CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 29, 2009

Terima Kasih ya Allah...


Ku Bahagia....



Permulaan Sem ni taklah menceriakan bagi zie. Biasala,tak puas lagi bercuti kat rumah dah kena datang UIA. Pastu pulak baru2 ni kecoh pasal H1N1 so nak pergi mana2 kene fikir panjang. Dalam ketensionan melayan keboringan sedih pulak menimpa bila sahabat yang sepatutnya menjadi roomateku secara diam2 tanpa pengetahuanku decide nak tinggal kat luar kampus. Sebenarnya zie tak kisah sangat dia nak duduk luar sbb dia dah mula berkeluarga tapi sedih sebab pergi tanpa khabar berita seolah2 takde lansung walau satu saat utk mesej zie...sedih...tapi takpe asal dia bahagia...


Roomate sem ni agak membahagiakan.Walaupun kami baru kenal tapi dah rasa macam kawan lama..terus kamcing. Benarlah janji Allah yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Sekarang zie dapat 2 orang roomate yang sangat baik. Dan lebih membahagiakan kami berkongsi minat yang sama...nak tahu ape dia?ape lagi kalau bukan masuk kampung orang asli and wat program..Yang membezakan kami hanyalah dia dari Club Comrad manakala zie Titian Asli Club. Advantagenye perbezaan ni ialah bila Titian Asli wat program zie boleh ajak dia joun sekali and kalau Comrad wat program,dia akan ajak zie sekali..Just for info, dalam UIA hanya ada 3 main club yang wat program dakwah org Asli iaitu Titian Asli, Comrad and Jasa...


Cerita pasal program, 24,25 and 26hb 7 baru ni zie ada attend satu program at Bentung.Program training. Biasalah nak dekati orang asli kena ada skill, tak boleh main hentam je.. Kebetulan plak program tu diadakan bersama dengan club Comrad. Peserta keseluruhannya 44 orang je...tapi program tu best sangat sbb macam2 ilmu dapat. consultant yang organize program tu bukan saje menitik beratkan skill mendekati mad'un tapi jugak sangat2 menekankan aspek islamic. time yang paling menyentuh jiwa ialah time muhasabah bilamana consultant tu tekankan perkara2 yang patut ada bagi seorang muslim yang baik. Beliau juga tak lokek cerita pasal pengalaman hidup beliau yang sangat hebat bagi zie.

Happynyer semua...


Zie in black...love u all..


Program tu juga bukan saje memberi banyak ilmu pada zie tapi juga menambahkan kawan zie...Semua kwn2 zie baik2 tau. ramah,pemurah dan sangat ceria. Program tu benar2 beri kesedaran pada zie betapa penting insan bernama sahabat sampaikan zie rasa zie tak nak lost contact dengan diorang dan kalau boleh bila jumpa walau dari jauh zie akan beri senyuman paling manis kat diorang...sayang betul kat diorang walaupun baru kenal....


Sekarang zie rasa hidup zie kat kampus ni makin ceria walaupun bebanan makin bertambah... sebenarnya rasa gembira sebab program dah banyak menanti.



2 Augost- Humanitarian Walk, zie jadi subcomm Program Coordinator tapi bestnya sbb zie dapat tugas jadi photographer. bersesuaian dgn minat zie.


6 Augost, Nusantara Cultural Night (Opick) zie jadi subcomm special Task tapi tak special sangat pun. Orang kecil disebalik tabir je...


8 & 9 Augost, Health Awareness Campaign kat Kg orang asli Gapoi, Bentong...


6&7 September, program berbuka puasa dengan orang asli di kg orang asli Batang Kali...


4 October, trip ke Pusat Sains Negara dengan orang asli Batu 12...


Ni antara program yg Titian Asli Club organize (except cultural Night). seronok sebab weekend zie akan terisi dengan baik tapi risau gak sebab pada masa yg sama study tak boleh tolak tepi, so skrg zie decide nak jadi budak skema dgn cara wat satu daily schedule. so masa zie akan tersusun dgn lebih baik especially waktu study tapi mampu ke zie ikut schedule tu? hahaha entah lah. try jela.


Yang pasti sekarang zie nak ucap syukur pada Allah atas rahmatnya yang terlalu banyak tak terhitung....Kepada sahabat2 andai anda rasa sedih percayalah bahawa pasti Allah sedang simpan kegembiraan buat kita dan pasti kita akan dapat sebab Allah maha Adil...

