Wan Bakar

2/4/1987: Sahabat zie, Rasyidah Radzali

9/4/1987:Sahabat zie, Nurul Farhana Ibrahim

11/4/1987: Sahabat zie, Rasyidah Abdullah

26/4/1987: Sahabat zie Nurul Hanim Mustafy

27/4/1987: Sahabat zie, Wan Ummu Kalsom Wan Hitam

Amacam?? Jeles tak?hahahaha

Monday, November 16, 2009

Cemburunya akuuuuu


Hari tu macam biasa zie akan mengadap Tv kat cafe sambil tunggu kueyrteaw sup zie siap. Kebetulan waktu lepas mahgrib jadi rancangan yang ditayangkan agak islamic. Tazkirah berkenaan haji oleh seorang ustz yang agak popular. Malangnya suaranya tenggelam timbul dek keriuhan cafe ditambah pula zie duduk dimeja yang agak belakang...

Sejurus selepas tamat tazkirah lagu Anuar Zain berkumandang;


Cintaku tak berdusta tak mengenal ingkar......bla bla bla bla(hehehe zie tak ingat la)


Apa yang menariknya lagu ni bukan ditujukan kepada sang kekasih yang fana tapi ia menceritakan cinta pada Allah.(walaupun niat sebenar lagu ni untuk kekasih bernama wanita).

Zie agak terpegun,tak sangka plak lagu ni boleh masuk dengan kisah cinta seorang hamba kepada pencipta. Ditambah pula gambar-gambar yang ditayangkan menunjukkan para muslim yang sedang khusyuk mengerjakan ibadah haji... bila zie selami lagu dan gambar2 yang ditunjukkan zie dapat rasa satu aura. Aura bahagia campur cemburu melihat orang yang sedang mendambakan kasih Ilahi, wajah mereka basah dengan air mata penyesalan dan kerinduan... Seronoknya mereka dapat melawat rumah Allah yang paling utama...

Bahagianya mereka dapat mengadu pada Allah betul betul diatas tanah paling suci didunia.

Bahagianya mereka...

bahagianya mereka..

Zie betul betul cemburu...

Ya Allah bilalah agaknya aku mampu merasai nikmat seperti mereka...

Ya Allah kurniakan aku nikmat sebegitu...
Ya Allah kurniakan juga Ibu Bapaku nikmat sebegiru...
Ya Allah kurniakan juga Adik Beradikku nikmat sebegitu
Ya Allah Kurniakan Saudara maraku nikmat sebegitu
Ya Allah kurniakan guru guruku nikmat sebegitu
Ya Allah kurniakan juga sahabat sahabatku nikmat sebegitu...
Amin...

Saturday, November 14, 2009

Novel Yang Mengharukan

Dalam kesibukan mentelaah buku-buku pelajaran, sempat lagi zie selit masa zie dengan menghabiskan pembacaan sebuah novel yang pada pandangan zie sangat istimewa. Kalau masa zaman sekolah menengah dulu novel keluaran Alaf 21 menjadi kegilaan kini ada novel baru yang sangat hebat penulisannya, punya nilai yang sangat tinggi serta pengaruh yang sangat besar bagi zie.
Dari mana zie dapat novel tu bermula pada 11hb 11 yang lalu bilamana seusai menjawab exam paper subject Public International Law, zie dan kawan-kawan, Rai, Nabila and Atiqah mula melangkah ke café… Sedang seronok berborak tentang kepayahan soalan Public International Law sebentar tadi, akhirnya Atiqah mengeluarkan sebuah novel dari begnya. “Rai, saya dah habis baca dah, Tq sangat…Best giler novel ni, saya siap menangis lagi” zie yang sedang mengadap Atiqah terpinga2 kerana zie masih tak dapat lihat novel apakah yang dibicarakan mereka. Melihat zie yang memandangnya dengan dahi berkerut, Atiqah mula mempromot, “zie bacalah novel ni, best sangat, awak mesti nangis punya” zie tanpa lengah terus mencapai novel tersebut, Novel Sejarah Islam: Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel, “nak nak,
hari tu masa Convest niat nak beli tapi tak cukup duit.”


Kalau tanya siapa pun mesti kenal siapa Sultan Muhammad Al- Fateh, kisah seorang pemimpin Turkey yang digambarkan dalam satu hadith Rasulullah yang bermaksud,


‘Kota Konstantinopel hanya akan jatuh ke tangan seorang pemimpin yang baik, yang memimpin tentera yang baik serta mempunyai rakyat yang baik.’



Kalau mengikut hadith tersebut, memang payah untuk kita percaya bahawa telah wujud seorang yang mampu memenuhi ketiga- tiga krateria tersebut. Pemimpin-pemimpin Islam terdahulu memang baik tapi sukar mancari yang mempunyai tentera dan rakyat yang juga baik. Buktinya sebelum Sultan Muhammad Al- Fateh menawan Konstantinopel, sudah terlalu ramai yang berusaha tapi menemui kegagalan. Antaranya Saidina Ali Bin Abi Talib, Muawiyyah Bin Abu Sufian, Sultan Sulaiman Abdul Malik, Khalifah Harun Ar- Rasyid, Sultan Beyazid dan Sultan Murad, ayahanda Sultan Muhammad Al-Fateh.


Semangat zie makin berkobar-kobar untuk membaca novel tersebut kerana sebelum ni zie hanya tahu sedikit saja tentang Sultan Muhammad Al-Fateh, tu pun dari pembacaan artikel-artikel dan dari ceramah- ceramah. Tapi jarang yang bercerita tentang sejarah hidup sehingga saat kematiannya. Atiqah yang sedang seronok bercerita tentang novel tersebut tiba-tiba mengeluarkan satu statement yang menggamatkan, “Zie, saya rasakan saya suka la nama ni,” Zia yang seolah faham maksudnya terus menyampuk, “awak jangan kata yang awak nak bagi nama anak awak Muhammad Al-Fateh sebab saya dah lama cop semua nama-nama pemimpin Islam, Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayyub, Iskandar Zulkarnain…” ayat zie belum lagi habis nabila pula menyampuk, “hei, jangan nak mengada, saya pun dah cop tau.” Kegamatan kami membuatkan Rai bersuara, “Kalau korang hantar anak korang belajar kat UIA sume, nanti mesti satu kelas nama sama…” Dan akhirnya ketawa kami terburai juga, memecahkan kesuraman café.


Saat kami melangkah keluar café, Atiqah mengingatkan zie, “zie, kalau nak baca, jangan start malam ni tau, study land law dulu. Sebab kalau start baca susah nak stop” “eh mestilah, nanti habis exam sume zie baru baca,hehehe”.

Sesampai di bilik dan selesai je solat maghrib zie terus menyelak muka surat pertama novel tersebut, kononnya nak baca mukaddimah je, tapi akhirnya dari satu muka surat ke satu muka surat zie baca, perasaan ingin tahu makin menebal. Malam tu pukul 2.30 zie masih tak mampu tidur, akhirnya zie sambung pembacaan hingga pukul 3.30 pagi. Keesokannya pukul 6.30 pagi seusai solat subuh zie capai lagi novel tersebut hingga lah tepat pukul 8.30 zie berjaya menghabiskan bacaan novel setebal 318 muka surat tesebut. Nampaknya janji zie untuk baca lepas exam tak mampu ditunaikan. Setelah habis baca barulah zie rasa aman lalu zie mula membaca buku land law kerana esok zie akan menghadapi final exam paper land law.
Antara part yang zie suka ialah:

*Ketika penasihat agama Sultan Muhammad, Syeikh Syamsuddin Al Wali berkata kepada Ayahanda Sultan Muhammad Al-Fateh(ketika sultan Muhammad masih kecil):
“Wahai Sultan Murad, pada firasat saya, bukan Tuanku yang membebaskan kota Konstantinopel, tapi anak yang dalam buaian itu”

*Ketika Sultan Murad, Sultan Muhammad Al-Fateh dan Syeikh Syamsuddin Al Wali menyamar sebagai peminta sedekah untu melihat sendiri sikap rakyatnya.

*Syeikh Bayram (penasihat agama Sultan Murad serta guru Syeikh Syamsuddin) mendapatkan bantuan Allah bagi menghidupkan orang yang mati setelah seorang Paderi besar Rom mempersoalkan hadith nabi yang bermaksud, “ulama-ulama di zaman kamu seperti nabi-nabi Bani Israel” katanya sekiranya hadith tersebut benar maka pasti ulama zaman ini boleh menghidupkan orang mati sebagaimana yang mampu dilakukan oleh Nabi Isa. Niat pederi tersebut adalah untuk memesongkan akidah orang Islam terutamanya ulama-ulama agar mereka tidak percaya hadith Nabi. Dan dengan batuan Allah sepenuhnya, Syeikh Bayram Berjaya menghidupkan orang yang telah mati. Melihat keadaan tersebut paderi tadi terus mengucap dua kalimah syahadah dan beliau telah menjadi salah seorang panglima tentera ketika pembebasan Konstantinopel.