Saturday, July 18, 2009

Melayu memang pelupa

Kalau tajuk entry sebelum ni 'Melayu Mudah Lupa' zie ckp pasal politik kat Malaysia tapi ni tajuk hampir sama tapi entrynya ada kaitan dengan dunia islam kat luar. Ye issue yg hampir sume orang lupakan. Issue Palestin dan kekejaman Israil. terdetik sebab banyak kali orang tanya zie benda yang sama. Semalam sahabat zie tanya: "zie tadi saya makan kat Pizza Hut dengan Kakak saya, kene boikot lagi ke?" and sebulan lepas roomate zie cakap: "zie,Aisyah belanja makan KFC, sekarang dah takyah boikot kan." and ada gak yang ckp,"zie,rindu la nk makan kat MacDonald.Sekali sekala takpe kan?"

Ni antara apa yang ditanya tapi banyak lagi sebenarnya. dari handbill yang pernah zie dapat KFC,MacDonald Pizza Hut and Maggie memang antara products yang perlu diboikot kerana dikatakan mereka antara penyumbang kepada Israil dan membantu Israil menindas Palestin. Sekarang ramai pulak yang mengeluarkan kenyataan yang zie sendiri tak pasti betul atau tudak yang mengatakan products tersebut tak perlu di boikot. Entah la betul tak tapi zie rasa kalau kita boikot pun tak mati kebulur kita.

Cuba kita singkap kembali memory berdarah yang berlaku awal tahun ni apabila Israil bertubi2 menyerang Palestin hingga menyebabkan beratus nyawa tak berdosa melayang begitu saja. Saat tu ramai yang bangkit dengan kemarahan mengutuk Israil termasuklah mengadakan tunjuk perasaan di jalanan. Pungutan derma pula tak putus2 menunjukkan betapa concernnya kita terhadap penderitaan muslim di Palestin. Setelah beberapa bulan berlalu dan tiada lagi cerita2 kisah pengeboman di Palestin umat Islam terutamanya di Malaysia kembali lupa and nyanyuk.KFC and MacDonald kembali jadi tumpuan. Tiap masa penuh dengan muslim yang terlalu laparkan western food. Macam la kat restoran lain takde ayam goreng.

Untuk pengetahuan semua kezaliman Israil tak pernah berhenti dan penderitaan warga Palestin masih mereka rasa hingga kini. Warga Palestin sekarang masih menggunakan kudrat empat kerat mereka demi melawan musuh tapi muslim di Malaysia sudah give up memboikot. Kononnya tak boleh hidup tanpa products tersebut.



Saranan zie kepada yang gemarkan makanan2 tersebut cari la altenatif lain. Sekecil mana pun usaha kita untuk mengelak kezaliman pasti dihitung dan diberi ganjaran yang besar dari Allah...



Sekadar selingan, cuba kita ingat kembali kisah seekor burung kecil yang membawa air dengan paruhnya bagi memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim. Katanya, "Aku akan buat apa yang terdaya walaupun usahaku terlalu kecil tapi sekurang2nya jika aku disoal Allah kelak, aku boleh menjawab yang aku telah lakukan sesuatu sehabis dayaku..."

Friday, July 17, 2009

Melayu mudah lupa


First of all, nak ucap tahniah yang amat kepada barisan Pakatan Rakyat terutamanya kapada Pas yang telah memenangi kerusi Adun di Manik Urai. namun begitu kegembiraan itu mungkin tak sebesar yang diharapkan namun kalam syukur masik terpacul dari segenap lidah atas kejayaaan yang boleh dikategorikan sebagai kejayaan Islam. Mengapa zie katakan yang kegembiraan itu tak cukup besar? Ye sebab kemenangan tu hanyalah atas undi majoriti yg sangat kecil. Rasa pelik kenapa kubu kuat Pas hampir boleh dibolos. Mungkinkah ini menandakan kejayaan BN dalam memujuk hati rakyat? Apa yang zie tahu sejak awal kempen, BN menggunakan janji untuk memberi kemajuan pada Manik Urai dan menghapuskan kemiskinan. Adakah janji ni yang menarik hati pengundi? Atau mungkinkah sehelai kain pelikat dan kain batik mampu mengubah pendirian pemegang hak pemilih di Manik Urai. Amat malanglah andai kuasa mengundi mampu dibeli dengan kain batik dan kain pelikat. dan andainya janji untuk memberi kemajuan pada Manik Urai yang menjadi puncanya,maka benarlah kata Dr.M, 'Melayu mudah lupa'. Ya memang Melayu dah lupa. Kalau benar BN ingin menolong rakyat dah berkurun dulu dia boleh buat, bukan tunggu time pilihanraya. Kalau dibandingkan Kuala Krai dengan Bandaraya Kuala Terengganu, Kuala Krai lagi maju kot. Banyak mana sangat la bangunan kat Bandaraya Kuala Terengganu ni yang betul2 berfungsi untuk rakyat. Ada stadium,dah nyawa2 ikan. ada Kompleks Silat dah jadi tempat tikus berkarate.ada....ada ape lagi ek?hampeh takde ape2 pun. Cuba plak tengok ke sabah and sarawak yang boleh dikatakan A Famosa bagi BN, sumber bumi diorang punye la banyak, minyak, balak and hasil pertanian tapi diorang still berada di ranking atas dalam tahap kemiskinan... sepatutnya seluruh rakyat Sabah and sarawak dah boleh mengecapi kekayaan hasil bumi meraka tapi semuanya entah kemana. Fikirlah sendiri, jangan buat2 lupa wahai pengundi2 sekalian. Fikirkan tentang Islam, jangan pentingkan kemajuan atas angin semata2.

Last but not least, Tahniah sekali lagi kepada Calon Pas di Manik Urai. Semoga bersedia menggalas tanggungjawab yang amat besar ni. Teruskan berjuang!

Thursday, July 16, 2009

Concert Opick 1st ever in Malaysia


6 Ogos 2009, satu concert bakal bergema di Cultural Activity Centre IIUM Gombak yang digelar sebagai Concert Nusantara yang membariskan seorang artis Indonesia, Opick dan Nazrey ex Raihan dari Malaysia. Concert tersebut juga bakal menyaksikan Theatre Musical yg akan dipersembahkan oleh Theatre Club IIUM. Kepada semua, anda sangat2 lah dijemput hadir. Harga tiket:

IIUM students and staff: adult~RM8

child~RM4

Outsider :adult~RM13

child~RM6

Ini merupakan julung kalinya Opick yang terkenal dengan lagu 'Alhamdulillah'(Anakku Bukan Anakku) mengadakan concert di Malaysia... So jom pergi....

Kejutan Punye Pasal

Nurul,Fiqah and Sufie

14 Julai, merupakan besday salah seorang sahabatku,Nurul Akhmam...Sebagai ingatan tepat jam 12 tengahmalam ziey send mesej ucapan.xleh nak jumpa sbb kolej lain2. Keesokannya, pukul 6 ptg Sufiyah antar mesej ckp nk wat suprise party kat Nurul kul 10 mlm. Kebetulan Zie ada meeting malam tu so plan kitorang start kul 10 malam. Sufie and Fiqah tunggu kat parking lot Kuliyyah Econs. After meeting kitorang jumpa. Sufie, sebagai main planner start explain 'tentative'...Sufie pinjam kereta Akhmam and beliau ckp nak gi jumpa kawan kat luar UIA. Nurul xtau yg Fiqah ikut sekali. Bila zie dh sampai kat parking, Fiqah and zie sembunyi dgn kek and makanan. Sufie plak akan call Nurul cakap yg dia sesak nafas and xleh drive so dia mintak Nurul datang ke parking.Zie and Fiqah sembunyi tepi kolam. Zarith and Pa'i datang skali. kitorang tunggu Nurul datang kononnya nak wat surprise masa dia sampai kat kereta. lama tunggu, akhirnya dia datang dengan Fara, salah seorang master planner. tapi malangnya diorang tak nampak kereta so diorang menonong je ke arah Cafe. Kami dah seram sejuk sebab diorang akan lalu kat tepi kolam so kami terpaksa merangkak ke belakang semak supaya diorang x nampak. punye la susah sembunyi dalam semak. Mujur ;a akhirnya diorang nampak kereta dan segera bergegas kesitu. kami pun start nyala lilin and bergerak kearah diorang. Nurul memang nampak cemas sangat2 sebab dia sangka Sufie betul2 sakit. Bila kami dah sampai ke kereta, ketawa si Sufie yg ditahan sejak tadi terluah juga.. Nurul terpinga2. Ayat pertama yg keluar dari mulut Nurul ialah "apa ni, korang wat ape ni??? Sufie tipu ek?ahhhhh" saat tu juga kami semua tergelak bila ingat balik muka risau nurul and kenangan merangkak dlm semak...