*Ketika Sultan Muhammad Al-Fateh dan tentera-tenteranya melayarkan kapal-kapal perang sebanyak 70 buah melalui jalan darat, sesuatu yang mustahil pada pandangan manusia tapi Berjaya dilakukan dengan izin Allah.

Rumusan yang dapat zie beri tentang novel tersebut, ia sangat hebat dan dapat beri pengaruh yang besar. Jauh lebih baik dari baca novel tentang cinta yang sangat-sangat menghayalkan. Kepada yang belum baca, bacalah anda takkan menyesal…

Tuesday, November 3, 2009

Wanita Bukan Bunga



Seringkali kita dengar pelbagai kiasan diberi kepada makhluk bernama wanita. Antara yang paling popular ialah wanita umpama bunga, bulan, matahari, rama-rama dan macam-macam lagi. Wanita mana yang tidak tersentuh bilamana dirinya dikaitkan dengan bunga dan rama-rama yang bersifat dengan sifat yang indah. Saat dipuji sebegitu pasti kaki-kaki wanita tersebut tidak lagi berpijak ketanah bahkan mungkin sudah keawan-awanan. Inilah sifat wanita yang memang dicipta sebagai makhluk yang indah dan suka pada benda yang indah.



Tapi benarkah wanita layak mendapat gelaran bunga? Atau adakah bunga yang tak layak digelar kepada wanita? Kalau jawapan ‘ya’ diberi pada persoalan pertama maka bermakna wanita lebih rendah tarafnya dari bunga dan sebaliknya kalau jawapan ‘ya’ diberi pada soalan kedua.


Yang menjadi kepelikan di hati zie, kenapa bunga? Adakah orang memandang wanita hanya pada cantiknya? Apakah tiada nilai lain yang layak di ambil kira? Seperti contohnya wanita umpama benteng sebuah Negara. Mereka yang akan memastikan kuat atau tidak sebuah Negara. Tapi sudah tentu kiasan ini tak menarik hati kerana ‘benteng’ tak seindah ‘bunga’.
Ada apa dengan ‘bunga’? Bagi zie kiasan bunga hanya diberi oleh orang yang tak ikhlas. Orang yang memandang kecantikan adalah segalanya. Wahai wanita, cuba anda fikir, apa sebenarnya sifat sekuntum bunga yang terlalu anda banggakan.

Emmm, bunga cantik tapi sementara. Saat dia mekar, dia pujaan sang kumbang tapi bila dia layu dan gugur ketanah, dia hilang harganya. Adakah begitu sifat wanita? Berguna hanya ketika masih muda dan cantik. Bukankah itu satu perhinaan buat wanita?






Emmm, bunga harum dan menggoda tapi sifatnya merosak diri sendiri. Bunga dicipta dengan warna yang cantik dan bau yang harum dan gunanya untuk memikat sang kumbang agar singgah padanya. Lalu sang kumbang akan menyedut madunya dan pergi bila madunya sudah tiada. Begitukah taraf seorang wanita? Bangga bila dapat menggoda mata-mata sial. Bangga bila jadi buruan dan tarikan. Lantas bunga-bunga yang lupa diri mula memberi segalanya pada sang kumbang. Malangnya habis madu sepah dibuang. Tanpa sedar keindahan dan daya penariknya hanya merosakkannya. Begitukah harga seorang wanita? Andai begitu hinanya seorang wanita.




Jadi, para wanita sekalian, jangan jadi seperti bunga. Sesungguhnya bunga terlalu rendah tarafnya untuk dikaitkan dengan kalian yang dicipta Allah cukup sempurna. Kecantikan mungkin satu bonus buat anda tapi jangan sampai bonus tersebut menjatuhkan nilai saham anda. Kita sebagai wanita bukan saja dicipta sebagai penyeri dunia, tapi lebih penting penyeri syurga. Jangan kerana taksub ingin menyeri dunia, kita hilang kelayakan untuk menyeri syurga. Nauzubillahi min zalik….