Kepada Nurul, Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-22. Semoga Allah menambahkan keberkatan dalam setiap langkah Nurul dan sentiasa di beri kejayaan dalam setiap usaha nurul...zie jugak harap zie still berpeluang menyambut besday Nurul yang ke 100 nanti, InsyaAllah...

Perbanyakkan syukur kerana diberi peluang untuk terus bernafas dibumi Tuhan ini.

Monday, July 13, 2009

Manik Urai bukan sekadar pilihanraya kecil


Cuti baru2 ni sempat Zie ke Manik Urai dgn ayah dan kakak zie bagi menyertai ribuan manusia yg berkumpul pada penamaan calon bagi pilihanraya kecil disitu.
Seperti kebiasaan, kawasan berkumpul penyokong parti2 bertanding telah ditetapkan dan agak berjauhan bagi mengelakkan kejadian yg tak diingini. Pengalaman yg bestnya ialah zie boleh merasai suasana kedua2 tempat penyokong tersebut apabila zie dan beberapa orang lain telah tersalah masuk ke kawasan penyokong Biru.Patutla sunyi je and biru semacam je tempat tu.
Setelah menyedari kesilapan tersebut ayah mengajak kami berganjak ke kawasan penyokong Hijau. kami tak tahu arah mana so kami pun tanyalah polis kat situ and polis tersebut memberitahu jalan shortcut kesitu telah ditutup walaupun utk pejalan kaki so katanya kami tepaksa melalui jalan yg sangat jauh.
Kami yg sememangnya bersemangat waja terus melangkah tanpa memikirkan 'jauh; yg dikatakan.
Tapi honestly mmg jauh, sangat jauh...kelenguhan kami terubat apabila akhirnya kami sampai juga dan disambut dgn sebotol mineral water oleh petugas2. Hilanglah dahaga berjalan...
Sesampai di situ zie teruja melihat puluhan ribu manusia berkumpul...berbagai bangsa dan agama yang membawa harapan yg sama iaitu semoga bulan akan terus mengambang di Manik Urai.
zie sempat snap beberapa gambar...

sory pakcik ye, curi2 ambik gambar pakcik


senyuman penyokong2 Abe Ujie

sayang benar adik ni kat bendera Pas nya


dengar ucapan calon Pas



puluhan ribu manusia

comelkan

berkibarlah dan terus berkibar

DAP turut sama

ahli Kelab Penyokong Pas dari kaum India membuat persembahan

Hikmah Ujian(sambungan dari bawah...)


Kalau ikutkan budak yg mengalami kejadian sedih tu mmg sangat sedih...Sedih tahap nak banjir kilat kawasan menunggu bus tu...

Tapi dek kerana hikmahnya yang terlalu besar, segala kesedihan tu pun hilang...

Antara hikmahnya ialah, beliau bertambah yakin yang terlalu ramai insan disekeling beliau yang begitu prihati dan penyayang. Dan yg paling penting insan2 terbabit terlalu care n concern pada beliau...

Antara insan tersebut ialah:

Family beliau yang berkali2 mengecall beliau utk memastikan beliau selamat.

Sahabat2 beliau, Rai,Umi n Siti di UIA yg segera ingin menjemput beliau dengan susah payahnya.

Sepupu beliau,Suhairi yg terpaksa bergegas menjemput beliau walaupun badannya tak sihat.

Ibu Rai yg turut risau dan mendesak Rai segera menjemput beliau setelah Rai mengecall ibunya dan menceritakan hal tersebut.

Roomate Umi yg mengoffer utk meminjamkan keretanya bagi membolehkan Umi menjemput beliau.

Sahabat2 beliau yg sudah berada di kampung masing2 tapi masih sempat menberi kata2 semangat...

Dan semua yg terbabit secara langsung dan tidak langsung...I LOVE U ALL SO MUCH

Ini lagu beliau dedikasikan utk kalian:

'andai diberikan emas permata, kupilih senyumanmu,

andai kupunyai mahligai indah kuhadiahkan untukmu,

dalam bejuta bintang berkelipan kau bagaikan kejora...blablabla'

Sunday, July 12, 2009

Cerita sedih dari Afrika...("_,")


Setelah 2 minggu berbahagia dirumah zie kembali kepangkuan ibu angkat zie Mrs.UIA... Tiba2 je rasa nk citer satu kisah sedih yg berlaku kpd sorang budak 2 minggu lepas...

alkisah citernya macamni...

Malam tu budak tu excited tahap infiniti sbb beliau akan bertolak pulang ke kampung halaman beliau setelah 2 bulan di perantauan... Punya excited sampaikan beliau telah menapak ke stesen bus sblum pukul 9mlm sedangkan tiket beliau pukul 10.30mlm...

berbekalkan duit RM4.50 biliau bersama 3 kawan yg lain pun naik texi dan setelah bayar RM2 utk tambang texi maka hanya tinggal RM 2.50 dlm purse beliau tapi xkisah sbb dlm kepala beliau esok beliau boleh makan kueytiaw goreng di rumah.beliau pun tunggu la bus...kebetulan mlm tu kebanyakan bus dtg lambat dari masa sepatutnya so beliau pun trus tunggu dgn sabarnya...pukul 10mlm,sahabat beliau yg menaiki bus ke kelantan pun mengucap babai kpd beliau dan kini tinggllah beliau bersama 5 org penumpang lain disitu...disaat itu perut beliau mula main seruling.mata beliau menatap sayu kearah sebuah kedai makan yg tertulis "laksa utara"...dalam hati beliau berharap dapat makan semangkuk tapi apakan daya duit ada RM2.30 and paling kurang laksa tu berharga RM3...so berangan jela beliau kat situ...

Pukul 10.20 sebuah bus Adik Beradik yg terlekat nombor '1' padanya sampai...

Beliau pun tengok tiket beliau, dan jelas tertera pada tiket beliau bus pukul 10.30 dari Hentian Putra so nk sampai kat tempat tersebut mungkin dekat pukul 11 so x logic la tu bus yg patut beliau naiki lagipun bus yg sepatitnya beliau naiki bernombor '2'...beliau pun ignore jela bus tu..

Pukul 11.10 minit satu bus dtg tapi bukan Adik Beradik dan 5 orang yg menunggu bus dgn beliau pun berlalu la dan kini tinggal la beliau sorang kat situ...beliau mula rasa seram2 kuku...dlm hati,beliau berdoa agar bus beliau segera sampai...

11.30 bus tak sampai lagi, beliau ddah start nak nangis. Kalau ditakdirkan bus tak sampai jugak terpaksalah beliau balik semula ke UIA tapi masalahnya duit just ada RM2.50, macam mana nak naik texi,tadi xpe la mongsi ramai2...

Pukul 11.40 bus still xde, beliau pun dah buntu, tiba2 beliau teringat sepupu beliau yg duduk kat Gombak jugak so beliau pun try la mesej kot2 dapat tolong something. Dengar je kisah sedih beliau sepupu beliau pun suruh beliau tunggu sebab dia nak datang ambik beliau...Dia pun tunggu,and utk hilangkan takut beliau call sahabat beliau yg masih berada di UIA. Sahabat beliau beria2 mahu menjemput beliau kerana risaukan keselamatan beliau, tapi beliau tolak sbb spupu beliau dah ontheway...beliau call just sekadar nk menenangkan diri sendiri...

Dalam keadaan yg amat sedih tu beliau mengecall ayah beliau utk memberitahu ketidakjadian beliau utk pulang...Ayah beliau terpaksa mengulang soalan berulangkali kerana beliau terlalu sebak utk bercerita panjang...Mujur lah sepupunya ada so ayahnya tidaklah terlalu risau.

Pukul 12.10pg spupu beliau pun dtg dan menghantar beliau pulang kembali keUIA dan memberi RM20 kpd beliau utk sarapan.

Keesokannya ayah beliau memberitahu beliau yg ayahnya telah mengecall syarikat bus terbabit dan syarikat bus terbabit menyuruh beliau naik bus hari tersebut yg akan bertolak pukul 12 tengahari tanpa perlu membeli tiket lain... so tepat pukul 11.30 sepupu beliau sekali lgi disusahkan dgn menghantar beliau ke stesen...dan akhirnya beliau boleh balik rumah...hehehe

Yang beliau tak puas hati ialah syarikat bus terbabit menyalahkan beliau dgn berkata:

"salah awak jugak,yang awak tak tanya pemandu bus yg datang pukul 10.20mlm tu kenapa?ada perubahan pada waktu perjalanan bus dan sepatutnya malam tu ada 2 buah bus tapi atas sbb technical kami sedia sebuah je...so bus awak di awalkan. awak sepatutnya tanya..."

Dan sampai sekarang beliau tertanya2 "salah aku ke?"